Ramuan Rahsia Campuran Tanah Untuk Tanaman Sayuran Dalam Pasu

/, Medium Tanaman/Ramuan Rahsia Campuran Tanah Untuk Tanaman Sayuran Dalam Pasu

Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.

Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?

Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.

Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.

Tanah Atas

Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.

Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.

Jika tiada, gunakan tanah merah.

Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.

Bahan Organik

Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.

Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.

Pasir

Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.

Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?

Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.

Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.

Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.

Tambahan

Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.

Formula 1: Campuran Tanah 3:2:1

Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.

Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.

Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.

Formula 2: Campuran Tanah 2:1:1

Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.

Formula 3: Campuran Tanah 1:1:1

Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.

Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.

Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.

Ada yang sudah mencuba? Tinggalkan komen anda di bawah artikel ini untuk sama-sama kita bincangkan.

Izham Alias adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, UPM Serdang. Konsultan, penulis dan pensyarah pertanian di Kolej Komuniti. Kemahiran menulis dan berkebun beliau membolehkan beliau menyampai ilmu pertanian berkesan kepada pembaca secara online. Beliau juga mengadakan seminar dan bengkel berkebun untuk 'home gardeners' atas permintaan. Boleh terus berhubung dengannya melalui emel [email protected]

By |2017-08-25T14:39:00+00:00August 25th, 2017|Blog, Medium Tanaman|43 Comments

43 Comments

  1. Islah 25/08/2017 at 12:05 pm - Reply

    Boleh ke kalau kita menggunakan pasir pantai untuk mengantikan pasir sungai. Terima kasih..

    • Izham Alias 28/08/2017 at 10:28 am - Reply

      Pasir pantai lebih halus dan kaya dengan garam. Tidak sesuai digunakan berbanding pasir sungai atau pasir lombong.

  2. Kassim 25/08/2017 at 12:42 pm - Reply

    Terima kasih Tuan. Boleh saya tahu adakah campuran sekam padi juga sesuai untuk tanaman dan caranya bagaimana?

  3. Noraini Bt Jalil 25/08/2017 at 1:32 pm - Reply

    Alhamdulillah. Terimakasih atas ilmu yang sangat berguna ini.

    Saya sudah ada dalam kumpulan FB Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

  4. naim zain 12/09/2017 at 3:48 pm - Reply

    saya sering menggunakan sisa pembakaran lalang/rumput yang telah jadi abu diletakkan di tanaman sebagai baja
    adakah ini membantu kesuburan pokok? saya melakukannya kepada pokok kelapa dan menjadi, untuk pokok lain belum nampak hasilnya

  5. Supiati ahmad 14/09/2017 at 12:42 pm - Reply

    Salam pagi pada tuan izham
    Terima kaseh banyak2 atas panduan cara2 menanam menuai dan semaian…termasuk campuran tanah….
    Ia banyak manfaat nya untuk saya mencuba secara berperangkat2 ..saya ucapkan terima kaseh

  6. Kahiryl 22/09/2017 at 11:20 am - Reply

    Tq tuan dengan entry yang berguna ini

  7. Hamdan 22/09/2017 at 2:53 pm - Reply

    Kalau nak beli dlm jumlah yg banyak, ada tempat yg tuan sarankan. Tak larat nak bancuh sendiri.

  8. M izza 29/09/2017 at 10:22 am - Reply

    As’salam … Nak tanya bagaimana nak tanam pokok pudina, dah beberapa kali cuba tak menjadi … Bolehkah cacing diletakkan didlm pasu sebagai pengembur tanah semuajadi … TQ .

  9. Lily Karim 17/10/2017 at 7:14 pm - Reply

    Nak tanya kalau kita dah buat campuran 3,2,1, tu berapa kah quintity sukatan kalau sekiranya kita nak tambah sekam padi,sabut kelapa halus, dan apakah yg di maksudkan sekam bakar…..sebab dekat rumah saya ada gilingan padi terima kasih

  10. Ian 09/12/2017 at 9:08 pm - Reply

    Untuk tanaman cili d dlm polybeg sesuai guna formula mana?

  11. Nadia 11/12/2017 at 8:51 am - Reply

    Assalamualaikum

    Sy nak tny , tanah atas tu kena letak atas sekali ker (gaul rata pasir + bhn organik, lps tu letak tanah atas kat lapisan atas) . ataupun terus gaul rata tanah atas + pasir + bahan organik?

  12. Yati 06/01/2018 at 6:46 pm - Reply

    Saya tak jumpa tanah atas tu. Di nursery hanya jual tanah bajar, tanah hitam dan tanah berbaja. Kalau saya dah guna tanah berbaja masih perlu tambah organik tahi ayam kah?

    • Izham Alias 06/01/2018 at 7:33 pm - Reply

      Kita anggap itu sebagai tanah atas. Masih perlu buat campuran jika mahu hasil yang bagus.

  13. khuzairin 16/01/2018 at 6:58 am - Reply

    perlu ke tambah kapur untuk hapuskan kuman dalam tanah?

    • Izham Alias 16/01/2018 at 7:13 am - Reply

      Fungsi kapur pertanian adalah untuk menaikkan pH tanah. Pengalaman saya, kalau guna tanah campur (ganti tanah atas) dibeli daripada nurseri pokok, tidak perlu campur dengan kapur pertanian.

  14. Kunina 19/02/2018 at 1:34 pm - Reply

    Tanah hitam iaitu tanah gambut yg dijual di nursery itu termasuk dlm kategori tanah atas atau kompos atau bahan organik?

  15. fuziah 07/03/2018 at 5:53 pm - Reply

    saya dah beli tanah sawit mix, top soil, sekam bakar dan cocopeat kasar. boleh ke saya guna utk semua jenis tanaman. dan sesuai yang didalam pasu dan di atas tanah juga.

  16. wan 08/03/2018 at 5:13 pm - Reply

    salam tuan..pasir sungai ada yg kasar dan halus ..yg manakah sesuia utk campuran 321

  17. Zam 25/03/2018 at 8:37 pm - Reply

    Slm tuan izham…pasu yg telah diguna pakai sekali utk menanam sebarang tanaman …berapa kali lg blh ditanam/diguna utk tanaman seterusya.

    • Izham Alias 26/03/2018 at 5:47 am - Reply

      Boleh guna sekali penanaman sahaja. Untuk kali kedua perlu bongkar dan tambah dengan kompos.

  18. Zeta Aziz 31/03/2018 at 11:18 am - Reply

    Salam Tuan izham

    Kalau tanah campuran digabungkan dengan sedikit sabut kelapa untuk tanaman bunga, adakah ianya bagus atau tak perlu?

  19. NUR FARHANA ROSLAN 07/04/2018 at 2:16 pm - Reply

    Saya ada beli tanah campur dr nurseri.
    1) untuk semaian anak benih blh kah saya guna tanah itu?

    2) Untuk pemindahan anak pokok semaian,Boleh kah saya guna tanah campuran nurseri itu juga?

    3) untuk penanaman dlm pasu, adakah lebih baik guna tanah campuran atau sabut kelapa? Seandainya sabut jelapa levih bagus…apakah cara2 penyediaannya?

    Terima kasih

    • Izham Alias 11/04/2018 at 2:59 pm - Reply

      Boleh je cuba. Kalau bercambah, alhamdulillah. Kalau tak, boleh guna peat moss.

  20. suriani 08/04/2018 at 7:09 pm - Reply

    kenapa tanah organik hitam yg dijual di nursery sy semai benih semua x tumbuh, bila sy korek balik benih sy tgok benih sy jd busuk, kenapa ye?

    • Izham Alias 11/04/2018 at 2:58 pm - Reply

      Kualiti tak elok lah tu. Guna peat moss lagi mudah.

  21. mohd hisham ahmad 27/06/2018 at 9:12 am - Reply

    Kalau saya guna. Sekam bakar 100% sesuaikah?

    • Izham Alias 27/06/2018 at 10:02 am - Reply

      Tak berapa sesuai melainkan siram dengan baja AB sahaja.

  22. Mujan 28/06/2018 at 2:13 pm - Reply

    Bagaimana nak atasi masalah daun cili kerinting?

  23. Fauziah binti Ahmad 20/07/2018 at 7:31 pm - Reply

    Tanaman cili, dn kucai slalu kena bena putih..bgaimana cra brkesan utk mghalau atau mengusirnya…

  24. iwani 23/09/2018 at 8:53 pm - Reply

    boleh saya tahu kebaikkan tanah campuran ni berbnding tanah yang x dicampur

    • Izham Alias 24/09/2018 at 6:49 am - Reply

      Kalau guna tanah yang ada di hutan, mungkin terlalu padat. Tidak sesuai untuk tanaman dalam pasu.

      Kalau buat campuran ini, ia mampu memberi kesan yang lebih bagus.

  25. Azhar 26/09/2018 at 1:43 pm - Reply

    Saya campur tanah campuran beli di nursery dgn cocopeat sahaja tuan..boleh ke? Bila dah keluar daun nanti baru letak taik ayam (pokok cili&pokok bunga)

Leave A Comment

Mahukan Tip Berkebun?
Sertai Emel Kebun Bandar!
Sertai lebih daripada 7,000 orang yang menerima emel tip dan trik berkebun serta maklumat berkaitan KebunBandar terus ke kotak emel mereka!
SAYA MAHU!
Langganan emel ini percuma. Anda boleh berhenti langgan bila-bila anda mahu.
close-link