Demi menyelamatkan alam sekitar, apa kata kita guna semula botol plastik yang banyak terbuang sebagai alat siraman automatik? Jom kita jadi kreatif guna semula botol plastik sebagai alat sistem siram pokok automatik.

Prinsip ini digunakan sesuai untuk orang yang sibuk. Tambahan kita juga dapat menjimatkan air. Pokok menyerap air berdasarkan keperluannya.Botol Air Siram

Bahan:

1. Botol plastik

2. Paku

Kaedah:

1. Tebuk dahulu lubang pada botol plastik dengan paku

Sistem Siram Pokok Automatik

2. Isi botol plastik dengan air sehinga penuh. Tutup botol dengan penutup yang telah dilubangkan tadi.

3. Tanam botol plastik pada sebelah pokok. Sebolehnya sehingga botol stabil tidak goyah.

botol-air-siram-auto

Dengan ini air akan turun sedikit demi sedikit. Sambil itu pokok boleh menyerap air apabila perlu. Kita juga dapat menjimatkan air. Mengikut pengalaman, cucaca di Malaysia, dengan menggunakan botol 1.5 L, pokok dapat minum selama 3 hari.

jimat-air-musim-panas

Lagi kecil lubang titisan, lagi lambat habis. Lagi lambat habis, lagi bagus sebab kita dapat bercuti lebih lama tanpa risau tanaman di rumah haus. Betul tak?

Apa kata pembaca lain? Pernah buat? Jom kongsi pengalaman dengan komen di bawah.

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.