5 Masalah Lazim Pokok Cili dan Penyelesaiannya

Pokok cili adalah antara pokok yang banyak cabarannya. Ia bukanlah tanaman yang mudah ditanam seperti kangkung, bayam dan sawi.

Cabarannya bermula dari semaian sehinggalah menuai. Kalau nasib baik, dapatlah kita gunakan cili itu dalam masakan. Jika tidak, kecewa tidak berlagu.

Sesiapa yang pernah menanamnya pasti akan mengalami lima masalah lazim yang saya nyatakan ini. Saya berharap panduan mengenalpasti masalah dan cara penyelesaian ini dapat membantu anda sepanjang menanam pokok cili.

Jika inginkan panduan menanam, boleh baca di Cara Menanam Pokok Cili PadiOpens in a new tab..

1. Buah Busuk dan Gugur

Kita melihat buah cili kita merimbun. Hati kita turut berbunga ingin menuai cili pada masanya. Apabila tiba harinya untuk kita mengutip hasil, kita terkejut. Banyak buah gugur dan busuk. Oh kecewanya hati!

Mengapa hal ini terjadi?

Cuba perhatikan pada buah cili. Koyak dan lihat isi di dalam. Adakah terdapat ulat di dalamnya? Jika betul, itu tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah.

Lalat buah atau Batrocera latifrons menyerang mana-mana pokok berbuah yang ada. Ia akan menyuntik telurnya pada buah. Menariknya, telur lalat buah ini akan menetas tepat pada masa buah mula meranum masak.

Apakah penyelesaiannya?

  1. Gunakan pelekat kuning. Pelekat kuning (beli siniOpens in a new tab.) ini akan menarik dan memerangkap lalat buah.
  2. Sembur racun organik (beli siniOpens in a new tab.) pada awal pagi sepanjang pokok cili berbuah. Kaedah ini mungkin menjadi mungkin tidak.
  3. Balut buah cili sebaik sahaja putik buah kelihatan. Boleh guna pembalut buah berjaring (beli siniOpens in a new tab.).
  4. Buang dan bakar buah cili yang telah busuk itu.
  5. Pastikan keadaan sekeliling kebun atau rumah kita bebas daripada buah busuk. Ini tidak kiralah pokok buah-buahan yang lain. Buah busuk menarik lebih banyak lalat buah datang

Cara kedua pula adalah membuat perangkap lalat buah menggunakan hormon. Boleh rujuk panduan lengkap saya di Cara Membuat Perangkap Lalat BuahOpens in a new tab..

2. Bunga Luruh

Adalah normal untuk pokok cili gugur bunganya pada kali pertama berbunga. Tetapi menjadi kerisauan jika lebih daripada tiga kali bunga gugur.

Bunga cili boleh gugur akibat kekurangan atau terlebih siraman. Oleh itu pastikan siraman air secukupnya sahaja. Gunakan medium tanah yang sesuai seperti campuran tanah 3:2:1 jika bercucuk tanam di dalam pasu.

Bacaan Tambahan: Campuran Tanah Untuk Pokok Tanam dalam Pasu

Baja merupakan unsur penting agar pokok berbunga dengan banyak. Apabila pokok kekurangan nutrien, maka perkara pertama yang akan pokok buat adalah menggugurkan bunga.

Jadi pastikan kita telah membaja dengan cukup pada pokok cili.

emel kebun bandar

 3. Daun Kerinting dan Luruh

Apabila daun kerinting dan luruh, perkara pertama yang biasa saya buat adalah melihat di bawah daun pokok cili terutama daun tua di bahagian bawah pokok.

Jika dilihat dengan teliti, kita akan nampak bintil-bintil hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah daun. Itu adalah afid dan lalat putih.

Kedua-dua serangga ini gemar sekali hinggap pada pokok cili. Mereka akan menghisap sap pokok dan seterusnya membuatkan pokok diserang penyakit.

Kehadiran serangga perosak ini membuatkan pokok mula tidak sihat. Kita dapat lihat daun mula kerinting dan gugur. Akhirnya tinggal rangka sahaja tanpa sebarang daun.

Penyelesaian mudah sahaja iaitu dengan kita menyembur racun organik. Sembur di bahagian bawah daun seawal pagi selepas subuh atau lewat petang sebelum maghrib. Kekerapan semburan sebolehnya 3 kali seminggu sehingga serangga hilang dari penglihatan kasar kita.

Bacaan Tambahan: Cara Mudah Buat Racun Organik Dari Bahan Dapur Rumah

4. Kehadiran Semut Hitam Pada Pucuk, Bunga, Buah dan Daun Pokok

Semut adalah kawan baik kepada kutu daun atau afid. Apabila saya melihat semut pada sekitar pokok cili, saya tahu itu adalah tanda pokok saya telah dihinggap kutu daun.

Perlu kita rujuk kembali poin nombor 3. Kedatangan serangga perosak dapat dikawal dengan racun organik seperti yang saya nyatakan.

5. Pokok Mati Setelah Mula Berbunga atau Berbuah

Soalan pertama saya adalah biji benih diambil dari mana? Jika dijawab dari dapur, tentunya saya akan terus dapat jawapan yang pasti bahawa pokok itu memang mudah mati.

Buah cili yang kita beli itu adalah buah daripada pokok cili generasi F1. Jadi biji benihya akan tumbuh sebagai generasi F2.

Bacaan Tambahan: Apakah F1 dan F2 dalam pek benih?

Kelemahan utama generasi F2 adalah mudah diserang penyakit dan perosak. Sebab itulah pokok itu mati akibat daripada serangan bakteria pada akar.

Untuk atasi masalah ini, lebih baik kita gunakan biji benih daripada pek benih berkualiti. Biji benih berjenama tentunya telah dipilih dengan teliti oleh pengeluar biji benih agar pokok dapat tumbuh dengan sihat.

Itulah 5 panduan ringkas yang dapat saya berikan berkaitan masalah-masalah yang sering pekebun rumah hadapi sepanjang menanam pokok cili.

Jika anda ada pandangan, komen atau persoalan, lontarkanlah di bahagian komen artikel ini. Sama-sama kita bincangkan.

BONUS VIDEO: Panduan Mengenalpasti Masalah Pokok Cili

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Sy baru beli anak pokok cili dr nurseri. Sy repotting selepas 1 minggu.

    Pokok cili sy daun nya elok, tiada bena, serangga dan sebagainya. Tetapi buah nya mengecut sebelum matang..kenapa ya? Sy perasan cuaca sgt panas, sy siram setiap hari.

    Sy ada belah 1 cili tapi tak jumpa sebarang serangga.
    Jadi tak pasti kenapa cili nya mengecut. Saya kena siram lebih lagi ke?

  2. Tahniah tuan,

  3. hi En Izham, saya baru nak usahakan tanaman cili hijau di kawasan Kulai.
    luas kawasan tanah sebesar 100×50 meter. tak pasti sama ada tanam dahulu
    dalam skala yang sedikit ataupun kaji selidik kemampuan tanah pada badan yang
    berkenaan? minta pendapat en. Izham

  4. Ini perlu rujuk video di Youtube berkaitan cili. Saya lebih kepada penanaman di cuaca tropika.

  5. Perlu tunggu 30-45 hari untuk tukar warna.

  6. Busuk macam mana tu? Pokok cili ada layu?

  7. Seminggu sekali sudah memadai.

    Kalau nak guna racun organik, elok guna racun minyak mambu.

  8. Perlu tahu macam mana antroknos boleh menyerang. Biasanya pada persekitaran lembab.

    Kuatkan pokok dengan semburan cuka kayu. Insya-Allah dapat kurangkan serangan antraknos.

  9. Adakah tuan ada buat kayu pancang sebagai sokongan? Perlu ikat batang pada sokongan agar tidak patah ditiup angin.

  10. 1. Diserang lalat putih
    2. Kurang baja
    3. Kurang cahaya
    4. Kurang air

  11. Boleh buat sendiri.

  12. Mungkin telah diserang afid atau lalat putih.

    Sama-sama.

  13. Kalau tak pedas, mungkin memang jenis tak pedas.

  14. Saya jarang aktif di WhatsApp untuk urusan website. Tuan boleh emel saya. Insya-Allah saya jawab.

  15. Salam tuan… Ade no whatsapp… Byk soalan nak tanya

  16. Assalamualaikum. Cili saya berbuah dengan lebat dan saiznya agak besar tapi rasanya tidak pedas/ kurang pedas. Apakah punca masalah tersebut.

  17. Assalamualaikum en. Izham, kenapa ye pucuk pokok lada kering dan membengkok? Tq in advance.

  18. Di mana saya dapat beli mol buah tu ye?

  19. Salam Tuan,
    Kenapa daun pokok cili menjadi kuning & apakah penyelesaiannya?

    T.kasih

  20. salam tuan, kenapa tanaman cili sy yang berumur sebulan senang patah..batang dan akar terpisah, sy mnyiram sehari 2 kali, adakah akar cili reput ataupun pemindahan anah benih yang terlalu awal dari tapak semaian

  21. Sy ada tanam cili tailan buah pertama cantik buah kedua banyak penyakit antrknos kalau tempat kami di pangil mata2 minta bantu apa cara utk menyelasaikan masalah ini tq

  22. Assalamualaikum tuan.. Ble ka kita melakukan penyemburan racun serangga perosak ( tanaman belum terkena apa2 jangkitan lagi) dengan kekerapan seminggu 2 kali? Apakah racun y baik digunakan utk taman cili?

  23. Saya ingin bertanya
    Mengapa setiap kali saya siram pkok cili saya ia mngeluarkn bau tanah yg busuk…adakah pkok cili sudah rosak ke bagaimana

  24. Hi. Pokok cili kulai saya berbuah normal. Buah banyak tapi cili tak tukar warna. Dia stay hijau. Kenapa ye?

  25. Bagus campuran tu. Pastikan membaja elok.

  26. Assalam..pokok cili sy..sy pakai tanah yg dh di campurkn dgn sabut kelapa..adakah elok??atau elok sy pkai sabut klapa shaja yg ada dijual di kdai tnaman..

  27. salam,saya nak mengetahui apakah langkah2 yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah pokok cili dengan lebih detail…mohon pencerahan daripada tuan.terima kasih

  28. Saya tinggal di luar negara dan ingin menanam pokok cili memandangkan susah nak dpt cili di tempat saya. Ada sebarang cadangan nak bagi pokok sihat dlm cuaca yang sejuk? Terima kasih

  29. Dahan cili mati. Ini akan mencacatkan buah dan akhirnya gugur. Saya mencampurkan yizeb 80 wp dan dyna mec 19 untuk semburan racun serangga. Mohon nasihat tuan.

  30. Boleh.

  31. Salam en ezham
    Saya nk tanya klau sya tambahkan seperti air ikan bleh x

  32. Baca bahagian lalat putih. Sudah saya letak penyelesaiannya di situ.

  33. Jawapan ada pada artikel di atas. Terima kasih.

  34. Biasanya mengambil masa 4-6 minggu untuk buah cili tukar warna. Kalau nak cepat, boleh sembur dengan mol buah.

  35. Tanah tuan ada masalah. Perbaiki sampai elok.

  36. Assalam…saya ada menanam pokok cili tapi lambat membesar…rasa dah dekat 4 minggu masih ketinggian 5 6 cm apa penyebabnya?

  37. Tq info ni..saya sedih sebab bunga cili saya gugur ..ingatkan tade lebah nak bagi dia berbuah

  38. Encik Izham, pokok cili saya telah mengeluarkan hasil. Walaubagaimana pun cili hijau besar dan tidak bertukar kepada merah (3minggu). Berapa tempoh kebiasaan cili bertukar warna dari hijau ke merah? Dan bagaimana untuk mempercepatkan cili menjadi merah? Mohon nasihat…. Terima kasih. Baru pertama kali tanam.

  39. assalam..pokok sy putih dia banyak gugur batang putih kuning..ape sbb dia..mcmmn nak mengatasiy ..terima ksh

  40. Waalaikumussalam. Boleh guna semburan racun organik biasa.

  41. Assalammualaikum…pokok lada saya penuh dgn semut api, macam mana nak halau diaorg ye? Kalau saya guna semburan kulat tu, saya kena patahkan Sagan dulu ke?
    Pokok lada sedang berbunga…. Sayang kalau buang dahan, Ada Cara lain ke😄😄?
    Terina kasih. 😊

  42. Sedih…..pokok cili asal segar tiba2 keriting daun dia…tgk kat bawah dauh putih berdebu…apa penyeselaian nya….

  43. Daun kerinting ini memang faktornya pada serangga yang menyerang pokok cili.

  44. Salam tuan..adakah faktor cuaca panas menyebabkan daun cili kerinting juga?

  45. Dua tu je penyebab utama kerinting.

  46. Ada gambar ulat tu?

  47. Sya ada masalah buah lada berlubang disebabkan ulat malam ( hanya kuar mlm). Bolehkah encik tolong sya atasi masalah ini..

  48. Selain dr afid dan lalat putih apakah punca yg boleh menyebabkan kerinting daun/mozek ni..

  49. nak order 1 tan boleh?terima kasih banyak-banyak

  50. buat la laman sendiri….

  51. Hormatilah tempat orang lain. Terima kasih.

  52. Sya ada menjual baja yg merosakkan utk tanaman anda..
    Dh byk testimoni bodoh
    Berminat pm or wasap 01x8x7x168

  53. Wallahualam. FAMA lebih mengetahui.

  54. Berapakah harga cili sos sekilo yang pihak FAMA boleh bayar kepada petani cili sos?

  55. Salam.. saya ada tanam cili api kampung.. masalah nya bila dah petik pokok mula kuning dan mati.. mmg ibu pkok biji benih yg sy semai ada masalah yg sama.. ada x biji benih cili api kg yg berkualiti? Terima kasih tuan

  56. Pokok cili akan mula berbunga setelah membentuk cabang Y. Biasanya sekitar umur 6-8 minggu selepas bercambah.

    Namun jika pokok cili masih tidak berbunga lebih daripada 2 bulan, mungkin kerana:

    1. Tidak cukup baja
    2. Tanah yang digunakan terlalu berasid
    3. Tak cukup cahaya matahari

    Penyelesaian:
    1. Bagi baja yang sesuai (cari di kedai pertanian/nurseri pokok baja buah)
    2. Gunakan tanah yang bagus
    3. Pastikan pokok cili mendapat 6-8 jam cahaya matahari terus tanpa terlindung oleh mana-mana objek atau pokok

  57. kenapa pokok cili saya tidak berbuah

  58. saya ada menanam pokok cili dan menghadapi masalah tersebut tetapi tidak pada pokok cili yang tumbuh sendiri…ada beberapa pokok cili yang tumbuh sendiri disekitar rumah saya, cili ini sangat pedas dan disukai oleh burung…saya rasa itu pastinya cili burung. ia tumbuh dengan subur dan berbuah lebat…saya terpaksa berebut dengan burung…kalau lambat petik saja pasti ia menjadi habuan burung…walau bagaimana pun saya amat gembira dengan anugerah Allah itu..
    Terima kasih En. Izham kerana berkongsi tips untuk penanaman cili..

  59. Boleh tuai selepas 8-10 minggu kita tanam. Waktu sesuai adalah di awal pagi.

  60. Berapa.lama buah cili menjadi merah atau masak?
    Bilakah waktu yg sesuai memetik buah cili?

  61. Untuk biji benih berkualiti, tuan boleh terus beli di sini https://jemarihijau.com/

  62. Ada tak pihak Tuan menyediakan biji benih yg bekualiti untuk pasaran online. Jika tiada apa kah brand yg baik untuk dibeli…

  63. Berdasarkan penerangan puan itu, jika cukup siraman tetapi pokok masih layu dan daun kering, tanda akar pokok telah diserang bakteria.

    Rujuk kembali poin no 5 berkaitan pemilihan benih berkualiti.

  64. Salam pagi tuan izham..
    Saya ada tanam pkoko cili ..hasil tanaman nys saya dapat juga buah nya…tapi lama kelamaan daun nya jadi kering dan batang nya sensng dipatahkan..saya tengok jugak kenapa senang patah..rupa nya batang nya kering..jadi itu persoalan nya….
    Jadi cadangan tuan izham mengunakan organik untuk semburan inshallah saya akan gunakan tetapi saya tak gunakan minyak dan sabun kerana cuaca di singapura tak menentu kalau panas nya terik sangat sampai pokok jadi layu …jika ia berhasil saya akan kongsi bersama …terima kaseh info nya

  65. Boleh rujuk pada link yang saya beri pada artikel ini. Terima kasih.

  66. Macam mana nak buat racun organik..pokok cili saya kena serang lalat putih tu..kesian tp amsih berbuah..sebab saya petik2 je daun dia buang..

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!