Cara Guna Baja Ajinomoto Untuk Tanaman Bunga, Orkid dan Buah

cara memakai baja ajinomoto untuk tanaman bunga kertas, pokok durian, sawit, orkid, sayur

MSG atau asid glutamik bebas (monosidium glutamate) banyak digunakan dalam masakan. Persoalannya sekarang adakah MSG sesuai digunakan di kebun kita? Ada kesan racun atau tidak?

Dalam artikel kali ini saya akan terangkan apa itu MSG dan bagaimana mampu bertindak sebagai penggalak tanaman berbanding sebagai baja tanaman.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .

Tumbuhan yang menerima semburan MSG dalam AuxiGro menerima seakan signal palsu bahawa ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan ini seterusnya bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan dari dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar daripada normal. Hebatkan hasilnya?

Bahan MSG Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif seperti Ajinomoto. Ajinomoto adalah antara jenama terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dalam makanan.

Beberapa wargamaya di KBJTS melaporkan tanaman mereka menjadi lebih subur setelah disembur MSG.  Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiz daunnya. Bukankah ini kesan sama dengan AuxiGro? Hebatkan hasilnya?

Memang benar, ada banyak bahan bukan baja yang boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman. Bahan-bahan tersebut banyak tersedia di sekitar kita, misalnya air cucian beras, hampas teh dan kpoi, kulit telur, dan micin atau penyedap rasa.

Kenapa MSG bisa menyuburkan tanaman?

MSG merupakan garam natrium daripada asid glutamat. Asid glutamat adalah salah satu asid amino tak perlu yang banyak terdapat di alam. Alasan kenapa MSG boleh digunakan untuk baja tanaman adalah adanya natrium (Na) tersebut. Natrium (Na) adalah salah satu unsur nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

Apa peranan natrium (Na) pada tanaman?

Natrium adalah salah satu unsur nutrien fungsional dan bukan termasuk unsur nutrien perlu. Natrium bukan merupakan unsur nutrien yang “sangat” penting bagi tanaman. Sebab, tanpa natrium (Na) pun tanaman masih mampu tumbuh normal dan subur, asalkan unsur-unsur nutrien lainnya terpenuhi.

Unsur nutrien fungsional nermakna peranan boleh digantikan oleh unsur lain seperti kalium (K). Cuma dengan keberadaan natrium dapat membantu membuat tanaman menjadi lebih subur. Ia berfungsi dalam pembukaan stomata, pembentukan umbi, mencegah busuk umbi. Fungsi ini seakan dapat mengganti kalium (K).

Benarkah natrium mampu menggantikan kalium?

Setelah membuat bacaan semua, kita dapat membuat kesimpulan bahawa natrium hanya boleh menjadi pengganti kepada K. Oleh itu saya boleh kategorikan ini dalam bentuk penggalak tanaman. Baja itu sendiri perlu menjadi bekalan nutrien kepada tumbuhan. Baja pula perlu berdiri sendiri kuat dalam membantu tumbesaran tumbuhan.

Penggalak tanaman boleh jadi ada atau tidaknya ia, tetap tumbuhan boleh hidup subur. Bermakna kita tetap perlu memberi baja kepada tanaman kita.

MSG ini hanyalah penggalak tambahan. Macam kita makan nasi, ayam dan sayur. Kita tambah kicap untuk sedap rasa. Begitulah MSG kepada tanaman. Hanya kicap penambah rasa. Pokok cantik asalkan kita makan yang utama dahulu.

Bancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok

Sini saya kongsikan resipi untuk kita jadikan MSG sebagai penggalak tanaman di kebun.

emel kebun bandar

Terdapat dua kaedah.

Kaedah pertama:

Sukatan:

  1. 1 sudu teh (5 g) Ajinomoto per pasu
  2. Tabur terus ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

Kaedah kedua:

Sukatan:

  1. Pokok kecil – 1 sudu makan (15 g) + 5 L air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)
  2. Pokok besar (umur setahun ke atas) – 5 sudu makan (75 g)  + 1 L air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)
  3. Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya. Menakjubkan! Sila cuba cepat!

Eksperimen semburan MSG pada anak pokok delima. Gambar kiri – anak pokok disembur MSG. Gambar kanan – anak pokok tidak disembur MSG.
(Foto: photobucket)

Ah, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.

MSG Tidak Berbahaya Kepada Tumbuhan

Kesimpulannya, saya boleh katakan bahawa MSG tidak berbahaya kepada tumbuhan. Semburan foliar MSG pada tumbuhan akan terurai dan diserap sebagai natrium.

Walaupun isu sama ada MSG elok untuk makanan atau tidak itu telah lama dirungkaikan, saya tetap sokong MSG sebagai bahan penggalak tanaman yang sesuai untuk kebun bandar kita.

Jika masih was-was, kita ada alternatif lain untuk sembur baja seperti baja buah, baja belacan dan kompos. Pilih sahaja, kawan. Tepuk dada tanya selera.

Sumber:

  1. http://americannutritionassociation.org/newsletter/free-glutamic-acid-msg-sources-dangers
  2. http://www.msgfacts.net/AuxiGro.htm
  3. http://www.msgfacts.net/msgsprayed-3.htm
  4. http://www.idigmygarden.com/forums/showthread.php?t=17535
  5. http://www.truthinlabeling.org/V.RegulatoryHistory.html
  6. http://truthinlabeling.org/msg-objection-s1.html
  7. http://www.naturalhealth365.com/msg.html/
  8. http://forums.gardenweb.com/discussions/2185735/msg-epsom-salts
  9. http://www.greenculturesg.com/forum/index.php?/topic/21956-hey-anyone-tried-fertilizing-your-plants-with-xxx/page__st__60
  10. http://www.westonaprice.org/health-topics/msg-updates-introduction/
  11. http://www.thesundayleader.lk/2015/11/08/farmers-using-msg-as-pesticides/
  12. http://www.organiclifestylemagazine.com/msgs-side-effects-and-aliases
  13. http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2005/jul/10/foodanddrink.features3
  14. https://www.pertanianku.com/msg-bisa-jadi-pengganti-pupuk-benarkah-begitu/
emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Sama macam sukatan pokok besar.

  2. Untuk pokok bunga adakah sesuai penggunaan MSG. Klu sesuai bagaimana sukatan untuk jenis2 pok9k bunga tersebut…orchid…pokok renek…

  3. Salam Tuan ,

    Mohon bantuan

    Pokok timun batang saya tidak berbuah.Bunga sedikit saja dan luruh.

    Daun lebat dan segar. Saya tanam secara Fertigasi selama 8 minggu dah.

    Saya guna baja AB dan dimasukkan melalui fertigasi setiap pagi siraman.

    Apa perlu saya buat tuan ?

  4. money lender instant cash loans money lender [url=https://cashnow.cars]best personal loans companies[/url]

  5. Cubalah. Mesti best.

  6. Salam… terima kasih, info yg menarik… nanti boleh cuba

  7. http://rootofscience.com/blog/2017/kesihatan/perubatan/monosodium-glutamate-penyebab-sakit-kepala-kanser-dan-kerosakkan-saraf-betul-ke/

    Salah anggap msg

  8. Sorry bro, tak kelakar la, ok!

  9. Saya rasa kandungan ajinomoto yang disembur pada tanaman telahpun terurai dan tidak lagi memberikan kesan kepada kita. Suka melihat tanaman yang subur dan menghijau.

  10. salam ank benih lw bru brusia 2 minggu bole ke dsmbur msg adkh ade effect pde ank pkok tu sbb sy sminggu smbur 2 3 kli de stngh lyu n mti

  11. Wasalam.

    Setakat ini saya tak perncah cuba. Wallahualam.

  12. Salam, nak tanya boleh tk guna untuk pokok orkid?

  13. terima kasih atas perkongsian yg sgt berguna ini

  14. Tkasih atas info. saya dah pun membeli ajinomoto utk spray pada rose jepun yg tak berbunga2..

  15. TTq atas perkongsian Info yang sangat berguna.Syabas dan tahniah kepada Pn Maznah Musa atas usaha and a.

  16. Terima kasih atas perkongsian puan. Inspirasi buat yang membaca.

  17. Nak cerita pengalaman. Hobi sy bercucuk tanam dlm pasu. Banyak. Tapi semua tanaman sy hilang masa banjir 2014. Masa banjir rumah sy nampak atap shj. Bayangkanlah. Tapi pasu-pasu sy tak hilang. Saya kenal pasu saya. Semua warna putih. Sy cari, pungut merata alam. Sangkut kat rel kereta api pun ada. Dalam parit, longkang sy cari, sy pungut. Sy kumpul semua tanah selut keliling rumah. Dptlah 3, 4 bukit tinggginya. Sy guna tanah tu . Skrg tanaman sy dah nampak hasil . Terung, pokok herba, keladi kunyit. sayur subur menghijau. Ajinomoto aaih, memang sy guna.!! Semua petua yg sy baca,sy cuba, sy ikut. Hidup sy begitu indah dikelilingi tanaman menghijau. Tapi…… setiap kali menjelang november, disember hati saya berdebar-debar semula……. sekarang ni hujan lebat………

  18. Hai saya nak tanya bagaimana cara skiranya saya ingin menggunakan Epsom salt untuk tanaman kaedah nutripot. Bagi menggalakkan pertumbuhan pokok atau ada baja lian yang lebih sesuai. Terima kasih

  19. Salam..sy bru ad trbaca info ini.bg pndgn sy klo guna ajinomato takpe pd tanaman..nk berbanding dgn kita..faktornya adalah beza sistem perkumuhan ..dn tumbuhan memerlukan karbondioksida,manusia pelu oksigen..ape yg ad pd karbondioc?dn ape yg perlu pd tanamn utk mmbesr?cuba kita cari..mgkin kesn buruk yg berlaku kpd kita jika guna ajino brbndg dgn tumbhn..

  20. trima kasih admin atas info nya

  21. Boleh guna untuk semua. Dos berdasarkan keperluan. Kalau pokok bunga, boleh letak sebulan sekali.

  22. Assalamualaikum….tumpang tny…cara guna baja aji no moto untuk pokok bunga sebulan sekali atau macam mana …

  23. Masa sekolah dulu saya selalu tolong ayah dikebun. Saya masih ingat apabila ayah ingin meracun rumput, ayah akan campor sedikit aji dalam bekas meracun. Katanya racun akan lebih cepat berkesan kalau campur aji, rumput akan cepat mati. Racun juga akan tetap berkesan dan tidak mudah luntur walaupun hujan turun semasa kami meracun.

  24. Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Izham Alias….

    Alhamdulillah, setelah membaca posting ini, saya mendapat idea itu mencuba penggunaan aji no moto dengan menggunakan kaedah pertama ke atas pokok bunga Kembang 8 pagi. Ternyata hasilnya benar dan memuaskan. Sejak itu saya mula memberi aji no moto ke atas pokok pokok bunga yang lain.

    Berikut saya kongsikan pengalaman kecil saya bersama rakan Kebun Bandar.Com.

    https://webctfatimah.wordpress.com/2016/05/30/ct389-kebun-fatima-10-aji-no-moto-msg-meningkatkan-tumbesaran-pokok-bunga-kembang-8-pagi/

    Terima kasih atas pengenalan kepada bahan aji no moto ini.
    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  25. Sy x kira nak guna je…
    Yg penting nampak subur…
    Suka tengok.. hihi

  26. Dimana Boleh saya dapatkan buku “jimat dari dapur “

  27. Good info. Tq admin.

  28. Terbaik….Terima kasih admin..Diharap kawan2 semua ambil perhatian.

  29. Cadangan yg baik. Sya tdk bercadang utk menggunakan MSG kpd pokok2 sayuran sya. Kerana sya ingin menanam pokok secara organik…bebas racun dan bhn kimia lain.

  30. Msg vs belacan..agak2 mana satu yg terbaik?

  31. Assalamualaikum..memang cerita penggunaan msg berlegar2 diinternet..dengan adanya info sebegini pembaca dpt serba sedikit tmenambah pengetahuan..sgt bermanfaat..terima kasih saudara izham.

  32. Dah beli pun pak aji tu, tapi belum la nak sembur lagi… nampaknya rezeki untuk pokok hiasan la pak aji tu… Terima kasih diatas penerangan

  33. Perkongsian ilmu yg amat bmakna..terima kasih

  34. Terima Kasih dengan info di atas betulah sangkaan saya semburan pada sayuran dan makanan ada kesannya kelak lebih baik sembur pada tumbuhan berbunga dan pokos hiasan

  35. jangan siram MSG pada anak² anda yang berumur 2-5 tahun. jika anda menyiram anak anda dengan MSG, anak anda akan membesar dan pucuk baru akan muncul… hehehehe

  36. baja roti?..boleh cik norazah detailkan dkt cni?…mcm menarik dgr…

  37. Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Izham Alias….Perkongsian bermanfaat dan tentu sahaja baik untuk tanaman yang bukan dimakan. Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  38. Teruskan dengan post post seterusnya

  39. Garam epsom adalah garam bukit yang kaya dengan unsur Mg. Tiada masalah sebagai bahan tambahan untuk pokok kita.

  40. saya setuju dgn artikel ini berkaitan kesan sampingan msg thdp tanaman.bgmana plak dgn penggunaan epsom salt@garam epsom?ada kesan sampingan tak?

  41. Sy pernah poskan berkenaan MSG digunakan utk tanaman, di group kebun bandar, dgn menyertakn sekali screenshot dari laman2 web… tp hairan x sampai 2 jam, pos sy tu hilang, mgkn didelete… tp lps tu ramai yg poskn ttg perkara sama…

    Klu kita tanam sendiri utk mkn sendiri, elok la kita jaga penggunaan baja dan racun… seboleh mgkn guna la yg organik..

  42. saya tidak begitu faham tuan sukatan ajinomoto untuk benyemburan sayuran ini dan bole kah tuan tolong tunjuk ajar dengan simpel sikit karna malum la tuan aku tidak punya skolah maakn saya…

  43. saya pun dah byk kali baca tentang ajinomoto di FB… tapi belum cuba lagi

  44. Sy baru beli lps baca ni. Nak sembur kat pokok bunga. Sayur n pokok buah biarlah guna baja organik ja. Tq admin

  45. Saya sedang berkira-kira nak membeli Pak Aji ni. Membaca artikel ini terus termati niat. Baiklah saya teruskan dgn baja roti.

  46. saya juga akn guna semburan pak aji utk tanaman hiasan saya…tqsm segala info…

  47. baru plan nak sembur kat pokok lada yang mati segan hidup mo tu

  48. Terima kasih banyak.. info yg amat berguna 🙂

  49. Saya memang pernah terbaca pasal aji disembur kat tanaman tapi risiko dan tips admin memang padat dan berinformasi….saya akan guna utk tanaman hiasan shj mulai hari ini…..terimakasih bebanyak tuan admin.

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!