Botol Plastik Sebagai Penyiram Automatik

Demi menyelamatkan alam sekitar, apa kata kita guna semula botol plastik yang banyak terbuang sebagai alat siraman automatik? Jom kita jadi kreatif guna semula botol plastik sebagai alat sistem siram pokok automatik.

Prinsip ini digunakan sesuai untuk orang yang sibuk. Tambahan kita juga dapat menjimatkan air. Pokok menyerap air berdasarkan keperluannya.Botol Air Siram

Bahan:

1. Botol plastik

2. Paku

Kaedah:

1. Tebuk dahulu lubang pada botol plastik dengan paku

Sistem Siram Pokok Automatik

2. Isi botol plastik dengan air sehinga penuh. Tutup botol dengan penutup yang telah dilubangkan tadi.

3. Tanam botol plastik pada sebelah pokok. Sebolehnya sehingga botol stabil tidak goyah.

botol-air-siram-auto

Dengan ini air akan turun sedikit demi sedikit. Sambil itu pokok boleh menyerap air apabila perlu. Kita juga dapat menjimatkan air. Mengikut pengalaman, cucaca di Malaysia, dengan menggunakan botol 1.5 L, pokok dapat minum selama 3 hari.

jimat-air-musim-panas

Lagi kecil lubang titisan, lagi lambat habis. Lagi lambat habis, lagi bagus sebab kita dapat bercuti lebih lama tanpa risau tanaman di rumah haus. Betul tak?

Apa kata pembaca lain? Pernah buat? Jom kongsi pengalaman dengan komen di bawah.

emel kebun bandar
emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Tuan..kalu botol 1.5 liter..biasanya brp.lm air tu akan abeh??

  2. Itu perlu dikaji sendiri tuan. Faktor seperti luas lubang ditebuk, jumlah isipadu botol, cuaca dan tanah memain peranan penting.

  3. Kaedah in boleh digunakan utk tanaman anak durian di kebun tidak?

  4. Salam saudara. Saya menanam anak pokok durian di kebun lereng bukit. Buat masa ini saya belum bercadang mengunakan sistem air titis mengunakan pam. Kalau saya gunakan botol mineral water 600ml dah tebuk lunamg dibawah botol kemudian tanam dalam 2 inci botol tersebut. Berapa lama baru air dalam botol kering. Saya cuba tebuk bottol plastik gunakan jarum dan letakkan di tepi sinki. Dalam setengah hari botol kering. Macam mana hendakkan air kering dalam 4 atau 5 hari. Dusun saya jauh dari rumah.

  5. terlampau kecil kot lubang yg awk buat.

  6. Sangat2 membantu… Terima kasih admin. Kalau ada lagi perkongsian boleh lah share…. Tq

  7. pokok cili da berbunga daunnya rendang tp tak berbuah lagi nape ekk

  8. saya guna tin milo 1kg punya boleh ke?

  9. Saya install automatic irrigation system… balik kg 2 minggu pn tak risau pokok mati kat rumah

  10. Tahniah
    Izham. Bagus boleh buat. Kita juga boleh guna tali guni. Pasang pada paip poly
    Buat mcm sistem petergasi.

  11. Nak cuba juga lah, terima kasih…

  12. Assalamualaikum
    saya ada pokok mangga kelapa. Pokok ni rajin berbunga tapi ada masalah berikut
    1. putik/buah selalu gugur.
    2. Buah selalu pecah atau merkah bila besar.
    Minta pandangan atau nasihat… syukran .

  13. Terima kasih bnyk2 idea yg baik utk musim perayaan ni.

  14. boleh try ni

  15. Tqvm ats pkongsian.. Insyaallah nk cuba time blk kg cuti raya ni.. sminggu cuti.. harap2 sume pkok2 kt rmh sihat2 jer smbil tunggu tuannya pulang dr kg.
    Botol dh ada simpan sblum ni.. nmpk gaya kena cari lg tkut x cukup..
    Plan asal nk isi air dlm btl & ltk kain buat cm tali tanamkn ckt hujung kain kt tanah dlm pasu tu utk serap air ke tanah..
    Agk2 yg mana lbh senang & prktikal??

  16. Terima kasih byk2 atas perkongsian maklumat ini. Ia sgt berguna memandangkn saya selalu balik kg. In shaa allah akan cuba buat utk cuti raya ni. 🙂

  17. Boleh guna sungkup.

  18. Kadang sebab lubang terlalu kecil atau sedikit. Cuba tebuk satu atau dua lubang lagi. Lihat keadaannya.

  19. Idea yang sangat baik dan berkesan lagi murah.

  20. Terima ksh.. tip yg baik

  21. Wah….bagusnya idea ni. tak pernah cuba lagi.Terima kasih tips ini. Kalau kita tanam kat kawasan tanah yang kecil, ada tak cara yang kita nak bagi kawasan tu tak kering?

  22. Terima kasih! Bagus idea tu

  23. Sy dh buat..tp knp botol tu makin kemek bila airnya diserap tanah ye?

  24. Tq bro n Selamat Beraya

  25. Terima kasih atas ilmu yg diberi…dulu sy pernah buat guna kertas plastik….ni nk cuba botol pulak. InsyaAllah akan dicuba sebelum balik kpg utk melihat keberkesanannya.

  26. Terima kasih atas perkongsian petua. Pernah try tapi lepas beberapa hari air tdk berkurang. Mungkin lubang kecil agaknya.

  27. sangat bermanfaat.. terima kasih atas ilmu yang diberikan. jasamu dikenang admin…

  28. terima kasih, saya akan buat nanti.

  29. terimakasih bagi petuani…nanti saya cuba ya…

  30. Klu nak tahan lama guna botol minyak masak 5 kg. Sy masukkan larutan Baja dlm botol tu supaya pokok sentiasa subur

  31. 🙂 (y)

  32. Assalam, sy dah apply buat penyiram air otometik nih since last week. Al maklum skang kan musim panassss… alhamdulillah, pokok kunyit, pokok bawang, pokok pandan, serai, belalai gajah habis suma sy letak botol sblh pokoknyer… dah smggu.. pokok still hijau dan segar. Tima kasih, idea yg amat berguna. Tgh semangat menyemai biji2 benih lg, Mudahan next projek ni berhasil.. Jimat, free no GST 😉

  33. Salam Izham. Saya Che Wan Wartawan BH. Boleh hubungi saya menerusi email. Terima kasih

  34. Sesuai utk tanaman pokok daun kesum la kan yg ditanam dipasu…sebab daun kesum perlukan air yg banyak.kita kdg2 tlupa siram..bolehkan?

  35. Idea ni baguslah.saya nak cubalah.to berkongsi ilmu

  36. Salam, bagaimana dgn tumbuhan yg dlm pasu kecil? Sy tanam daun pudina dlm pasu2 kecil. Boleh kah cara ini digunapakai? Atau ada option lain saudara?. Tq

  37. Terima kasih atas ilmunya, sgt berguna

  38. Tq..nk langgn x berjaya la

  39. Saya pernah buat cara mcm ni. Lepas 2 hari, saya tgk air msh x berkurangan. Apa silap saya ye?

  40. boleh guna kaedah ini untuk pokok kesum tak?
    buat lubang besar sikit? dan byk

  41. Amiin. Sama-sama.

  42. Saya cadangkan 3-4 sahaja. Jangan terlalu besar. Gunakan paku kecil.

  43. Kalau lubang kecil, dan banyak, lagi cepat habis. Perlu cuba sendiri dulu buat. Lain orang lain hasilnya.

  44. Perlu guna baja buah NPK 12:12:17.

  45. Saya telah kemaskini post di atas untuk mudah rujukan CikPuan.

  46. Terima kasih juga sebab sudi menjenguk di sini. =D

  47. Minta maaf, kalau boleh ajar step by step boleh? Minta maaf, baru nak belajar… Tkasih

  48. Info yg amat berguna dan mesra alam. T. Kasih kerana sudi berkongsi

  49. Alhamdulillah..siram guna botol plastik tu sy slalu buat terutama pd musim panas n time balik kg..best..selamat skt pkk2 sy..tnm kat btg pisang tu blom try lg laa..tringin jgk sbnrnyam..

  50. Macam ni, pertama tebuk penutup botol dengan paku panas. Tebuk bagi ada lubang sebesar jarum. Jangan terlalu besar atau air cepat turun. Kemudian cucuk botol terbalik di sebelah pokok. Sikit demi sedikit air akan diserap tanah.

    Apabila air di dalam botol sudah habis, cabut dan top up sahaja.

  51. lubang kan penutup botol atau bontot botol?

    masukkan air dulu sebelum terbalik kan botol?

    klo baja arahan tanam dulu, kemudian masuk air.
    Macam mana nak masuk air kalau dah tanam.

    Maaf, budak baru belajar. Banyak ty

  52. Perlu tebuk dengan paku kecil. Kalau besar lubang botol, lagi cepat air mengalir. Kalau kecil, kurang air mengalir. Dan tambah pasir kasar dalam 1/5.

  53. sy sudah try. xberjaya. air kuar cepat sgt

  54. Mengapa batang pisang mengecil dan kurus mudah patah. Buah pisang tidak banyak tandan. Tolong beri contoh baja yang sesuai dan cara menanam yang betul.

  55. Salam.. Tebuk hanya satu lubang sahaja ker saudara?

  56. emm..kadar penyerapan air tu laju tak?sempat tak nyamuk nak membiak?

    nak try la.. =)

    trima kasey tips y awesome

  57. Terima kasih diatas ilmu ini.. semoga Allah merahmatimu..

  58. nice idea.. banyak betul idea menarik pasal tanaman dalam blog ni. thanks yea.

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!