Bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi.
Saya mempunyai pengalaman menanam bawang merah sejak dari universiti lagi. Pengalaman ini membolehkan saya menanam bawang dnegan mudah di dalam pasu.
Nama: Bawang merah
Nama Inggeris: Shallot
Nama Saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Keluarga: Alliaceae
Bawang merah adalah tumbuhan herba yang tiada batang keras. Bawang yang kita nampak itu adalah daun yang terubah suai. Jadi sebenarnya kita makan daun bawang.
Bau bawang yang tengik mampu menghalau serangga untuk datang menyerang pokok berdekatan. Sebab itu kalau tanam bawang jarang kita lihat afid atau kutu daun menyerang.
Bawang boleh kita tanam dengan dua cara iaitu menggunakan biji benih atau bebawang. Jika menggunakan biji benih, tempoh untuk tuai bawang akan mengambil masa sekitar 3-4 bulan. Manakala jika kita tanam guna bebawang akan mengambil masa hanya sekitar 2 bulan setengah.
Biasanya kita akan menanam bawang merah terus ke dalam pasu. Betul tak? Cara ini betul. Tiada masalah. Tapi ada cara yang lagi cepat.
Kita boleh mempercepatkan pengeluaran tunas bawang merah dengan memotong 1/3 dari atas bawang. Jika tidak potong, bawang akan mengambil masa sekitar 6-10 hari untuk mengeluarkan tunas. Manakala dengan kaedah potong sedikit ini akan memendekkan sekitar 3-5 hari.
Konsep potong ini adalah kita memotong dari atas. Jika lihat di keratan rentas ini, pada bahagian berwarna putih itu akan mengeluarkan tunas baharu. Jadi kita potong dari atas agar tunas itu mudah keluar lalu menjadi daun.
Bawang sesuai ditanam di talam pasu dengan diameter 30 cm dan ketinggian 30cm. Pasu yang besar dan luas membolehkan bawang mengeluarkan bebawang lebih banyak. Untuk polybag pula, anda boleh gunakan saiz 16 x 16 inci. Yang penting di sini adalah campuran tanah yang digunakan.
Bawang suka tanah yang poros tidak bertakung air terutama tanah yang kaya dengan bahan organik. Eloknya buat campuran tanah antara kompos dan tanah hitam dengan nisbah 1:1. Cara kira sukatan mudah sahaja untuk nisbah ini. Jika kita guna 1 pasu kompos, kita guna juga 1 pasu tanah. Campur dan gaul kedua-duanya. Boleh baca penulisan saya tentang cara mudah membuat campuran tanah pasu di sini.
Setelah kita potong atas bawang merah, kita boleh terus tanam di dalam pasu. Jika pasu saiz sekitar 10 cm diameter dan tinggi 15 cm (contohnya botol 500 mL), kita boleh menanam satu bawang.
Jika saiz pasu seperti botol 10L, kita boleh menanam 3 hingga 4 bawang merah dengan jarak 10 cm antara bawang.
Korek sedikit lubang dan masukkan bawang merah. Biar potong bawang merah separas dengan aras tanah. Kambus sedikit untuk tutup bawang merah.
Bawang memerlukan air yang cukup di awal pertumbuhan agar bebawang besar. Siram dua kali sehari.
Bawang merah sesuai ditanam di tempat yang ada cahaya matahari penuh. Jika di tempat redup, bawang yang terhasil akan lebih kecil.
Bawang merah paling suka baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Di awal penanaman, terus letak baja dengan jarak 5 cm daripada bawang selepas tanam dalam pasu. Antara kesilapan orang ramai dalam membaja adalah meletak baja betul di tepi bawang. Hal ini tidak boleh kerana apa-apa baja sifatnya panas. Apabila terkena bawang akan menyebabkan bawang melecur.
Siram selepas pembajaan dilaksanakan.
Setelah itu bubuh lagi satu sudu makan baja tahi ayam atau vermikompos setiap 2 minggu sekali.
Jika guna baja kimia, boleh letak baja NPK hijau dalam satu sudu teh setiap 2 minggu sekali.
Apabila bawang mencecah umur sekitar 20-30 hari selepas tanam, bawang akan mula mengeluarkan satu daun yang sedikit keras. Daun ini kalau kita perhatikan di hujungnya ada sedikit bonjol. Ini adalah kuntum bunga bawang yang akan menjadi bunga bawang.
Jika kita biarkan kuntum bunga ini menjadi bunga, segala nutrien bawang akan fokus bagi penghasilan bunga. Seterusnya menyebabkan bawang tidak menghasilkan bebawang yang berkualiti tinggi.
Oleh itu saya sarankan untuk anda membuang bunga itu dengan memotong terus daun kuntum bunga tersebut.
Dengan itu kita akan dapat menghasilkan bawang yang besar.
Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah iaitu sekitar 35-45 hari selepas bawang ditanam di dalam pasu. Daun yang rebah ini akan berwarna kekuningan seakan layu.
1 kg bawang yang kita semai akan menghasilkan 3 kg bebawang. Sifir mudahnya satu bawang kita tanam akan menghasilkan 3-5 biji bawang lagi.
Jika kita tuai selalu daun bawang maka akan kurang besarlah bebawnag yang terhasil.
Malaysia mempunyai potensi untuk menghasilkan bawang merah berkualiti tinggi. Di negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipian petani sana mengeluarkan bawang merah berkualiti tinggi.
Potensi itu ada. Yang penting kita ingin mencuba dan terus mencuba.
Bawang merah boleh ditanam untuk mendapatkan daun ataupun bebawang. Jika kita tuai daun, hasil bebawang akan berkurangan. Jika ingin mendapatkan bebawang yang banyak, maka fokus bagi daun banyak.
Izham Alias says:
Tengok jenis bawang. Kalau bawang merah, setakat ini saya tanam memang akan keluar lebih daripada satu ulas.
Saleha says:
Maafkan sy, sy liha hasil tanam bwg ini one to one.. Tanam 1 biji akan tetap dpt hasil 1 biji.. Betul ke mmg akan dpt hasil begitu? Jd mcm kurang untung untuk diri sendiri
Izham Alias says:
3 tanah
2 kompos
1 pasir
Azizi says:
Assalam…
Berapa nisbah tanah Dan pasir utk tanaman bawang.
Jazakallah…..
rais says:
Alhamdulillah…dah mula tanam ikut cara yg diberi…dah mula tumboh..TQ
Fathia says:
Wah, dapat ilmu baru.terima kasih . Saya pakai tanam je…rapat2 plk tu. Huhu..
Izham Alias says:
Boleh guna neem oil untuk elak serangan ulat putih tu.
mayudaa says:
Slm En.Izham..saya nak tanya…utk penjagaan cili padi..adakah perlu siraman air yg berlebihan jika dlm pasu….brp lama utk dia membesar??,
jika serangan ulat putih …racun jenis apa yg sesuai??
terima kasih
mayud
Izham Alias says:
Bawang kalau terlebih air akan cepat busuk.
Noor Amalina Shahir says:
Nak tanya bawang ni mmg xmemerlukan siraman yg banyak ke?
Izham Alias says:
Guna sahaja bawang yang ada di kedai. Tiada masalah.
Naaser says:
Assalam. Selain bawang merah, saya nak cuba bawang putih juga. Mana nak dapat benih. Dari pembacaan saya, bawang yang di kedai/pasar dan kena kimia. Jazakumullahu khair.
Nekoo says:
Perkongsian yg menarik .. Tq saudara
Izham Alias says:
Thiram adalah racun kulat.
redzuan says:
Salam Tuan,
apakah yang dimaksudkan dengan thiram? saya masih hijau tentang aktiviti penanaman.
Frank says:
adakah bawang merah yang di tanam di malaysia sesuai dijual di pasaran?
Noor Fazliana says:
Pasir tu adakah yg digunakan untuk buat rumah tu atau ada pasir khas utk tanaman?
Nurul musfirah says:
Info yg sungguh detail dan sgt membantu….thanks admin
Safina says:
Salam, berapa kg ka bawang yg diperlukan untuk kawasan seluas 1ha?
Nor Rizan Lope Shaari says:
Salam, saya baru melihat web ini. Sangat menarik, mudah di ikuti, khusus buat orang baru mcm saya.insyaAllah saya akan terus mengikuti halaman ini. T.kaseh atas perkongsian dan tunjuk ajar yg di beri.
Aku says:
👍 cara tanam ikut thailand
Aku says:
http://kaset.vwander.com/vegetables/ปลูกหอมแดงไร้ดิน.html
Izham Alias says:
Biasanya selepas sebulan. Tambah baja agar daun cepat membesar.
elmer1888 says:
admin kalau saya cuma nak daun bawang sahaja,hari ke brapa dpat kita ambil nya??? saya dh tanam hari ke-10 tp nampak mcm masih kecil je daun nye…
Khairani says:
Salam. Jika tanam bawang untuk mendapatkan daunnya sahaja…setelah dituai sekali adakah ianya akan mengeluarkan daun lagi?
Izham Alias says:
Boleh guna. Tiada masalah.
Decyce Jean Dusin says:
Pasir sungai boleh guna?
hjh.faridah bt hj. hamzah says:
saya menanam sayur terung dlm plastic hitam. baru tuai 2 biji lepas tu sang monyet dah tahu potnya habis dikerjakanya. semangat yng berkobar2 jadi menurun. itulah ceritanya.
yana says:
alhamdulilah info yang sangat menarik. best banyak ilmu baru yang boleh di prektikan di rumah walaupun murid-murid sekolah pun boleh cuba. terima kasih sdr Izham Alias:-)
Ain nora says:
Terima kasih..sungguh jelas sekali penjelasan yg diberikan. Sya pun nk cuba menanam bawang sbg companion plant bg kawalan serangga.
najib says:
cara ni untuk bawang merah ja ka? bawang putih x boleh ka?
Izham Alias says:
Boleh tiada masalah.
ida bey says:
kalau tanam dr biji bawang yg dh ada tumbuh pucuk hjau di hujung nya ok x? cthnya dr labu dia la.. daun bwg pun sy cuba mcm tu..tp x mnjdi lg..
norulsakdah says:
mn nk dpt thiram tu?adakah cr lain selain thiram?
Izham Alias says:
1. Tanah yang kaya dengan bahan organik dan saliran air yang baik. Saya cadangkan 1:1:1 (tanah:tinja ayam:pasir)
Husna Amirah says:
Salaam, saya baru Nak mula menanam kecil2an di balkoni. Sy ada 2 soalan.
1) komposisi tanah utk tanam bwg ni mcm mana?
2) yg Nak ditanam tu yg bahagian 1/3 atau 2/3 bawang yg dah dipotong?
Tq..
Izham Alias says:
Apabila kekurangan unsur N, biasanya daun tumbuhan akan berwarna hijau muda. Atau kekurangan cahaya matahari.
Jika yang pertama adalah masalahnya, boleh letak baja untuk memulihkan kekurangan nutrien pada bawang. Jika kedua itu masalahnya, letak pokok bawang di tempat yang menerima cahaya matahari pagi dan petang.
Syazwani says:
kenapa bawang yg saya tanam daun nya berwarna hijau muda?
Izham Alias says:
Larutan racun bagi mengelakkan bawang busuk selepas tanam.
Izham Alias says:
Kalau hendak tuai bawang, tak digalakkan ambil daun bawang. Sebab nanti bawang yang dituai kecil.
qnah says:
adakah daun bawang boleh di ambil?
Syu says:
Hye,
Larutan thiram tu apa?
Tq
teguh wilujeng says:
mksh infonya brooo
al hazen says:
admin, bagaimana nak potong tunas bawang untuk percambahan yang cepat?
bonds says:
Admin,kalau kita tnm bwg guna cocopeat bole x?
jamal says:
saya tahu bagaimana nak siram secara outomatik, kalau tanam bawang atau apa-apa dirumah, gunakan timer dan solonoid valve samabung paip poly nipis yang ditebok kedalam pasu-pasu bunga, set timer waktu pagi dan petang, bila letrik dihantar dari timer ke solonoid valve, solonoid valve akan buka air, air akan mengalir melelui paip poly nipis yang ditebok.berminat, hubungi saya di emil jamal1544@yahoo.com
Suria says:
Assalam,
Saya puji kesungguhan saudara capture satu persatu. Sangat membantu kami yang baru2 nak belajar tanam semdiri.. Terima kasih. Semoga Allah merahmati saudara.
adaa says:
Saya baru berkira2 nak menanam di rumah..yg simple2 dan mudah hidup kan lebih elok ditanam dirumah..senang digunakan hehe masa2 emergency xyah kekedai ..this is very detail info..sgt menarik..nnt boleh try.
Utk info jemput ke blog saya ye
Www.adaa-inspiration.com
miz soo says:
Menarik sangat blog ni. Suka saya baca. Cuba nk menanam tok rumah bru yg akan pindah bulan depan ni. Trima kasih atas semua info yer..
saufi says:
salam admin, mcmna nak dptkan larutan thiram? mudah dpt dikedai2 kah? atau ada kawalan pembeliannya? berapakah nilai pulangan semasa jika bawang ditanam pd kebun keluasan 1 ekar?
Hebatlelaki.Com says:
hi! , Is fantastic crafting so a whole lot! portion many of us communicate added regarding your post on AOL? We need a professional with this home to eliminate this issue. May very well be that may be an individual! Writing about toward glimpse a person.
admin says:
Boleh, tetapi untuk mendapat biji benihnya sukar. Lebih baik guna bawang.
ummuaidan says:
menarik sekali sangat berminat..tanam dengan benih tak boleh kah?
fariz says:
saya ingin share link ni di dalam blog saya boleh?tujuannya agar mudah untuk dirujuk.terima kasih.
Diana says:
Selalunya bawang yang besar disimpan untuk ditanam semula.
remyhazza says:
nice…. boleh tanam kat rumah nie…….