Berkebun Organik dari Rumah | KebunBandar.com
Website is upgrading. Thank you.

Berkebun di rumah baru

Berkebun di rumah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila di rumah yang baru sahaja dibeli. Hampir semua tanaman hendak ditanam. Kalau dahulu, ramai yang suka tanam pokok mempelam di hadapan rumah. Kerana itu kita boleh lihat hampir semua rumah lama (tradisional) mempunyai pokok mempelam di hadapan rumah.

Di kawasan bandar pula kebanyakan tanah di laman rumah baru hanyalah tanah timbunan bekas pembinaan. Ia penuh dengan sisa-sisa batu bata dan lebihan konkrit.

Apabila kita menanam pokok buah seperti ciku, jambu, durian, rambutan atau mempelam, pokok itu akan membesar elok dalam tempoh 1-3 tahun. Namun kemudiannya ia akan mula mati. Ini kerana lapisan dalam tanah di rumah kita bukanlah tanah yang subur.

Ganti tanah

Antara yang boleh dibuat adalah dengan mengorek semula tanah yang ada dan menggantikan dengan tanah baru. Kelemahan teknik ini, ia memakan kos yang tinggi. Dengan kos belian tanah baru dan kerja meletakkan tanah. Tidak sesuai untuk sesiapa yang tiada duit yang banyak.

Jika betul teringin nak tanam pokok buah juga, korek di kawasan tersebut sedalam 2-5 meter dengan diameter 1-2 meter luas. Isikan dengan tanah yang dibeli. Sekurang-kurangnya pokok dapat membesar dengan baik.

Campur tanah dengan bahan organan

Kaedah kedua pula adalah dengan menggaulkan bahan organan dengan tanah di laman rumah. Antara bahan organan yang boleh digunakan adalah seperti tinja lembu, kambing dan ayam. Memang rumah akan berbau sedikit, tetapi ia berbaloi. Biarkan tanah yang telah digaulkan dengan bahan organan selama 3 bulan. Jangan tanam apa-apa selama tempoh tersebut kerana tanah dalam fasa pembaikkan. Tidak elok untuk tanam apa-apa tumbuhan kerana semasa fasa ini tanah menjadi ‘panas’ untuk seketika waktu.

Kelemahan cara ini, ia memakan masa. Untuk sesebuah kawasan itu subur, dikatakan ia mengambil masa hampir 7 tahun! Ketika itu mestilah kita sudah berpindah atau tambah sana-sini di rumah.

Batas timbun

Batas timbun penuh dengan tanaman sayur.

Kaedah yang paling praktikal adalah dengan membina batas timbun atau dalam bahasa orang Puteh raised beds. Kaedah ini diguna meluas di negara-negara Barat sebagai salah satu cara untuk menghasilkan tanaman organik di rumah.

Sejarah kaedah ini bermula dengan pengenalan kebun kaki persegi (square foot gardening) oleh Mel Bartholomew. Kaedah ini dapat menjimatkan ruang dan air untuk kita berkebun di rumah.

Ia kemudian diubah suai kepada batas timbun. Batas timbun dibentuk dengan meletakkan kayu sebagai dinding batas dengan bentuk empat persegi luas. Ketinggian batas timbun yang ideal selalunya di antara 30-45 cm.

Walaupun begitu teknik ini kurang popular di Malaysia kerana ramai yang masih kurang peka tentang tanah di laman rumah mereka.

Ada yang merungut anak benih yang mereka pindah di atas tanah selalu sahaja mati. Ia lebih praktikal jika kita menggunakan teknik ini. Mungkin kos permulaan sedikit tinggi kerana perlu membeli tanah atas, tetapi ia lebih berbaloi. Untuk tip campuran tanah atas, boleh rujuk sini.

Kesimpulannya, teknik batas timbun lebih mudah dipraktikkan disamping ia menjimatkan masa untuk kita berkebun di rumah.

Leave a Reply

KebunBandar.com

Persint 15-12B
Persint 15
62050 Putrajaya
Malaysia
Phone: +6013-585 7616
Website: http://www.kebunbandar.com
Email: izham@kebunbandar.com

Tips dan Trik

Like Facebook Kami!