6 Tips Untuk Cucuk Tanam Sayur Dalam Pasu/Pot

Home/Blog/6 Tips Untuk Cucuk Tanam Sayur Dalam Pasu/Pot

Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Ia amat sesuai bagi sesiapa yang tiada kawasan yang luas untuk menanam. Tidak kira kita tinggal di rumah teres mahupun aparment. Yang penting ada semangat untuk berkebun! Sesiapa pun boleh belajar cara tanam sayur dalam pasu.

tomato ceri dan pekebun

Di sini terdapat 6 perkara yang harus kita ketahui apabila kita ingin berkebun menggunakan pasu atau pot.

1. Lokasi pasu

Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil perhatian adalah dimana lokasi pasu kita ingin berkebun. Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.

2. Tanaman

Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk pemula, saya cadangkan kita menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat senang tumbuh. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.

3. Pengairan

Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak perlukan sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air sirama diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat.

4. Baja

Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi tidak di dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkan kompos sebagai baja organik kepada tanaman kita di dalam bekas. Selang selikan dengan baja kimia jika kita lihat kesannya lambat.

5. Media tanaman

Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman pokok kita seperti tanaman sayur. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.

6. Penyiraman

Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman. Terdapat beberapa inovasi yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh kita upgrade menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang. Rujuk siraman automatik menggunakan botol plastik.

Dengan mengetahui 6 perkara asas ini, diharapkan pembaca semua dapat berkebun dengan bekas dengan lebih baik. Jika ada komen ataupun idea untuk ditambah, jangan lupa komen di bawah ya.

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-10-21T11:05:52+00:00 April 18th, 2014|Blog|55 Comments

55 Comments

  1. Abu Bakar 24/04/2014 at 10:12 am - Reply

    Assalamualaikum…. seronok rasanya terjumpa blog ni sbb saya memang minat menanam sayuran keperluan sendiri… saya ingin mencadangkan kepada saudara satu teknik 2 dalam satu, ia itu teknik aquaphonic. Melalui teknik ini penduduk rumah teres atau apartment boleh menternak ikan dari jenis tilapia dan menggunakan kitaran air ikan ini untuk dijadikan baja sayuran. Saya telah melaksanakan teknik ini tetapi tidak mahir untuk membuat penjelasan. Untuk maklumat lanjut boleh buat google search dengan nama aquaphonic.

  2. Maz 23/03/2015 at 9:06 am - Reply

    Assalamualaikum En Izham. Anak saya sedang dlm proses untuk buat projek biology. 4 samples pokok yg mudah hidup dlm bekas. Tempoh observation 4 minggu dengan menggunakan 4 samples bahan sebagai baja. Sisa sayuran/buah, habuk kayu, worm castings n tulang/kepala ikan bilis. Diharap dapat membantu dan beri idea. Thanks

  3. Ummi Tiqah 03/09/2015 at 5:43 pm - Reply

    Akak memang suka berkebun semasa remaja, duduk di kampung memang mudah. Segala macam sayur boleh tanam.Tapi sejak dah berkeluarga dan tinggal di bandar, takde tanah nak berkebun. Tanam dalam pasu pon asik tak jadi je. Terjumpa blog ni, bolehla akak carigali ilmu untuk berkebun dalam pasu dengan betul. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.

  4. hashim mohd sedik 07/09/2015 at 1:57 pm - Reply

    Assalamualaikum,saya ingingin mendapat lanjut tentang tanaman petai dalam pasu yang boleh dalam masa empaa\t tahun.Terima kasih.

    • Izham Alias 02/11/2015 at 7:29 pm - Reply

      Waalaikumussalam.

      Mudah sahaja. Ambil biji benih petai yang kita beli. Tanam di dalam tanah. Dalam masa7-14 hari benih akan bercambah. Pindah setelah 2 bulan dalam bekas. Dalam masa 4 tahun akan berbunga dan berbuah.

      Untuk bagi pokok petai tidak terlalu tinggi, apabila ia mencapai ketinggian 1 meter, pangkas pucuknya. Sentiasa pangkas agar pokok kekal tinggi 1 m. Dengan ini kita akan dapat petai hibrid.

      • shamshuib 24/05/2016 at 11:00 pm - Reply

        kalau kaedah ini digunakan untuk durian boleh kah tuan?

  5. Abdul Hakim 03/11/2015 at 6:22 am - Reply

    Assalamualaikum. Pada pendapat tuan, sesuai ke guna terus tanah 6in1 dari nursery sbg media tnmn utk tnm dlm pot ni ? Terima kasih.

    • Izham Alias 04/11/2015 at 4:25 pm - Reply

      Waalaikumussalam. Boleh tiada masalah.

      • Nurul 12/11/2016 at 5:10 pm - Reply

        Kalau gunatanah 6 in 1 tu xperlu guna baja ke perlu?

  6. rashed 04/11/2015 at 4:17 pm - Reply

    Assalamualaikum..tuan saya tanam pokok petai dalam pasu ia nya rajin berbunga tapi x lekat..

    • Izham Alias 04/11/2015 at 4:27 pm - Reply

      Waalaikumussalam. Terdapat beberapa faktor bunga tak menjadi buah:

      1. Kurang penyiraman air
      2. Kurang pendebunga seperti lebah
      3. Kurang baja sebelum berbunga

      Boleh cuba selesaikan antara tiga masalah itu.

  7. Ali Tualang 10/12/2015 at 2:07 pm - Reply

    sedara boleh buat tajuk ’10 jenis sayuran mudah tanam di laman’. Sebabnya saya tengah cari sayuran yg senang tanam dlm laman saya. Saya tak tau sayur ape sesuai. TQ

    • Izham Alias 13/12/2015 at 11:20 am - Reply

      Terima kasih atas maklum balas ini. Insya-Allah nanti saya akan buat satu.

      • Zul 08/11/2016 at 6:33 pm - Reply

        Sudah ade artikel tajuk di atas ??

  8. sofia safuat 29/12/2015 at 3:40 pm - Reply

    sy sudah lama menanam hasrat untuk menanam sayuran. tetapi sy tinggal di taman dan tanah adalah amat terhad. boleh tak bagi cadangan bagaimana sy boleh menanam sayur di perkarangan rumah sy dengan persekitaran sedemikian. antara sayur yg saya teringin tanam seperti kubis, salad, lada benggala, tomato, bawang dan mcam2.

  9. Asri 14/01/2016 at 10:07 am - Reply

    Assalam Encik Izham. Bagaimana untuk menyemai anak pokok lada hitam menggunakan kaedah keratan batang dan berapa lama proses pengakarannya.

    • Izham Alias 17/01/2016 at 9:30 pm - Reply

      Ambil keratan dalam panjang 15cm. Tanam 10 cm di dalam tanah. Biasanya akan ambil masa 2 minggu untuk pokok berakar elok.

  10. mohd izzat 02/02/2016 at 5:01 pm - Reply

    Assalamualaikum wbt..Izham, saya berminat menanam tumbuhan atau tanaman dalam air tawar..bagai manakah penjagaan tumbuhan ini agar sentiasa segar dan mudah membesar atau menjalar.

  11. k. parvathy 06/02/2016 at 10:34 am - Reply

    kotak kita boleh gunakan sebagai bekas menanam, selain dari pasu, jadi kena tembok lubang ke ?saya perlaukan penjelasan

    • Izham Alias 13/03/2016 at 7:15 pm - Reply

      Perlu tebuk bawah untuk pengairan. Air bertakung akan merosakkan akar pokok.

  12. Wani 10/03/2016 at 10:21 am - Reply

    salam,
    izham saya nak tanya mengenai medium yang sesuai untuk membuat bongkah cendawan.. Ada setengah tempat diorang mengunakan habuk kayu getah..ada tak medium lain yang boleh mengeluarkan hasil yang berkualiti…tapi still guna nisbah 100 : 10 : 1 .

    • Izham Alias 11/03/2016 at 10:28 am - Reply

      Maaf. Kalau dalam hal cendawan ini saya tak arif. Perlu tanya orang lebih pakar.

  13. Cikgu Bella 14/03/2016 at 5:01 pm - Reply

    Pelajar2 sy berminat nak tanam sayur menggunakan bahan kitar semula seperti mineral water.. Sy harap encik boleh tunjukkan step by step cara menanam sayur menggunakan botol mineral.

  14. Rose Nordin 15/03/2016 at 10:41 pm - Reply

    Assalamualaikum Encik Izham,

    Bagaimana menanam pokok ketumbar dari batangnya yg berakar? Selepas saya ambil daunnya, saya cuba tanam pakai batangnya yg berakar. Ada keluar pucuk sikit tapi lepas tu mati. Boleh bagi tips?

    • Izham Alias 17/03/2016 at 10:59 am - Reply

      Waalaikumussalam.

      Lebih senang jika ditanam daripada biji benih.

      Jika daripada pokok yang dibeli di pasar, rendam dahulu selama tiga hingga lima hari di dalam bekas berisi air. Air itu biar separas menenggelam akar sahaja.

      Tukar air tiap-tiap hari.

      Apabila kelihat keluar pucuk baru, boleh terus pindah ke dalam pasu. Pastikan siraman memadai. Akar ketumbar ketika itu sensitif pada genang air.

  15. Amin 19/03/2016 at 11:52 pm - Reply

    Salam, bagaimana cara menanam dan menjaga pokok daun pudina? Terima kasih

  16. mohd afiq 21/03/2016 at 12:39 am - Reply

    Salam Abg izham,saya mau Tanya?blh kh saya menggunakan cocopit untuk tanaman saya Tanpa menggunakan tanah,sebab dkt Cairo ni susah nak Cari tanah,kalau Ada pon mahal dn bercampur pasir?

  17. Siti Fatimah Ahmad 22/04/2016 at 1:09 pm - Reply

    Assalaamu’alaikum wr.wb saudara Izham…

    Alhamdulillah, saya baru melanggani emel Kebun Bandar dan mula mengenali blog ini. Banyak manfaat yang saya perolehi kerana banyak tanaman terutama bunga saya tidak menjadi. Setelah membaca tentang baja kompos dan media tanah, baru saya faham kenapa banyak pokok bunga saya tidak hidup subur. Insya Allah, minat menanam sayur sudah mula terasa apabila membaca artikel di atas.

    Terima kasih membantu saya untuk memahami cara bertanam dengan berkesan dan betul. Semoga diredhai Allah atas usaha yang bersungguh-sungguh ini.

    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  18. A.aziz 03/05/2016 at 8:02 am - Reply

    Salam.saya nak tanya.apakah jenis tanah yang sesuai utk tanam semua jenis sayuran.ada tak tanah tersebut dijual di nurseri dgn kuantiti yg byk.contoh kena pakai lori

  19. Suriyati Ismail 04/05/2016 at 12:14 pm - Reply

    Asalamualaikum…sy seorang guru praseklah…sgt2 perlukan tunjuk ajar untuk berkebun sbg pendedahan kpd ank2 murid….tak tahu nak mula dari mana…batas dh disediakan…tanah biji benih dll masih keliru…mohon kebun bandar bantu…

    • Izham Alias 06/05/2016 at 8:26 am - Reply

      Puan boleh terus hubungi saya melalui emel. Atau melalui Facebook saya Izham Alias.

  20. Hayatunur 04/05/2016 at 7:16 pm - Reply

    Salam..alhamdulillah.seronok baca tips kebun bandar.. saya sgt suka berkebun. Tggal kwsan kampung..ada juga tanah sikit tepi n belakang rumah..cuma masalah rumput selalu ikut sama naik dgn tanaman..ada pulak yg tolong meracun rumput kena sekali tanaman..sgt frust bila tanaman yg diusahakan habis…lps ni nk tanan dlm pasu je la..

  21. Dean khan 11/05/2016 at 7:27 am - Reply

    Tuan bagaimana untuk mengatasi masalah kutu2 berwarna putih yg biasa terdapat dalam tanah dan terdapat juga dlm bekas media cocopeat..

  22. zulkarnain bin abdul ghani 12/05/2016 at 6:52 pm - Reply

    saya baru sahaja memerrsihkan tanah, cara membakar, perlukah saya membat batas tuk menanam sayur syuan

  23. Hanita 24/05/2016 at 5:46 pm - Reply

    Dalam banyak-banyak pokok saya cuba tanam, cili paling susah sekali nak membesar..takai semai sampai tumbuh benih je..pindah, mati..hehe..kena cuba lagi ikut tips kat sini ni…

  24. Entry pertama yg saya baca dalam blog ni, memang sesuai dengan beginner seperti saya… terima kasih en izham alias atas ilmu ini

  25. .OWZA 13/08/2016 at 12:11 pm - Reply

    salam adik

  26. Mahathevan 21/09/2016 at 3:33 pm - Reply

    Saya berminat nak dapatkan buku Jimat dari Dapur…boleh tak sesiapa guide saya?

  27. mizza 18/11/2016 at 9:11 am - Reply

    Salam Tuan..
    Saya tidak faham ttg tanah. Di kedai ada tanah hitam dan merah. Jd, yg mana satu patut sy beli utk tanam sayur dlm pasu. Tq

  28. Acha 05/12/2016 at 12:13 pm - Reply

    Saya ada tanam pokok serai, pandan, kari dan cili di belakang rumah teres tetapi kurang menjadi/segar. Dibelakang rumah saya penuh dengan radiator aircon. Adakah ini salah satu sebab pokok yang saya tanam tak menjadi.

  29. Iryanti Mohammad 24/01/2017 at 1:12 pm - Reply

    Salam Tuan,

    Bole beri petua / tips resepi campuran tanah utk menanam daun pandan & daun (dlm pasu)…sye br nak berjinak menanam (newbie)…br ambil pokok dari rumah mak mertua…beli tanah merah & hitam….berapa sukatan utk campuran tanah ni….perlu tanah kompos tak

  30. Awang Salim b.Awang Kepli 26/01/2017 at 9:29 am - Reply

    Assalam semua,terimakasih atas perkongsian ilmu,banyak manafaat yang dapat di pelajari dari rakan-rakan.
    Pertanian adalah perniagaan..

  31. Mohd anwar 27/01/2017 at 2:54 pm - Reply

    Saya ingin tanam sayur guna tong cat . Saya nak buat lubang sebelah tepi tong lebih kurang 2-3 inchi dari bawah supaya ada sedikit air tersimpan di dalamnya . Saya buat begini supaya akar pokok / sayur tidak masuk ke tanah dan juga supaya pokok tidak perlu di siram selalu Apakah kesannya terhadap pokok ini nanti.

  32. Syazani 28/01/2017 at 9:43 am - Reply

    kalau macam tanaman herba macam mana pulak…. antara tanam tanaman di pasu atau ditanah lebih sesuai???

  33. Rizal 22/02/2017 at 5:25 pm - Reply

    Assalam. kenapa putik buah nangka mudah gugur? baru besar ibu jari tangan tiba2 gugur. mintak pendapat en izham yg lebih arif

  34. Shirley 01/03/2017 at 2:57 pm - Reply

    Saya menanam sayur-sayuran di depan rumah (kawasan luar rumah), ada orang mengadu kepada Majlis, apa alasan munasabah yang saya membolehkan saya memujuk Majlis membenarkan saya terus menanam di tempat itu? Nak minta tunjuk ajar….Terima kasih.

Leave A Comment