Cara membuat kompos mudah dan segera

Home/Baja, Blog Category 1, Kompos/Cara membuat kompos mudah dan segera

Kaedah buat kompos

Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.

Bahan:
1. Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.

2. Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.

3. Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.

4. Air untuk menyiram.

5. Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air).

nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja…

Cara membuatnya:

1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.

2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.

3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.

4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.

(sumber: http://on.fb.me/1kkf4lu)

Namun begitu, ada cara yang membolehkan kompos siap dalam masa tidak sampai sebulan.

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-10-21T11:05:54+00:00 March 15th, 2014|Baja, Blog Category 1, Kompos|63 Comments

63 Comments

  1. ZAKARIA 15/04/2014 at 8:31 pm - Reply

    macam mana cara utk sediakan kompos dalam masa tak sampai satu bulan

    • Izham 17/04/2014 at 8:04 pm - Reply

      Antara caranya adalah menyediakan bahan-bahan yang betul. Perlu ada bahan hijau dan bahan perang. Perlu selalu membolak-balik kompos agar serata proses pengkomposan berlaku. Boleh tambah EM untuk proses pengkomposan cepat.

      • wan 06/02/2017 at 12:44 am - Reply

        bolak balik maksudnya kita gaul utk sekata kah sdr izham?…

      • Safu 13/02/2017 at 6:41 am - Reply

        EM tu apa tuan Izham?

  2. Siti 29/04/2014 at 9:32 am - Reply

    Salam,
    Ada tak kursus untuk membuat kompos… saya ada buat beberapa kompos (belajar dari youtube & google), tp macam tak jadi je… semasa tempoh pemprosesan kompos, ada ulat x?

    • yaww 20/05/2014 at 11:43 pm - Reply

      rasanya dekat jabatan pertanian serdang ada buat kursus untuk baja kompos….

    • aslinah adnan 18/10/2016 at 2:29 pm - Reply

      ada sesiapa nak belajar buat kompos boleh datang ke taman pertanian universiti, Universiti Putra Malaysia.

      Saya sedia untuk membantu kalian…
      boleh buat secara berkumpulan..
      03-89467301 / WhatsApp 019-7619154 saya.

      Ikhlas,
      Aslinah,
      Pegawai TPU UPM.

  3. Solehah 15/07/2014 at 8:08 am - Reply

    Assalamualaikum, kami JI ada mengeluarkan baja kompos dengan menggunakan mesin khas yg diimport dari indonesia. Kami juga dealer . kepada yg berminat untuk mendapatkan mesin buat kompos atau tong khas un tuk membuat kompos. boleh hubungi kami 011-1321 9520

    • Nor 25/01/2015 at 10:47 pm - Reply

      Assalam,
      Tong khas utk mbuat kompos tu yg mcm BioSense jual tu ke? Mesin kompos tu plak mcmana rupa dia? Ada blog utk dirujuk? Tksh

  4. Aniey yusoff 01/10/2014 at 2:06 am - Reply

    Saudara izham, mcm mana dgn penggunaan catalyst bio? Ada tgk youtube penggunaan dia utk mempercepatkan penguraian. Dlm seminggu dh boleh guna baja tu. Lg satu mcm mana nak tau yg kompos tu dh sedia utk digunakan? Huhu sdg mencari ilmu pengkomposan. Kalau dh lama tau kurangla sampah dpr..

  5. Ceguhadi 11/12/2014 at 8:29 am - Reply

    Kalau tak ada EM, boleh ganti dengan air Coke campur dengan ragi / Yis. Cairkan dengan air dan spray pada kompos.

    • zaidi 07/01/2017 at 5:49 am - Reply

      Byk saya baca ttg kompos tapi yang ni baru bagi saya. Coke + yis/ ragi. Cairkan macam mana? Kena spray habis terus atau boleh di simpan.

  6. DR Fig Garden 05/02/2015 at 10:34 am - Reply

    terima kasih atas perkongsian ini.. ilmu yg berguna..

  7. Sabrina 27/03/2015 at 3:24 pm - Reply

    Assalam.
    Saya nak tanya mcmana nak buat composs menggunakan habuk kayu dgn tinja ayam?

  8. MOHAMED 04/08/2015 at 3:16 pm - Reply

    Salam
    Saya ada menanam beberapa pkok durian belanda di keliling rumah.
    Masaalah yang saya alami ialah terdapat banyak kutu/serangga putih di bawah daun dan ianya memberi kesan kepada
    kesuburan pokok.

    Apakan jenis racun yang sesuai untuk saya gunakan bagi tujuan menghalau atau menghapus serangga ini

    • Izham Alias 04/08/2015 at 3:33 pm - Reply

      Boleh sembur dengan air rebusan daun lalang. Sembur tiga hari sekali.

      • wan 11/05/2016 at 2:39 pm - Reply

        cara nk buat air rebusan lalang bagaimana cik izham?.. berapa kilo lalang dan berapa liter pula air yg digunakan?

      • Irenazreen 14/03/2017 at 10:16 am - Reply

        En. Izham ,
        Boleh juga guna kan untuk tanam an yang lain? Bagaimana pula dengan rebutan daun serai wangi? Boleh Juga kah?

  9. Hanafi 09/08/2015 at 10:08 pm - Reply

    Saudara yg saya muliakan, tuan tahu tak tempat utk mendapatkan Cacing diternak utk mendapatkan Baja..dulu banyak kursus2 ternakan cacing dianjurkan tapi sekarang hilang entah ke mana..tq

    • Izham Alias 09/08/2015 at 10:12 pm - Reply

      Tuan boleh sertai FB grup Vermicomposting Malaysia. Di sana banyak tawaran jualan cacing untuk vermikompos.

  10. Nor Asikin 13/10/2015 at 6:28 am - Reply

    Assalamualaikum,
    Tuan admin , saya nak tahu adakah benih rumput carpet boleh di beli di nurseri?TK

  11. Semaun 18/10/2015 at 9:54 pm - Reply

    Asalamulaikum
    Tuan saya ada tanam cili api ada sebahagiannya selepas buah kali pertama daun kerinting jadi bantut dan tidak berbuah lagi …
    Macamana cara rawatanya … tkaseh

  12. yaati 21/10/2015 at 12:00 pm - Reply

    tong kompos saya(poloisterin) letak kat tepi tempat parking kena buang..hihihi kena cr tong polisterin baru..

  13. Aisyah Barkat Shaik Mohamed 29/10/2015 at 11:28 pm - Reply

    Saya syorkan berdasarkan pengalaman saya. Buah Kuining berulat di dalam. Saya guna tahi arnab yang telah dikeringkan. Kini,buahnya sangat manis dan tidak berulat.

  14. azman abas 09/11/2015 at 9:22 pm - Reply

    perlukan ditutup bahan2 kompos semasa proses pengkomposan? contohnya bila musim hari2 hujan lebat? sebaiknya tempat kompos tu dibuat dilokasi mana? bawah pokok ka? tempat lapang ka? bawah cahaya matahari ka?

    • Izham Alias 23/11/2015 at 10:42 am - Reply

      Perlu bagi memastikan kompos tidak hilang dibawa air hujan. Kompos elok jika dibuat di tempat yang ada teduhan.

  15. Affendy 23/12/2015 at 11:27 am - Reply

    Tuan, saya nak buat baja cecair organik. Berapa banyak air yang nak dicampur dalam bahan2 yang dah digaul sebelum diperam?

  16. roselind Janggak 02/02/2016 at 3:21 pm - Reply

    Saya nak juga buat compas ni tapi masalah nya kawasan tanah saya ni byk anai2. Anai2 tu nanti tak makan kompos saya ni kah? Sbb campuran ada ranting dan cardboard . Tanah saya ni tak subur sbb tu coba nak buat compos.

  17. Che Wah Osman 25/03/2016 at 9:45 am - Reply

    Dalam tanah kompos saya banyak kutu .Apakah cara nak menghapuskan kutu2 tu

    • Muz 29/11/2016 at 11:50 pm - Reply

      Sembur EM

  18. jac shaari 01/04/2016 at 2:58 pm - Reply

    as salam..katna nak beli buku rm12 tu? tanah gambut tu bukan top soil ka! pasai pa top soil payah nk dpt di msia? trima kasih no

    • Izham Alias 01/04/2016 at 3:19 pm - Reply

      Buku RM12 tu ebook. Perlu klik pada gambar tu. Nanti akan ke website pembelian.

      Tanah gambut bukan top soil. Tanah atas ini kalau di Malaysia, lebih kepada tanah hutan. Jika tiada, boleh je guna tanah bukit sebagai ganti.

  19. yap gen tin 08/06/2016 at 10:33 am - Reply

    izham alias…saya nak buat baja kompos tetapi info tidak juga. soalan seperti berikut:

    1. Bekas untuk buat kompos perlu x buat lubang kecil-kecil x?
    2. Kompos tersebuat perlu beberapa hari sekali untuk lakukan kerja bolak-balikkan?
    3. Bekas untuk buat kompos perlu ditutupkan dgn rapat x?
    4. Bahan2 untuk buat kompos kena berapa lapisan dan kena tambah setiap kali bahan2 tesebut atau kali pertama je?

    • Izham Alias 16/06/2016 at 10:35 am - Reply

      1. Perlu buat agar pengudaraan berlaku dengan baik.
      2. Sebolehnya seminggu sekali. Jika tak mampu, sebulan sekali sudah memadai.
      3. Perlu untuk elakkan serangga dan tikus masuk.
      4. Boleh tambah semasa proses kompos berlaku.

  20. yap gen tin 08/06/2016 at 10:43 am - Reply

    izham alias

    1. kompos tersebut perlu siram air dlm berapa hari sekali @ hari2?

    • Izham Alias 16/06/2016 at 10:34 am - Reply

      Tips yang utama, pastikan kompos sentiasa lembab dan bukan berair. Siram 2-3 hari sekali sudah memadai.

  21. nasruddin 14/06/2016 at 12:00 pm - Reply

    baja kompos ni boleh tak kita menggunakan FFJ atau FPJ ? rasa-rasa menjadi tak bila digunakan sebelum penanaman?

  22. Norani Ali 24/06/2016 at 1:29 pm - Reply

    Assalamuálaikum, saya agak baru dlm grup ni. Terima kasih diucapkn atas perkongsian dr tuan n ahli2 yg lain. Cuma, ada bberapa terma yg sy x faham spt FFJ, FPJ n EM. Mohon pencerahan…

  23. awang 17/07/2016 at 9:45 am - Reply

    Dalam youtube, dia buat kompos skala kecil , dia letak paip ditebuk dgn banyak lubang dan dicucuk di tengah2 kompos , adakah itu sudah memadai utk kompos itu tak perlu di bolak balik lagi?

  24. Zauyah syed 25/07/2016 at 2:03 pm - Reply

    Daun pokok pisang yg kering dan daun pokok puding kering boleh tak utk buat kompos?

  25. azhani 14/08/2016 at 11:45 pm - Reply

    aslm…kenapa kompos saya berulat? adakah ia normal?

  26. Ridzuan Hj Kadir 15/08/2016 at 9:02 am - Reply

    Kantin di kem saya ada banyak sisa makanan pada setiap minggu. Saya bercadang untuk buat baja kompos dari sisa tu. Apa cara yang terbaik saudara Izam?

  27. harris matsubuh 15/08/2016 at 12:57 pm - Reply

    kalu kita guna bhan tersebut terus ke tanaman boleh ke?tanpa perlu kumplkan sekali..

    • Norhana binti mohd ali 12/12/2016 at 3:25 pm - Reply

      Sy setiap hari mmg buat kompos . Tp sy tk simpan, terus tanam pd tanah dekat umbi pokok. Mmg subur je. Cuma kdang2 tu berulat. Tp still ok. Bila ulat tu besar jd ulat kompos.

  28. sanadi 20/08/2016 at 4:44 pm - Reply

    salam En Izham, kalau nak buat moleses guna gula merah, berapa nisbah air dng gula? terima kasih didahulukan atas tunjuk ajar.

  29. Hafit Husin 29/08/2016 at 9:24 am - Reply

    Saya membuat kompos dengan menggali lubang di tanah terbuka. Saiz lubang 4′ x 4′ x 2′ dan dibuat di tanah lapang berhampiran rumah. Saya masukkan semua bahan-bahan no. 1,2, dan 3 di atas. Air saya tidak siram tapi bergantung pada air hujan sahaja. Terdapat beberapa persoalan:

    1. selepas 3 hingga 4 bulan, masih ada bahan-bahan yang tak hancur seperti ranting, tempurung kelapa, kulit manggis, dan bahan-bahan lain yang sepertinya. Adakah cara untuk membolehkan bahan-bahan tersebut hancur dengan sempurna.
    2. Lubang kompos tersebut menarik perhatian tikus, mengkarung, katak dan binatang sepertinya. Bagaimanakah untuk menjauhkan binatang-binatang tersebut dari lubang kompos itu.

    sekian.

  30. Abd Manaf 04/11/2016 at 6:35 am - Reply

    Assalam,
    Selalunya ranting kayu , rumput ,najis ayam dn arnab saya bakar. Berapa lama perlu saya biarkan baru boleh tabur dekat pokok tanaman.

  31. Eline 07/11/2016 at 1:43 pm - Reply

    Hi nak tanya kat mana boleh beli cacing African Nightcrawler?

    Terima kasih.

    Eline

  32. norhana mohd ali 12/11/2016 at 8:15 pm - Reply

    Compos sy selalu berulat. Camne nk cegah ye.

    • Izham Alias 13/11/2016 at 6:11 pm - Reply

      Kompos memang akan berulat. Jika tak mahu berulat, boleh tutup dengan bekas berjaring. Cuma pastikan udara masih masuk.

    • Norhana binti mohd ali 12/12/2016 at 3:27 pm - Reply

      Yg saya pun berulat jugak. Tp lama2 ulat tu jadi ulat kompos. Siap tgglkan kulit dia lg.

  33. salma ibrahim 09/12/2016 at 4:18 pm - Reply

    Terima kasih. Saya letak semua untuk buat baja kompos, sayur, perut ikan, kulit udang, rumput, daun kering, kulit telur dan ditutup dengan tanah. Nampak ok.

    • Norhana binti mohd ali 12/12/2016 at 3:26 pm - Reply

      Saya pun bt sama camtu. Pokok subur.

  34. joe 31/12/2016 at 12:31 am - Reply

    salam sy mncri kwn2 yg brminat utk msuk ke grop wssup cucuk tanam dn dsitu kta bole kongsi pngalaman dn ilmu2 dlm penanaman dn prtanian,,ssiapa brminat bole wssul sy di no 01137530526 joe

  35. Omar Zainal 05/02/2017 at 10:06 am - Reply

    Salam. Tuan, bagaimana nak tahu kompos itu sudah jadi dan sedia utk digunakan?

  36. Parvathy Arumugam 20/02/2017 at 10:20 am - Reply

    Salam Warga KB,

    Terima kasih kepada team KB yang kongsi banyak ilmu berkaitan pertanian bandar. Banyak soalan di atas berkaitan dengan penyediaan kompos dalam masa tersingkat. Kwn2 boleh cuba ‘Takakura Method’ di mana agen probiotic proses bahan kompos dalam masa tersingkat. x sampai 1 bulan pun. Semoga berjaya. Terima Kasih.

  37. Jenaka Jenaka 11/03/2017 at 8:53 am - Reply

    Salam En Izham..kalau baja kompos tue dah berulat nak kena spry dan gaul jgk ke?

Leave A Comment