Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah saya kongsikan di Kebun Bandar.
Kelebihan baja buah ini:
- Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
- Kulit udang membekalkan unsur surih (trace element) sesuai untuk tumbesaran
- Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok
Resipi Baja Organik Buah
Bahan A:
- Gula merah – 1 kg (dicairkan dengan 200 mL air)
Bahan B (Kisar):
- Kulit pisang – 700 g
- Kulit telur – 100g
- Kulit udang (belum dimasak) – 200g
- Alternatif: Belacan – 100g (jika tiada kulit udang)
Alat:
- Baldi 5L
- Botol plastik 1.5 L
Cara buat:
- Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
- Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L
- Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Kita guna kain kasar agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
- Peram selama 20 hari
- Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.
Penggunaan:
- Campurkan baja buah ini bersama air dengan nisbah 1:100 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL cecair baja dengan 1000 mL air.
- Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok untuk mendapat kesan maksimum.
- Paling bagus sembur di awal pagi atau lewat petang.
- Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali agar kesan sentiasa ada
petaniMentah says:
kalau pokok tu dah besar…perlu kan lagi ke baca mcm ni/cthnya pokok buah kuini…bila dah pokok tu ‘remaja’, susah sikit nak sembur pada daun sebab daun nya dah tinggi?
dan semua jenis pokok buah ke sesuai?
maaf ya budak baru belajar…terima kasih..=)
zakaria says:
Salam en izam, selamat hari raya.kcg panjang renek telah naik subur.tak sempat nak hantar gambar kat en izam.tapi sekrg saya kat kg, batu pahat.risau juga tak dpt siram tiga hari.nanti balik raya kita jumpa lagi utk belajar byk teknik lagi dr en izam.
Zurainny Ismail says:
Resepi baja organik ni best sebab kesemua bahan mudah diperolehi. Terima kasih krn sudi berkongsi ilmu. 😀
CeritaMama says:
Thank you for sharing.. 🙂
lis says:
Bilik tingkap yng luas dan bagus pencahayaanya…
Jika mlm kami guna aircond sesuai ke untk pertumbuhan pokok..
muhammad yassin says:
kalau guna gula melaka bolek tak
jual anak pokok tin says:
perkongsian ilmu yang sangat berguna dan recyle…
terima kasih..
Ahmad says:
“Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran”
Saya inginkan penjelasan berkenaan tentang unsur surih. Apa dia unsur surih?
A. Bakar says:
Assalam mualaikum… Saya dah cuba buat baja organik cecair ni. Berkesan juga untuk sayuran berdaun kerana daun bayam merah yang saya tanam menjadi lebar dan warnanya juga pekat. Yang lebih menarik berfungsi juga sebagai penghalau serangga dan hama. Sebelum menggunakan baja ini terdapat banyak hama dan kutu (berwarna putih), tak pasti pulak namanya dibawah daun cili. selepas membuat tiga kali semburan, saya dapati hama dan kutu ini tiada lagi.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini.
raffizan says:
proses pemeraman selama 20 hari tu di buat pada tempat gelap atau letakkan sahaja ditempat terang?
Izham Alias says:
Di tempat gelap digalakkan.
wan hussein says:
Tuan, selain kulit pisang dan kulit udang, ada lagi tak bahan lain yg sama unsur?
Nur Fatimah says:
Nk tnye baja em ni de expired ke?
Ahmad says:
menarik, kebetulan saya jumpa artikel jabatan pertanian dalam kosmo tunjukkan kaedahyang lebih kurang sama.
Izham Alias says:
Cari kulit buah yang sama warna dengan pisang iaitu kuning. Untuk udang, boleh guna haiwan laut yang lain.
Izham Alias says:
Biasanya tempoh dalam setahun.
Faizal says:
EM= Effective Microorganism. pernah beli dulu dan guna,memang Nampak kesannya..
Boleh juga spray dekat najis haiwan untuk kurangkan bau…
Izz says:
bagaimana keberkesanan bila guna EM jenis serbuk? TK
Izham Alias says:
Sama sahaja. Mengikut keperluan pengguna.
Aisyah Barkat Shaik Mohamed says:
Dalam polibeg boleh guna semburan ini ke? Dalam polibeg, lepas guna NPK 15:15:15, boleh ke saya sembuh pula?
Izham Alias says:
Boleh. Semburan ini sesuai untuk semua jenis tanaman.
Arif says:
Terima kasih ilmunya. saya terapkan di Indonesia
Izham Alias says:
Sama-sama. Semoga berjaya!
k.parvathy says:
encik , tak ada ke benih organic free yang kita boleh cuba dulu
k.parvathy says:
enick ,bekas yang diperap tu, kena tutup dengan kain, ke, ataupun penutup botol kan sudah ada, terima kasih
k.parvathy says:
encik, kalau kita tanam dlm bekas dan letakan di bawah tingkap, dlm garaj, serangga perosak seperti siput mesti wujud kan
Izham Alias says:
Elok ditutup dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk. Tak boleh tutup terlalu ketat. Takut nanti meletup apabila dibuka nanti.
Izham Alias says:
Kebun Bandar ada menjual benih berkualiti. Boleh beli di http://www.kebunbandar.com/kedai
Izham Alias says:
Bergantung kepada situasi. Sebolehnya jaga sebaik mungkin agar tiada siput datang makan.
Izham Alias says:
Sesuai untuk semua jenis pokok buah. Kalau sudah besar, terpaksalah panjat. 😉
Izham Alias says:
Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Teruskan mengguna baja organik untuk tanaman tuan.
Izham Alias says:
Unsur surih atau trace element adalah unsur selain NPK yang diperlukan tumbuhan dalam kadar sedikit untuk membesar dengan baik.
Izham Alias says:
Boleh tiada masalah.
Izham Alias says:
Saya sarankan saudari cuba dahulu. Mungkin tiada masalah.
Izham Alias says:
Waalaikumussalam En Zakaria. Insya-Allah saya sudi membantu mana yang patut.
fadzil says:
salam izham,
adakah perlu di tambah baja lain atau hanya gunakan baja ini sahaja.
Izham Alias says:
Baja ini sudah cukup.
jaedah says:
aslm izham..selain kulit telur apakah bhan sesuai yng digunakan?
jaedah says:
dan nak tnya kenapa bhn itu perlu diperam serta penggunaan die brpe hari sekali?
zamzuri says:
nk tny sikit berkenaan bahan2 utk membuat baja cecair organik tu, kulit pisang tu dari kulit pokok pisang ke atau kulit dari buah pisang ?
Izham Alias says:
Paling sesuai kulit telur.
Izham Alias says:
Perlu peram agar mikrob dapat menguraikan enzim-enzim untuk kegunaan pokok.
Izham Alias says:
Kulit buah pisang.
kak fida says:
salam en izham …macam mana nak halau siput babi…sedih la ,hari ni ada daun esok pagi tengok dah gondol..
Izham Alias says:
Paling terbaik adalah dengan guna racun siput iaitu siputox.
Rahmah says:
Baja organik perlu disembur setiap hari atau seminggu sekali? Mohon pencerahan.
Gila-Gila Kebun says:
Salam encik izham..bahan apa yang tinggi kandungan nitrogen..ada resepi untuk membuat baja cecair orgabik yg tinggi kandungan nitrogen x..selain kulit telur,bahan apa yang tinggi kandungan phosporus..t kasih..
Izham Alias says:
Seminggu sekali sudah memadai.
Izham Alias says:
Boleh guna kulit kerang juga.
burhan says:
salam,
selain kulit udang hewan laut sepert balad bolehkah digunakan?
Izham Alias says:
Boleh.
ingin tahu says:
Boleh x digunkn utk pokok kelapa sawit.. jika boleh bgaimana jika pokok sawit tu tinggi.mustahil utk kita pnjat pokok sawit.
Amirul says:
Assalamualaikum.
Sy ad 2 pkok klapa yg trbntut ktinggian,pokok klapa prtme dh brbuah,pkok klapa kdua tk brbuah..pdahal kdua pkok tu mmbsar pda wktu yg sme,ap yg prlu dbuat?
Izham Alias says:
Boleh cuba dengan baja ini. Tengok kesannya.
Izham Alias says:
Boleh. Dan jawapannya sudah ada pada Tuan ‘ingin tahu’. 😉
burhan says:
Assalamualaikum.
Bolehkah kalau kita guna udang dan telur (bukan kulitnya saja)?
Dzul says:
Salam tuan selain guna haiwan laut.klu guna ketam n udang dlm bendang blh x?kt kg sy ada byk. 🙂
Jonius Yaga says:
salam, baja ini boleh untuk pokok sawit?
Nazri says:
Assalam. Boleh ke kita masukkan sebotol yakult sbg tambahan
Hi Nasir says:
Assalamualaikum saudara Izham…. Apa fungsi gula merah…tk
Mohd Jani Mohd Taib says:
Baru terjumpa website ini sangat berminat untuk menimba pengalaman …. terima kasih.
Mohd Jani Mohd Taib says:
Assalamualaikum sdr Izham ….
Saya baru cuba2 tanam terong panjang dalam polybag dan dah mula berbunga …. apakah baja yang sesuai untuk digunakan ….
Terima kasih.
Husba says:
Boleh juga tabur garam..
Atau tangkap siput, tabur garam kat badan dia.
nik ab nair nik mohamad says:
salm kulit pisang ,kulit telor dan kulit udang tu perlu di kisar atau gaul macam tu je ke….
Noraisah Ali says:
Baja mol saya berulat , masih boleh ke saya gunakan untuk membaja bunga dll tanaman ?
Izham Alias says:
Masih boleh guna. Perlu tapis dan buang ulat itu sahaja.
Mia says:
assalamualaikum , baja ni untuk sayur sahaja ke? kalau pokok bunga atau buah boleh digunakan tak? dan biasanya perlu letak baja ni kat daun ke? tanah?
isah says:
hi…sesuai tak baja organik ni utk tanaman lada hitam.tq
Don says:
Kalau tiada gula merah Apa Akan jadi ? Selepas 1 tahun masih boleh Pakai ? 0127111159
Celestine Jupa says:
mungkin agak terlewat jwpnnya, saya kongsi sikit tips.
Jerat Siput
Peralatan
1) Suratkhabar/kertas/kotak
2) Pasu kosong (tanah liat) saiz sederhana/bekas lutcahaya yang gelap/bata*/papan kecil*
3) Air
Umpan
1) Daun-daun pokok/ daun-daun sayur/ Buah tomato
Caranya:
1) Hamparkan suratkhabar di tempat laluan siput dan letakkan di sebelah tanaman.
2) Taburkan daun-daun di atas hamparan suratkhabar tadi.
3) Basahkan sedikit suratkhabar sehingga separa lembab,.
4) Tekupkan pasu tadi secara terbalik di atas hamparan suratkhabar tadi, jikalau boleh, sembunyikan umpan dibawah pasu.
Sekiranya menggunakan bata, umpan dibiarkan di sekitarnya.
5) Selepas bebearapa hari, periksa jerat dan buang siput2 yang datang kenduri tadi.
Semoga berjaya.
wan says:
jika kita kisar sekali dgn isi buah pisang, bermasalah x cik izham?
wan says:
kulit udang, pisang, telur yg dikisar tu guna air byk mna cik ilzam?..atau kisar tanpa air?
Izham Alias says:
Ya, kisar tanpa air.
Izham Alias says:
Boleh juga tiada masalah.
Ain says:
Siram tu pada daun ya? Kenapa x direct pd tanah? Dan boleh ke kalau saya siram selang seli dengan air basuhan basuhan beras.
Mohon tunjuk ajar. Jazakallah
Zach says:
Slmt ptg en.Izham..baja organik cecair ni boleh diguna untuk tnaman hydroponic tak?jika boleh berapa nisbah diguna?
aron aziz says:
bla bla bla bla,bro boleh tahan best blog ni.dan ia membantu saya. terima kasih tapi kenapa tak ramai yg like blog ni.kenapa kenapa
Syukri sulong says:
Encik
Kulit udang tu kalau yang dah masak bleh guna x??
Trima kasih
Izham Alias says:
Sebolehnya gunakan kulit udang belum masak. Kandungan nutrien lebih tinggi sebelum ia dimasak.
Gen says:
En Izham..saya dah cuba buat baja ni tapi terlalu pekat dan saya tak dapat tapis.masih boleh guna ke? dan cara penyimpanan macam mana?
Amir says:
belacan pon boleh
fairuz says:
mesin sembur berenjin dengan tekanan tinggi sesuai
ifli says:
En izham…klu peram lebih lama…blh x..
encikshino says:
Tetiba rasa bersemangat plak nak berkebun.
Farin muo says:
Salam..tuan izham..sy ade buat tanaman fertigasi cili 500 pokok..bile buat semburan pada pokok sy menggunakan pam 20L. Mengikut nisbah cecair baja : air(1:20)=(10ml:200ml) jika pam 20L nisbahnye(1L : 20L).jd kuantiti 1L banyak sgt..mntak tuan izham tambahkan bpe kg/g bahan bahan yg di peram supaya nisbah cecair baja sikit dan air yg banyak..cth: 10ml : 10L
nurun says:
Salam,
Nak tanya,kenapa selepas sye sembur pokok cili knp daun nya jadi kriting. T.kasih
Izham Alias says:
Biasanya akibat kepekatan berlebihan. Cairkan lagi kepekatan tersebut.
Izham Alias says:
Saya tiada pengalaman untuk skala besar. Tuan boleh guna pati baja belacan juga. Ada di artikel saya yang lain.
puan nor says:
Salam.kalau kalau guna kulit duku ganti kulit pisang.blh tak.perut ikan blh tak buat baja.bagaimana caranya
shurdi says:
ape maksud baja air itu 1:10
Muhammad Azlan Bin Kamarudin says:
Maaf Cik, saya nak tumpang tanya.. Saya ada beli ebook cik.. Memang 17 muka surat je ke ada lg?
Izham Alias says:
1 cawan baja tambah dengan 10 cawan air.
aiman gnet says:
assalammualaikum bang… bang baja ni tade tambah air ke masa peraman?
Izham Alias says:
Memang tak perlu air.
Hasnim othman says:
Assalamualaikum semua. Saya suka berkebun juga belakang rumah. Saya tanam pokok Roselle, betik,pokok selasih,pokok kari. Pokok bunga pun. Saya gunakan Baja organik sahaja, sisa makanan seperti lebihan nasi basi, daun bawang,kulit telur,kulit epal Dan Oren, kulit limau nipis,limau kasturi, lebihan sayur,kepala Dan tulang ikan goreng, tulang ayam goreng masuk dalam bekas, masuk air beras atau air hujan ataupun air paip hingga tenggelam semua. Tudung ja guna penutup seperti beg plastik, selepas 3,4 hari bau masam2 boleh dah ceduk air tu siram pokok. Lepas seminggu nampak byk cacing . suburkan tanah. Dalam 2 minggu nampak pokok jadi subur. Saya siram guna Baja ni 2,3 hari sekali. Cuma jgn masukkan dalam bekas tu perut ikan mentah, ayam mentah Dan daging. Nanti berulat ..
pak mat says:
Salam Izham … kalau nak kisar kulit pisang tu,tentu yang sudah dikeringkan? Betul?
dintahar says:
En Izham, saya nak tanya. Boleh ke baja ni nak digunakan sbg baja hidroponik dan bagaimana caranya?
hairy says:
Saya nak cubalah..t.kasih
nurul ain says:
kalau x ada kulit udang boleh ganti dengan bahan apa ?
seputum says:
Assmlkm, boleh ke menggunakan sisik ikan sungai/laut utk menggantikan kulit udang? Kalau boleh adakah quantitynye pun 200g?
seputum says:
Bagi pokok sawit yg berumur 2/3 tahun, berakah kadar semburan baja per pokok?
Kak Siah says:
Assalam en.nizam. Saya ada cuba buat baja organik. Semua lebihan makanan saya masukkan dlm bekas cat kosong+gula merah. Saya tutp rapat dgn penutupnya sendiri sb bimbang baunya. Berbulan2 hingga dah penuh. Masaalah nya saya geli tgk ulat besar2 dlm bekas tu (mcm ulat sagu). Macam mana saya nk buat ye utk ambil air baja tuuu…dah garu kepala niiih…
Khadijah Johar says:
Asalamualaikum En. Izham. saya ada tanam pokok kantan, pokok subur tapi tak pernah berbunga, boleh en izham beri penerangan supaya pokok kantan tu berbunga
DH Agriculture says:
boleh pakai kulit ketam / tulang. tapi dia ambil masa yang lebih panjang serta proses yang sedikit leceh berbanding kulit udang.
atau pun gantikan dengan belacan .. cuma bau tu boleh tahan lah kalau nak peram di kawasan perumahan.
Ibni Hajar bin Itam says:
Assalamualaikum. En. Izham. Saya ni kalau nk dptkan 200 gm kulit udang sekali gus mmg masalah le sikit. Sbb beli udang pun sikit2 je. Jadi saya pun kumpullah kulit udang tu sikit2 dgn cara mengeringkannya di bwh cahaya matahari. Boleh ke guna kulit udang yg dikeringkan begini?
Ibni Hajar bin Itam says:
Boleh tak gunakan kulit udang yg dikeringkan di bwh cahaya matahari utk buat baja ni?
Izham Alias says:
Waalaikumussalam. Boleh. Tiada masalah. Keringkan guna oven pun boleh.
zafi says:
Amat berminat nak bekebun belakang rumah..tanam pokok herba n ssyuran sndiri…tp x de badic…mohon tunjuk ajar
cikbusu says:
salam, saya selalunya sisa sayur , perut ikan, saya tanam terus dekat2 dengan pokok yang saya tanam.. pernah buat baja kompos ni .. tapi geli lak tengok ulat ulat tu….. alhmdulillah pokok subur…
Jasnin says:
Slam izham pokok sawit bleh ke guna baja ni
Jasnin says:
Slam izham baja cecair ni blek ke guna utk sawit
Izham Alias says:
Saya tidak pernah mencubanya. Wallahualam.
fitri says:
Kalau tanaman padi boleh guna x Baja organik ni??
fitri says:
Kalau tanaman padi boleh guna x Baja organik ni?
Cik mad says:
Salam tuan..pisang tu guan skli isi ka..kulit sahaja..
Has says:
Untuk anak pokok lada yg belum matang bole guna ka baja ini
anuar says:
Says day Cuba sembur Pada pokok saw it ternyata berkesan.look yg Tk per ah berbuah..kini dah berbuah..Baru DLM sebulan..alhamdulillah..terima kasih en izham kerana Saudi berkongsi ilmu.
Ibni Hajar bin Itam says:
Assalamualaikum. Boleh tak guna kulit udang mentah yg telah dikeringkan (oleh matahari)?
Khairul says:
Assalamualaikum…..izham…lepas sy dah asingkn cecair baja nie…..sisa2 campuran tu perlu buang ke atau ade ikhtiar lain yg boleh digunakn??dah buat da baja nie….tp sisa2 campuran nie tak tau nk buat ape..
Russilah says:
Assalamualaikum sir , sy nak Tanya selain pisang bahan apa lagi yg boleh digunakan ?
Izham Alias says:
Buah yang masak berwarna merah hingga kuning seperti betik, pisang dan mangga.
Izham Alias says:
Boleh terus tanam tepi pangkal pokok.
Izham Alias says:
Boleh.
Izham Alias says:
Boleh.
Izham Alias says:
Boleh.
Sk says:
Baja cecair saya berulat dan berbau masam, masih boleh kah?
Izham Alias says:
Ya masih boleh digunakan.
HANIZAN BIN ABDUL MANAN says:
Terima kasih atas info berguna.
Bukan aku says:
Baja air boleh di sembur KT tanah..btg pokok daun n Buah sekali..tak ada masalah..pokok still boleh menyerap Baja tersebut
Izzat says:
Kalau buat baja organik pakai (air paip) boleh tak??
Jazze says:
Salam tn, sembur utk haiwan ternak boleh tak? Mna tau boleh
Huda says:
Terima kasih. Baru jumpa blog yg berguna ni.
Baharudin ahman says:
Assalam tuan….Jika camporan em dgn air tidak mengikut aturan cth 1:10@1:5,apa terjadi pd pokok…
Zul says:
En Izham, baja ni sesuai tak utk pokok durian?
Izham Alias says:
Sesuai.
Izham Alias says:
Mungkin terbakar.
Izham Alias says:
Sama-sama.
Izham Alias says:
Setakat ini saya tidak pernah cuba. Wallahualam.
Izham Alias says:
Boleh tiada masalah.
Ibrahim says:
apa beza EM dengan Photosyntesis bacteria bagi kegunaan tanaman…Mohon pencerahan
bob says:
salam.. kalau baja ni blum smpai 20 hari d peram, tp ada keluar ulat kecik2 tu. normal ke caner tuan
Izham Alias says:
Normal. Ulat kecil itu nanti akan mati.
Izham Alias says:
Fotosintesis bakteria ini adalah sebahagian daripada EM. EM ini ada 3 jenis bakteria iaitu laktobisilus, fotosintetik dan kulat. Ketiga-tiga ini bekerjasama dengan bagus bagi menghasilkan baja yang bagus.