Kebun Herba Indoor – Kaedah Tanam Herba dengan Bekas

/, Tanaman bekas, Tanaman indoor/Kebun Herba Indoor – Kaedah Tanam Herba dengan Bekas
pelbagai jenis herba

Pelbagai spesis herba boleh
ditanam secara indoor.
(sumber foto)

Herba menjadi pilihan terbaik untuk ditanam dalam bekas. Ia sesuai untuk hidup di dalam rumah (indoor). Selain itu, tanaman herba tidak memerlukan cahaya matahari terik untuk hidup subur.

Memilih spesis herba

Sebelum anda mula menanam, anda perlulah memilih herba yang sesuai ditanam indoor. Antaranya adalah:

Jika anda masih baru lagi dalam menanam herba, lebih elok mulakan dengan 2 atau 3 spesis herba sahaja dahulu. Tambah apabila anda mula yakin dengan kemahiran berkebun anda.

Bekas dan media

Kemudian, anda juga perlu memilih jenis bekas untuk kebun herba anda. Bekas tersebut mestilah ringan untuk mudah dialihkan dan mempunyai lubang di bawahnya untuk pengairan. Ini penting kerana pokok herba secara umumnya tidak tahan dengan air bertakung atau genang air. Akar pokok herba akan lemas dengan air dan seterusnya boleh menyebabkan pokok herba mati.

Media tanah yang anda pilih mestilah kaya dengan bahan organik. Perlu ingat tanaman bekas berbeza dengan tanaman di batas timbun. Penggunaan kompos yang banyak paling sesuai untuk tanaman herba di dalam bekas.

Setelah memilih spesis herba yang ingin ditanam, bekas dan tanah yang sesuai, anda boleh menanam herba di dalam bekas sama seperti tanaman lain.

Kaedah tanam herba secara indoor

Apabila anda telah mula menanam herba di dalam bekas, anda perlulah menjaganya dengan baik. Menanam herba di dalam bekas dengan jayanya memerlukan empat komponen utama iaitu cahaya, suhu, air dan kelembapan.

Cahaya

Herba yang ditanam secara indoor memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari untuk hidup subur. Jika tidak mencukupi cahayanya, pokok herba akan menjadi kecil dan hilang rasanya. Letakkan bekas herba anda berdekatan tempat yang mudah mendapat cahaya seperti di tepi tingkap.

Jika anda rasakan tempat yang anda letak herba tidak cukup cahaya, beri cahaya tambahan dengan meletakkan mentol fluoresen dalam jarak tidak lebih 30 cm dari tanaman.

Anda perlulah memusingkan bekas herba apabila perlu bagi mengelakkan pokok herba tumbuh tidak seimbang nanti.

Suhu

Suhu di Malaysia sudah memadai untuk herba-herba yang dinyatakan di atas.

Siraman pada herba

Tanaman bekas memerlukan siraman secara kerap. Ini kerana akar pokok terhad untuk mendapatkan air hanya di dalam bekas. Siraman hendaklah kerap tetapi tidak terlalu banyak sehinggakan tanah terlalu lembab. Tips mudah, apabila anda mula lihat permukaan atas tanah mula kering, tandanya anda perlu menyiram – walaupun jika anda cucuk jari ke dalam tanah, lapisan dalam masih terasa lembab.

Tanda anda perlu berhenti menyiram air di dalam bekas adalah apabila air di bawah bekas mula mengalir keluar.

Anda juga boleh menambah baja larutan dalam air siraman untuk memberi nutrien tambahan kepada herba anda.

Kelembapan udara persekitaran

Herba indoor memerlukan kelembapan udara yang tinggi dan aliran udara yang baik. Untungnya, kelembapan udara di Malaysia adalah tinggi berbanding negara 4 musim. Apabila anda lihat kulapuk mula terbentuk di tanaman herba anda, anda mungkin boleh mempertimbangkan meletakkan kipas supaya udara sekitar herba anda mengalir dengan baik.

Masalah Pokok Cili

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

Izham Alias adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, UPM Serdang. Konsultan, penulis dan pensyarah pertanian di Kolej Komuniti. Kemahiran menulis dan berkebun beliau membolehkan beliau menyampai ilmu pertanian berkesan kepada pembaca secara online. Beliau juga mengadakan seminar dan bengkel berkebun untuk 'home gardeners' atas permintaan. Boleh terus berhubung dengannya melalui emel [email protected]

By | 2016-10-21T11:06:01+00:00 April 24th, 2013|Herba, Tanaman bekas, Tanaman indoor|20 Comments

20 Comments

  1. TEMUK 03/05/2013 at 10:02 am - Reply

    Assalam. Ada dua-tiga kali saya membeli rosemary dalam pot yang hidup subur tetapi mati setelah berada di bawah jagaan saya tak lama selepas dibeli. Kesilapan yang saya sedari sekarang ialah saya menyiramnya dengan air berlebih-lebihan. Mungkinkah juga ia mati kerana kekurangan cahaya matahari, sebab saya letakkan di kawasan yang berbumbung tanpa cahaya matahari secara direct?

    • kebunbandar 03/05/2013 at 10:22 am - Reply

      Tak semestinya sebab Rosemary boleh hidup di bawah tempat redup.

    • hazran_sensei 18/12/2014 at 5:57 pm - Reply

      SY nk kongsi sket.. Rosemary senang hidup.. Bak kata tuan empunya blog, rosemary boleh jgk brada di tempat redup.. Mungkin faktor air berlebihan

  2. siti hazreen 09/08/2013 at 2:10 am - Reply

    hurmmm berminat nak tanam kesum 😉

  3. ckin 22/08/2013 at 3:22 am - Reply

    Saya baru beli pokok rosemary, mint, kesum,daun sup and parsley…biler agak nyer sesuai tuk pindah pasu yg lebih besar?..dan tanah yg perlu letak kene guna method 3:2:1 jugak ker?

    • Kebun Bandar 23/08/2013 at 8:28 am - Reply

      Pemindahan bergantung kepada tahap pasu. Jika pasu sudah penuh dengan herba, boleh dipindah ke pasu yang lebih besar.

      Tanah terbaik untuk herba adalah 1:1:1.

      • Azizah 15/05/2014 at 2:57 pm - Reply

        Boleh terangkan apa itu tanah 1:1:1 ??

  4. aziz 06/11/2014 at 11:46 am - Reply

    boleh tahu macam mane nak dpt benih? ade jual tak?
    rosemary & mint

    • hazran_sensei 18/12/2014 at 6:00 pm - Reply

      En Aziz, setau sy sukar untuk tanam rosemary & mint melalui benih..

  5. fira 27/01/2015 at 7:40 pm - Reply

    Utk pengongsian pengalaman saya menanam kesum saya telah buat 3eksperimen cara menanam kesum..cara pertama dgn menumbuhkan akar dahulu dlm air didlm bekas..bl dh tumbuh akar saya pindah ke pasu..

    Cara kedua pula dgn memacak terus batang kesum didlm pasu yg bertanah

    Cara ketiga dgn pacak hujung pucuk kesum terus ketanah…

    Antara ketiga cara tu semua hidup kecuali cara yg pertama tu..dan satu lagi kesum ni tak suka sgt dialih alihkan…dgn kata lain gembur tanah pun blh buat kesum mati

    Sekian pengalaman saya semoga dpt menjadi panduan semua

  6. Carlz 12/05/2015 at 11:57 am - Reply

    Pokok herba yg mmg hidup di Malaysia mudah tumbuh dgn baik, cthnya pokok herba kesum, cucuk saja kat tanah yg digemburkan dan siram ia tumbuh dgn baik yg penting tanah lembab. Malah pokok kesum boleh tumbuh pada tanah liat (lampung), ini pengalaman saya.

    Yg sukar sikit adalah herba luar negara. Ni kena faham keadaan cuaca tempat asalnya pokok-pokok herba ini. cthnya, rosemarry… ia berasal dari kawasan Mediterranean yg mn kurang menerima jumlah hujan per tahun. Oleh itu tanam pokok rosmerry haruslah jgn disiram dgn air secara berlebihan cukup sekadar disembur dan basahkn sedikit medianya juga bila menanam/mengalihkan pokok rosemarry tersebut media jangan ditambah baja NPK cukup menambah kompos hijau (tumbuhan) cuma sedikit. Rosemarry tahan sinaran panas tapi akan mati jika musim hujan. Cara paling optima menanam rosemarry ialah rendam terlebih dahulu keratan batangnya dgn membuka sebahagian daun-dauannya ke dalam air yg ditukar setiap hari hingga berakar. Letak di tepi gendela atau tempat yang terkena cahaya matahari. Bila sudah berakar alihkan ke pasu. siram sedikit air.

  7. Athirah Tan 16/07/2015 at 10:56 am - Reply

    Saya pernah beli anak pokok rosemary. Tapi dia tak mau tumbuh anak baru dan mati terus sebab dah tak mau tumbuh anak baru lepas saya pakai habis untuk masak

  8. Aisyah Barkat Shaik Mohamed 29/10/2015 at 11:20 pm - Reply

    Untuk perladangan,berapa kaki jarak antara pokok ya?

  9. Syazwani 10/11/2015 at 5:44 pm - Reply

    Assalamualaikum,
    Mohon pandangan En Izham sbg graduan hortikultur.

    1. penjual pokok di nurseri beritahu sy semua pokok di nurseri menggunakan hormon utk menggalakkan pertumbuhan. betul kah begitu? apakah kesan penggunaan hormon ini kpd kesihatan org yg memakan sayuran tersebut? kalo binatang ternakan, umum mengetahui penggunaan hormon mempunyai kesan pd pemakan.

    adakah hormon termasuk dlm kategori baja organik? dan adakah baja tahi ayam tu satu bentuk baja organik?

    2. Sweet Basil – bagaimana cara yg betul utk menuai basil? adakah memetik daun shj atau memotong batang?

    • Izham Alias 23/11/2015 at 10:37 am - Reply

      Waalaikumussalam.

      1. Pertama, apakah spesis tanaman yang dikatakan itu? Hormon tumbuhan biasanya akan hilang pada tumbuhan pada masa tertentu. Dan tidak sempat dihadam oleh manusia.

      2. Hormon bukanlah kategori baja. Hormon adalah hormon. Ia membantu regulasi pertumbuhan pokok dari percambahan sehingga pokok berbunga.

      3. Baja terdapat dua jenis iaitu baja organik dan baja inorganik. Baja tahi ayam tergolong dalam jenis baja organik.

      4. Selalunya jika dijual di kedai, akan dipotong sekali pokoknya. Selepas potong, pastikan terus dibilas dengan air sejuk agar kekal segar sehingga sampai ke meja makan.

  10. Fres 19/01/2016 at 3:55 pm - Reply

    salam..nak tanya..jenia rosemary apakah yg sesuai ditanam di negara Malaysia?sya buat research,ada byk jenis rosemary.utk makluman,rosemary yg sya ada di rumah daunnya deep green,bukan hijau terang seperti yg selalu lihat dijual di pasaraya..so far,sya siram 1 kali sehari,2 kali sekiranya cuaca trlampau panas dan diletak di kwsn car porch yg ada cahaya matahari secara tidak langsung..adakah itu cara betul utk mnjaga rosemary?

  11. ali bin sahrim 06/04/2017 at 1:01 pm - Reply

    mana saya bole dptkan racun kulat thiram di negeri sembilan

  12. sharifah 25/05/2017 at 6:36 pm - Reply

    Dimana nak dptkan benih daun thyme

Leave A Comment