Cara Tanam Bawang Merah di Dalam Pasu / Polibeg Untuk Dapat Bebawang

Tanam Bawang Dalam Pasu Bekas Pot

Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.

Saya mempunyai pengalaman menanam bawang merah sejak dari universiti lagi. Pengalaman ini membolehkan saya menanam bawang dnegan mudah di dalam pasu.

Maklumat Botani

Nama: Bawang merah
Nama Inggeris: Shallot
Nama Saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Keluarga: Alliaceae

Bawang merah adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Bawang yang kita nampak itu adalah daun yang terubah suai. Jadi sebenarnya kita makan daun bawang.

Bau bawang yang tengik mampu menghalau serangga untuk datang menyerang pokok berdekatan. Sebab itu kalau tanam bawang jarang kita lihat afid atau kutu daun menyerang.

Semaian Bawang

Bawang boleh kita tanam dengan dua cara iaitu menggunakan biji benih atau bebawang. Jika menggunakan biji benih, tempoh untuk tuai bawang akan mengambil masa sekitar 3-4 bulan. Manakala jika kita tanam guna bebawang akan mengambil masa hanya sekitar 2 bulan setengah.

Biasanya kita akan menanam bawang merah terus ke dalam pasu. Betul tak? Cara ini betul. Tiada masalah. Tapi ada cara yang lagi cepat.

Kita boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah dengan memotong 1/3 dari atas bawang. Jika tidak potong, bawang akan mengambil masa sekitar 6-10 hari untuk mengeluarkan tunas. Manakala dengan kaedah potong sedikit ini akan memendekkan sekitar 3-5 hari.

Cara Tanam Bawang Merah Shallot Malaysia
Contoh keratan sisi bagaimana potongan 1/3 itu.

Konsep potong ini adalah kita memotong dari atas. Jika lihat di keratan rentas ini, pada bahagian berwarna putih itu akan mengeluarkan tunas baharu. Jadi kita potong dari atas agar tunas itu mudah keluar lalu menjadi daun.

Cara Tanam Bawang Merah Shallot Malaysia
Potong 1/3 dari atas bawang merah agar tunas cepat keluar.
https://www.facebook.com/izhamalias/videos/10216126271925624/
Video cara tanam bawang.

Penyediaan Pasu

Bawang sesuai ditanam di talam pasu dengan diameter 30 cm dan ketinggian 30cm. Pasu yang besar dan luas membolehkan bawang mengeluarkan bebawang lebih banyak. Untuk polybag pula, anda boleh gunakan saiz 16 x 16 inci. Yang penting di sini adalah campuran tanah yang digunakan.

Campuran Tanah

Bawang suka tanah yang poros tidak bertakung air terutama tanah yang kaya dengan bahan organik. Eloknya buat campuran tanah antara kompos dan tanah hitam dengan nisbah 1:1. Cara kira sukatan mudah sahaja untuk nisbah ini. Jika kita guna 1 pasu kompos, kita guna juga 1 pasu tanah. Campur dan gaul kedua-duanya. Boleh baca penulisan saya tentang cara mudah membuat campuran tanah pasu di sini.

Penanaman dalam Pasu

Setelah kita potong atas bawang merah, kita boleh terus tanam di dalam pasu. Jika pasu saiz sekitar 10 cm diameter dan tinggi 15 cm (contohnya botol 500 mL), kita boleh menanam satu bawang.

Jika saiz pasu seperti botol 10L, kita boleh menanam 3 hingga 4 bawang merah dengan jarak 10 cm antara bawang.

Korek sedikit lubang dan masukkan bawang merah. Biar potong bawang merah separas dengan aras tanah. Kambus sedikit untuk tutup bawang merah.

emel kebun bandar

Bawang memerlukan air yang cukup di awal pertumbuhan agar bebawang besar. Siram dua kali sehari.

Cara Tanam Bawang Merah Shallot Malaysia dalam pasu pot polibeg bekas
Tanam bawang merah biar separas. Kambus sedikit sahaja tanah.

Penjagaan

Bawang merah sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Jika di tempat redup, bawang yang terhasil akan lebih kecil.

Pembajaan

Bawang merah paling suka baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Di awal penanaman, terus letak baja dengan jarak 5 cm daripada bawang selepas tanam dalam pasu. Antara kesilapan orang ramai dalam membaja adalah meletak baja betul di tepi bawang. Hal ini tidak boleh kerana apa-apa baja sifatnya panas. Apabila terkena bawang akan menyebabkan bawang melecur.

Siram selepas pembajaan dilaksanakan.

Setelah itu bubuh lagi satu sudu makan baja tahi ayam atau vermikompos setiap 2 minggu sekali.

Jika guna baja kimia, boleh letak baja NPK hijau dalam satu sudu teh setiap 2 minggu sekali.

Cantas Kuntum Bunga

Apabila bawang mencecah umur sekitar 20-30 hari selepas tanam, bawang akan mula mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Daun ini kalau kita perhatikan di hujungnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang.

bunga bawang merah tanam dalam pasu polybag
Perlu buang kudup bunga bawang agar bawang terhasil lebih besar.

Jika kita biarkan kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien bawang akan fokus bagi penghasilan bunga. Seterusnya menyebabkan bawang tidak menghasilkan bebawang yang berkualiti tinggi.

Oleh itu saya sarankan untuk anda membuang bunga itu dengan memotong terus daun kuntum bunga tersebut.

Dengan itu kita akan dapat menghasilkan bawang yang besar.

Tuai

Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah iaitu sekitar 35-45 hari selepas bawang ditanam di dalam pasu. Daun yang rebah ini akan berwarna kekuningan seakan layu.

1 kg bawang yang kita semai akan menghasilkan 3 kg bebawang. Sifir mudahnya satu bawang kita tanam akan menghasilkan 3-5 biji bawang lagi.

Jika kita tuai selalu daun bawang maka akan kurang besarlah bebawnag yang terhasil.

Bawang Merah Skala Komersil

Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan bawang merah berkualiti tinggi. Di negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipian petani sana mengeluarkan bawang merah berkualiti tinggi.

Potensi itu ada. Yang penting kita ingin mencuba dan terus mencuba.

[Video] Ladang bawang merah di Filipina. On English Subtitles untuk faham.

Rumusan

Bawang merah boleh ditanam untuk mendapatkan daun ataupun bebawang. Jika kita tuai daun, hasil bebawang akan berkurangan. Jika ingin mendapatkan bebawang yang banyak, maka fokus bagi daun banyak.

Rujukan

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. nice…. boleh tanam kat rumah nie…….

  2. Selalunya bawang yang besar disimpan untuk ditanam semula.

  3. saya ingin share link ni di dalam blog saya boleh?tujuannya agar mudah untuk dirujuk.terima kasih.

  4. menarik sekali sangat berminat..tanam dengan benih tak boleh kah?

  5. Boleh, tetapi untuk mendapat biji benihnya sukar. Lebih baik guna bawang.

  6. hi! , Is fantastic crafting so a whole lot! portion many of us communicate added regarding your post on AOL? We need a professional with this home to eliminate this issue. May very well be that may be an individual! Writing about toward glimpse a person.

  7. salam admin, mcmna nak dptkan larutan thiram? mudah dpt dikedai2 kah? atau ada kawalan pembeliannya? berapakah nilai pulangan semasa jika bawang ditanam pd kebun keluasan 1 ekar?

  8. Menarik sangat blog ni. Suka saya baca. Cuba nk menanam tok rumah bru yg akan pindah bulan depan ni. Trima kasih atas semua info yer..

  9. Saya baru berkira2 nak menanam di rumah..yg simple2 dan mudah hidup kan lebih elok ditanam dirumah..senang digunakan hehe masa2 emergency xyah kekedai ..this is very detail info..sgt menarik..nnt boleh try.

    Utk info jemput ke blog saya ye

    http://Www.adaa-inspiration.com

  10. Assalam,

    Saya puji kesungguhan saudara capture satu persatu. Sangat membantu kami yang baru2 nak belajar tanam semdiri.. Terima kasih. Semoga Allah merahmati saudara.

  11. saya tahu bagaimana nak siram secara outomatik, kalau tanam bawang atau apa-apa dirumah, gunakan timer dan solonoid valve samabung paip poly nipis yang ditebok kedalam pasu-pasu bunga, set timer waktu pagi dan petang, bila letrik dihantar dari timer ke solonoid valve, solonoid valve akan buka air, air akan mengalir melelui paip poly nipis yang ditebok.berminat, hubungi saya di emil jamal1544@yahoo.com

  12. Admin,kalau kita tnm bwg guna cocopeat bole x?

  13. admin, bagaimana nak potong tunas bawang untuk percambahan yang cepat?

  14. mksh infonya brooo

  15. Hye,
    Larutan thiram tu apa?
    Tq

  16. adakah daun bawang boleh di ambil?

  17. Kalau hendak tuai bawang, tak digalakkan ambil daun bawang. Sebab nanti bawang yang dituai kecil.

  18. Larutan racun bagi mengelakkan bawang busuk selepas tanam.

  19. kenapa bawang yg saya tanam daun nya berwarna hijau muda?

  20. Apabila kekurangan unsur N, biasanya daun tumbuhan akan berwarna hijau muda. Atau kekurangan cahaya matahari.

    Jika yang pertama adalah masalahnya, boleh letak baja untuk memulihkan kekurangan nutrien pada bawang. Jika kedua itu masalahnya, letak pokok bawang di tempat yang menerima cahaya matahari pagi dan petang.

  21. Salaam, saya baru Nak mula menanam kecil2an di balkoni. Sy ada 2 soalan.
    1) komposisi tanah utk tanam bwg ni mcm mana?
    2) yg Nak ditanam tu yg bahagian 1/3 atau 2/3 bawang yg dah dipotong?

    Tq..

  22. 1. Tanah yang kaya dengan bahan organik dan saliran air yang baik. Saya cadangkan 1:1:1 (tanah:tinja ayam:pasir)

  23. mn nk dpt thiram tu?adakah cr lain selain thiram?

  24. kalau tanam dr biji bawang yg dh ada tumbuh pucuk hjau di hujung nya ok x? cthnya dr labu dia la.. daun bwg pun sy cuba mcm tu..tp x mnjdi lg..

  25. Boleh tiada masalah.

  26. cara ni untuk bawang merah ja ka? bawang putih x boleh ka?

  27. Terima kasih..sungguh jelas sekali penjelasan yg diberikan. Sya pun nk cuba menanam bawang sbg companion plant bg kawalan serangga.

  28. alhamdulilah info yang sangat menarik. best banyak ilmu baru yang boleh di prektikan di rumah walaupun murid-murid sekolah pun boleh cuba. terima kasih sdr Izham Alias:-)

  29. saya menanam sayur terung dlm plastic hitam. baru tuai 2 biji lepas tu sang monyet dah tahu potnya habis dikerjakanya. semangat yng berkobar2 jadi menurun. itulah ceritanya.

  30. Pasir sungai boleh guna?

  31. Boleh guna. Tiada masalah.

  32. Salam. Jika tanam bawang untuk mendapatkan daunnya sahaja…setelah dituai sekali adakah ianya akan mengeluarkan daun lagi?

  33. admin kalau saya cuma nak daun bawang sahaja,hari ke brapa dpat kita ambil nya??? saya dh tanam hari ke-10 tp nampak mcm masih kecil je daun nye…

  34. Biasanya selepas sebulan. Tambah baja agar daun cepat membesar.

  35. 👍 cara tanam ikut thailand

  36. Salam, saya baru melihat web ini. Sangat menarik, mudah di ikuti, khusus buat orang baru mcm saya.insyaAllah saya akan terus mengikuti halaman ini. T.kaseh atas perkongsian dan tunjuk ajar yg di beri.

  37. Salam, berapa kg ka bawang yg diperlukan untuk kawasan seluas 1ha?

  38. Info yg sungguh detail dan sgt membantu….thanks admin

  39. Pasir tu adakah yg digunakan untuk buat rumah tu atau ada pasir khas utk tanaman?

  40. adakah bawang merah yang di tanam di malaysia sesuai dijual di pasaran?

  41. Salam Tuan,

    apakah yang dimaksudkan dengan thiram? saya masih hijau tentang aktiviti penanaman.

  42. Thiram adalah racun kulat.

  43. Perkongsian yg menarik .. Tq saudara

  44. Assalam. Selain bawang merah, saya nak cuba bawang putih juga. Mana nak dapat benih. Dari pembacaan saya, bawang yang di kedai/pasar dan kena kimia. Jazakumullahu khair.

  45. Guna sahaja bawang yang ada di kedai. Tiada masalah.

  46. Nak tanya bawang ni mmg xmemerlukan siraman yg banyak ke?

  47. Bawang kalau terlebih air akan cepat busuk.

  48. Slm En.Izham..saya nak tanya…utk penjagaan cili padi..adakah perlu siraman air yg berlebihan jika dlm pasu….brp lama utk dia membesar??,

    jika serangan ulat putih …racun jenis apa yg sesuai??
    terima kasih

    mayud

  49. Boleh guna neem oil untuk elak serangan ulat putih tu.

  50. Wah, dapat ilmu baru.terima kasih . Saya pakai tanam je…rapat2 plk tu. Huhu..

  51. Alhamdulillah…dah mula tanam ikut cara yg diberi…dah mula tumboh..TQ

  52. Assalam…
    Berapa nisbah tanah Dan pasir utk tanaman bawang.
    Jazakallah…..

  53. 3 tanah
    2 kompos
    1 pasir

  54. Maafkan sy, sy liha hasil tanam bwg ini one to one.. Tanam 1 biji akan tetap dpt hasil 1 biji.. Betul ke mmg akan dpt hasil begitu? Jd mcm kurang untung untuk diri sendiri

  55. Tengok jenis bawang. Kalau bawang merah, setakat ini saya tanam memang akan keluar lebih daripada satu ulas.

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!