Kegunaan Baja NPK Hijau 15-15-15

Home/Baja/Kegunaan Baja NPK Hijau 15-15-15

Kegunaan Baja NPK Hijau 15-15-15

Baja NPK Hijau 15-15-15 adalah baja sebatian kimia yang sering digunakan oleh pekebun dalam mereka bertani. Ia mendapat nama NPK hijau demi memudahkan petani bahawa baja ini sesuai sebagai baja awal penanam tanaman dan untuk sayur-sayuran.

Baja ini tergolong dalam kategori baja kimia. Ramai salah anggap bahawa baja kimia buruk untuk tanaman. Sebenarnya tidak. Baja kimia tidak memberi kesan buruk kepada tanaman. Kesan buruk adalah kepada alam sekitar apabila baja kimia kerap digunakan ke atas tanah.

Baja NPK Hijau mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K). Semua unsur ini amat penting kepada tanaman. Nitrogen digunakan untuk tumbuhan tumbuh daun. Manakala fosforus digunakan untuk menguatkan batang tumbuhan, dan kalium digunakan untuk pembungaan dan pembajaan.

NPK hijau mengandungi peratus unsur NPK seimbang. Nombor 15-15-15 mewakili peratus unsur yang terkandung dalam butiran baja itu. Jangan silap menyangka 15-15-15 itu sebagai nisbah. Jika nisbah sudah lama pengeluar baja menulis 1:1:1.

Bagaimana dengan peratus yang lain iaitu 55% lagi dalam sebatian baja itu? 55% yang lain adalah bahan lengai untuk menstabilkan unsur yang ada dalam sebatian baja NPK hijau. Kita tidak akan mendapat nilai 100% sesuatu unsur dalam sebuah sebatian kerana itu adalah mustahil di alam nyata.

Baja ini sangat sesuai digunakan untuk penanaman sayur-sayuran. Peratus yang stabil ini dapat menggalakkan sayur tumbuh dengan sihat. Ini berbeza dengan baja NPK biru yang lebih sesuai untuk penanaman pokok buah.

Bagi pekebun bandar, kita boleh gunakan baja ini dalam tanaman kita terutama dalam tanaman pasu. Masukkan baja berdasarkan jumlah yang disarankan pada paket pembelian. Jangan terlebih kerana akan menyebabkan media tanah menjadi masin. Seterusnya akan menyebabkan pokok layu (proses osmosis pada akar) atau lebih teruk – mati.

Batang pokok akan melecur jika baja diletakkan terlalu dekat dengan batang. Seterusnya ini akan menyebabkan pokok mudah patah dan rebah. Disarankan letak sekurangnya 5 cm jauh dari batang tanaman.

Walaupun begitu, saya tidak menyarankan untuk pekebun rumah menggunakan baja NPK hijau ini. Lebih baik kita kembali kepada matlamat berkebun. Kita mahukan semuanya mendapat manfaat termasuk mikroorganisma di dalam tanah.

Oleh itu baja kopi sangat disyorkan oleh saya. Baja kopi elok untuk perkembangan pokok dan juga tanah.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan baja kopi terus dari Kebun Bandar!

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-10-21T11:05:54+00:00 April 12th, 2014|Baja|8 Comments

8 Comments

  1. Hanis Amin 26/09/2014 at 4:41 pm - Reply

    Saya ada beli tanah baja. Dia tulis organic fertilized oil. NPK 0.15%. 0.50%, 0.30%. Ada ini baja semulajadi? Ok ke peratusan NPK nya?

    • Izham 09/01/2015 at 2:30 pm - Reply

      Pengeluar tanah mencampurkan dengan baja organik seperti tahi ayam atau najis lembu. Peratusan tersebut tidak mencukupi untuk pokok membesar. Perlu juga tambah baja pada tanah tersebut mengikut sukatan yang diperlukan.

      • Mohd Faqih 02/03/2016 at 12:45 pm - Reply

        Assalamua’laikum.

        En.Izham, Adakah baja ini sesuai untuk penanaman hidroponik?
        Apakah cadangan untuk membuat baja kompos hidroponik,
        sebab rumah saya tiada tanah atau tanaman pasu.

        • Izham Alias 10/03/2016 at 12:09 am - Reply

          Setakat ini tiada baja kompos hidroponik. Baja hidroponik menggunakan baja AB.

  2. qis 12/01/2015 at 12:57 am - Reply

    Kat mana nak bli baja npk hijau & pink (bunga).

  3. zekk65 19/10/2016 at 12:00 pm - Reply

    En izham nak tanya, nak dapatkan racun organik untuk penyakit pelombong daun dimane

  4. jann 07/12/2016 at 11:08 am - Reply

    apakah yang di maksudkan dengan baja kopi

  5. MIJ 16/02/2017 at 2:34 pm - Reply

    En Izham. Soalan saya, bila waktu sesuai untuk membaja?
    Selepas membaja, adakah perlu siram pokok?
    Anak pokok yang baru disemai (seminggu, dua minggu umurnya), adakah boleh kita gunakan Baja ini?

    Maafkan saya bertanya, saya orang baru belajar.

Leave A Comment