5 Cara Kawal dan Halau Siput Babi di Kebun (Tips ke-6 Kalau Terpaksa)

kawal bunuh racun siput babi kebun

Siput babi atau nama sedapnya garden snail memang menjadi masalah kepada pekebun macam kita. Walaupun ada kata siput babi ini lambat jalan kerana sambil berjalan asyik fikir, “aku ini babi ke, siput?”. Lawak tersebut tiada kaitan dengan kebun kita.

Tabiat siput babi ini adalah ia jenis haiwan nokturnal. Apakah itu nokturnal? Pernah dengar pasal kehidupan burung hantu? Bilakah burung hantu aktif? Begitu jugalah si siput babi ini.

Sebab itulah apabila kita menanam bibit yang baru bercambah, pada hari itu kita tak nampak apa-apa pelik. Bibit penuh dengan daun. Hanya pada pagi esok sahaja yang kita nampak hanya batang pokok. Fuh, memang sedih, bukan?

Di sini saya kongsikan bagaimana kita si pekebun bandar mampu mengelak serangan siput babi. Pilih salah satu atau boleh buat semuanya sekali.

1. Buang Telur Siput Babi

Kaedah ini adalah yang paling mudah. Kita selalu belek di kebun, kan? Jadi kalau ada nampak telur siput babi itu, bolehlah kutip dan buang. Kata mudahnya terus pecahkan sahaja. Kalau nampak siput babi dewasa atau kecil pun boleh terus kutip dan buang. Saya selalu tabur sahaja sedikit garam pada atas kulitnya.

Ingat! Bukan tabur atas tanah tetapi pada kulit siput yang lembut itu. Sikit sahaja. Dalam secubit.

2. Lilit dengan kepingan tembaga/aluminium

Secara alaminya, siput babi tidak gemar dengan tembaga. Apabila badannya yang lembut itu terkena tembaga seakan ada kejutan arus elektrik. Kalau tiada tembaga, aluminium pun jadi. Potong bekas tin minuman dan letak di keliling pangkal pokok.

3. Serbuk Kopi

Selepas minum kopi, jangan kita buang hampasnya. Letak keliling pokok. Selain itu hampas serbuk kopi kaya dengan nitrogen. Kira hal ini sambil menyelam minum air. Dapat elak siput babi dan juga dapat baja kepada pokok secara percuma. Kalau kita jenis tidak minum kopi, seperti saya, boleh pergi ke mana-mana restoran yang ada menjual minuman. Minta hampas kopi daripada chef restoran. Biasanya restoran mamak. Kalau tempat anda ada Starbucks, boleh ambil percuma.

4. Garam Epsom

Garam epsom biasanya digunakan untuk kesihatan. Namun tahukah anda garam ini juga banyak digunakan di kebun? Daripada kita tabur garam biasa, lebih baik kita tabur garam epsom. Garam epsom ini kaya dengan magnesium (Mg) yang bagus untuk perkembangan pokok.

Walaupun begitu, jumlah yang ditabur perlulah sedikit mengikut dos yang disarankan. Selain itu, kekerapan tabur pun perlu ada hadnya. Tanah yang terlalu masin akan menyebabkan pokok hidup tidak subur.

5. Cengkerang telur ayam

Cengkerang telur ayam kaya dengan unsur kalsium. Selepas kita goreng telur, jangan buang kulit telur ayam ini terus ke dalam tong sampah. Kita ambil dan jemur sehingga kering. Boleh guan masuk ke dalam ketuhar (suhu 40 C selama 10 minit). Kemudian kita ramas sehingga halus. Tabur hasil ramasan tersebut sekeliling pangkal pokok. Kesan tajam pada hujung sisa kulit telur itu tidak digemari oleh siput babi.

Hal ini akan menyebabkan siput kurang gemar berkeliaran di sekitar pasu kita

6. Racun Siput Babi

Setelah semua perkara kita buat tetap tidak menjadi, saya terpaksa saran kepada anda untuk gunakan racun siput babiOpens in a new tab..

[Video] Cara guna racun siput babi berkesan.

Rujukan

  • a
emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Biasanya di keliling rumah. Atau dari tanah yang kita bawa dari luar.

  2. Dari mana siput babi ni datang. Tau tau dah ada. Pelik. Saya duduk di perumahan shah alam. Tksh.

  3. Kena kuar duit tu..nk beli tepung

  4. Info yg baik.. Tq tn..
    Sejak musim hujan hujung2 tahun ni, byk pulak siput2 babi kat pasu2 kebun mini sy ni.. Dh buang, diorg dtg balik.. Buang lagi, dtg lagi.. Sy akan cuba guna tips yg diberikan.. Tq skali lagi.. 😁😁😁

  5. pade siapa yg brminat utk sertai group wssup perkebun kecil dan bsr bole wssup sy di no 011- 1321 9520,di situ sma2 lh kita brkongsi pndapat dn ilmu bt rkn2 bru or lma,dn xlpe juga bg siapa yg mmpunyai mslh pde tnam insyallah mne yg bole bntu kmi bntu,,,
    #mjulh kita dlm bertani

  6. Farmasi ada jual

  7. info yg bagus tuan…

  8. Terina kasih atas perkongsian ilmu..
    Bagaimana pula dgn makhluk parosak yg lain seperti ulat yg suka makan daun..

  9. Terima kaseh..tips yg baik..barutahu tips penggunaan tembaga.. akan di cuba

  10. Maaf mencelah…berkesan ya encik Abu Bakar letak tepung ubi kayu mcmtu? Letak selalu ke sekali sekala?

  11. Alhamdulillah perkongsian yg sgt baik…ni la masalah sy yg utama dikebun…semai pokok baru keluar tunas hr ni senyum2 esoknya muka marah sbb siput babi selalu rosakkan tanaman sy…da la baru nk belajar menanam sayur…nt boleh la cuba…terima kasih untung jmp page ni.. 😃

  12. Terima kasih En.Izham…info yang amat baik sekali..skrg saya mengalami masalah siput babi ini.TQVM

  13. Terima kasih kerana kongsi info yang berguna dan memberi menafaat ini.

  14. terima kasih.artikel ini amat membantu

  15. Ketuk siput babi dan telurnya. . Lepas tu jadi baja pokok orkid

  16. thanx a zillion. pernah juga dah buang tapi tetiba rasa kesian kutip balik dan letak kat jalan dan pesan supaya jangan datang n kacau pokok kita lagi. hm….haram didengornye. bubuh kulit telur tu ok la sebb x membunuh. #siputkebabi? kikikik

  17. trima qaseh d atas info yg sgt brguna

  18. Terima kasih Izham, nanti akan cuba.
    Kadang-kadang kalau rajin, malam akak suluh keliling rumah cari siput dan tabur garam

  19. Terima kasih dgn tip yg berguna …saya akan mencuba.

  20. Terima kasih En. Izham atas perkongsian ilmu2 yang diberikan. Saya akan cuba nanti.

  21. terima kasih ats perkongsian

  22. temkiu prof…
    garam epsom tu boelh didapati di mana yer..

  23. Terimakasih Tuan info yg bagus

  24. tq 4 the info..
    menjimatkan dan amat berguna

  25. Sori typo JAPAR

  26. Alhamdulillah…..petua yang sangat berguna, In shaa Allah saya akan cuba kerana saya memang sedang mencari kaedah bagi menyelesaikan masalah siput ni, tq tq tq

  27. Terima kasih info berguna ini

  28. Terima kasih Tuan Admin..info yg berguna..mmg banyak pun siput makan daun limau

  29. Sangat menafaat tip2 yg diberi.. terima ksih Izham

  30. Terima Kasih info….akan dicuba…

  31. Terima Kasih tuan..masalah saya sekarang bukan siput babi nie,tapi ulat bulu…cer tolong

  32. Terima kasih banyak2… mmg sedang mencari alternatif lain selain dari garam…. terima kasih sekali lagi

  33. Terima kasih bnyk2..sbb sgt memerlukn petua ini…

  34. terima kasih untuk info..amat berguna ne

  35. Kenapa namanya siput babi?…untuk pengetahuan semua siput ini adalah makanan segera yang paling sedap kepada babi…kalau babi terjumpa siput ini mesti makan terus je..tu le namanya siput babi

  36. Ada satu cara lagi sdr Izham,. Masukkan tepung ubi dalam sebuah bekas dan letak kan kat dalam kebun dengan kedudukan yg mudah dimasuki siput babi. Siput babi ni akan leka memakan tepung ubi hingga tak sedar hari dah Siang. Kutip semua siput tu dan buang

  37. terima kasih atas petua2 ni..sangat bermanfaat

  38. Sy dh cuba memang menjadi.

  39. Terima Kasih…Info yang sungguh berguna

  40. Tq..akan dicuba

  41. Terima kasih….artikel yg amat dinantikan.

  42. Terima kasih diatas tips yang dikirimkan amat saya hargai . ….

  43. Terima kasih.. Amat membantu..

  44. Waalaikumussalamm
    Teri ma kasih atas info…
    Sangat mudah dan jimat.
    Untuk menhalang siput,saya menggunakan kaedah kulit telur…
    Kebetulan Anak media sambil agriculture mass ting kat an 4 dan 5

  45. Thank you for the tip..

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!