Cara Mudah Buat Racun Organik Buatan Sendiri

Home/Racun perosak/Cara Mudah Buat Racun Organik Buatan Sendiri

Kebun saya selalu diserang serangga perosak seperti koya-koya (mealy bug) dan ulat bulu. Habis pokok saya banyak mati. Saya jenis tak suka guna racun kimia.

Koya Mealy Bug

Koya-koya sering menyorok di bawah daun tumbuhan.

Pertama, sebab harganya mahal. Bayangkan satu botol kecil saiz tin minuman, harga sudah boleh mencecah RM100. Walhal guna sedikit sahaja. Sangat tidak sesuai untuk pekebun bandar skala rumah.

Kedua, penggunaan racun kimia berbahaya. Kelengkapan seperti penutup mulut dan sarung tangan wajib ada semasa kendali racun kimia. Saya tahu sebab semasa saya belajar di UPM dulu, saya kena buat begitu. Jika tak kena marah dengan pegawai bertugas. Cuba fikir. Jika untuk kendalikan racun kimia itu sendiri sudah perlu berhati-hati. Apatah lagi apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya?

Jadi saya pun mencari resipi buat racun organik di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik.

Bahan A (kisar):

  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air  – 300 mL (satu cawan biasa)

Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

Bahan B:

  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Alat:

  1. Penapis
  2. Penyembur – 1.5 L

Cara:

  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  2. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama
  3. Masuk 100 mL pati dan bahan B ke dalam penyembur
  4. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  5. Goncang sehingga semua bahan sebati
  6. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  7. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur juga sebagai kawalan.

Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang beritahu apabila sembur ramuan racun organik ini pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus basuh dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.

Resipi buat racun organik sendiri ini banyak. Nanti saya kongsikan lagi. Kalau takut terlepas, boleh langgan emel. Saya akan hantar emel percuma untuk inform artikel-artikel terbaru di Kebun Bandar.

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-10-21T11:05:49+00:00 November 28th, 2015|Racun perosak|44 Comments

44 Comments

  1. lntan Baharuddin 29/11/2015 at 3:20 pm - Reply

    Askm dik…. nak tambah sb ni mmg masalah utama di kebun akak yg di huni koloni semut pembawa koya-koya ni. Kwn kak di Amerika saran tabur serbuk arang @ abu kayu serata tanah dekat pokok kita bg menghalang semut. Tiada semut, tiada Koya2 🙂 Wasalammm….p/s: apa pun semut ni dia rajin satu, teladan yg baik, dua, abis di angkutnya Fruit Flies dr markisa akak..hehe..belalang pun dh makin kurang walau brokoli ungu akak hampir2 botak. Terpulangla…

  2. nor azlan 15/01/2016 at 11:30 am - Reply

    en izham…racun di atas sesuai untuk semua jenis rumput ke? dan waktu paling effektif untuk membuat semburan racun ni..

    • Izham Alias 17/01/2016 at 9:29 pm - Reply

      Ini adalah racun organik untuk membunuh serangga. Bukan untuk membunuh rumput. Silap faham ini.

  3. kak yah 12/02/2016 at 7:36 pm - Reply

    Assalam.racun organik tu boleh tak digunakan pada pokok lada yang buahnya ada ulat..

  4. firdaus 13/02/2016 at 9:30 pm - Reply

    boleh x digunakan untuk sawah padi?..bkn apa,nak kurangkan penggunaan racun kimia..orang shat..padi pn shat

  5. Anna 12/03/2016 at 4:15 pm - Reply

    Pokok kunyit mati lepas sembur…adoiii die layu pastu terus abes sedeyyy…tula silap x test satu-satu… Sekarang tnm balik

  6. azini 18/04/2016 at 11:23 am - Reply

    Semut merah buat sarang kat pokok tanaman, macam mana nak halau semut tu dengan cara organic?

    • zul 12/05/2016 at 4:23 pm - Reply

      sama laaa.. semut api berkumpul kat pucuk pokok kari… ada bende warna putih menutup pucuk kari tu..

  7. Mirza Muizzuddin 14/05/2016 at 7:49 pm - Reply

    kalau guna cili kering oleh ke??

  8. wan tani 15/05/2016 at 8:20 pm - Reply

    Assalamualikum semua.
    Salam perkenalan.
    Alhamdulillah kerana ramai yang sudah beralih kepada inisiatif umtuk memggunakan kaedah organik bagi menggantikan racun dan baja kimia.
    Saya ada ramuan yang rasenye boleh dikongsikan disini bagi mengurangkan ladar serangan musuh perosak tanaman dengan kaedah organik yang boleh diolah dirumah masing2.
    Jikalau diizinkan oleh pemunya blok ini.

  9. Laurance 17/05/2016 at 8:44 am - Reply

    kalau siram racun organik Encik Izham ni,, jangan dibiarkan terlalu lama terdedah matahari kerana liang stoma daun tertutup kena sabun,,,minyak,,,siram air biasa semula selepas agak-agak kutu hama/trips dah mampus…Kalua tak, daun semua layu.. gugur. Teknik in sangat berkesan bunuh hama putih.

    • wan 23/05/2016 at 1:16 pm - Reply

      terima kasih saudara Laurance..peringatan berguna

  10. Ummi iskandar 22/05/2016 at 4:51 pm - Reply

    Assalamualaikum wbkth.. saya ingin bertanya. Apa racun organik yg sesuai utk mengelakkan pokok dr serangan anai2

  11. madihamasaadi 23/05/2016 at 12:24 pm - Reply

    terima kasih atas resepinya…. tanah d rmh saya byk ulat yg kepala coklat badan putih n belakang sekali hitam, boleh ke guna racun serangga nj.

  12. Helen 23/05/2016 at 3:08 pm - Reply

    Info yg sangat berguna…Tq.

  13. marsila binti abd, jalil 23/05/2016 at 11:46 pm - Reply

    Says dah guna aji no moto utk pokok.baru tiga
    hari dah npk perubahan daun kuning dah jadi hijau.pokok tumbuh pucuk baru.nampak berkesan .seronoknya.

    • Mohd Hanafee 23/06/2016 at 6:23 am - Reply

      Puan, macam mana guna ajinomoto tu ye? Tabur atau dijadikan cecair?

  14. Fadhil Abd Rahman 24/05/2016 at 3:20 pm - Reply

    sy memang tgh cari racun serangga organik.
    terima kasih admin

  15. Najwa Ismail 12/07/2016 at 3:36 pm - Reply

    Assalammualaikum, boleh beri saya penerangan sebanyak mungkin tentang baja organik dan baja inorganic.

  16. Shafie ismail 24/07/2016 at 11:14 am - Reply

    Salaam. Says Nan tanya pasal Nan buat racun ulat buah Jambu… sape boleh konsikan..terima kasih..

    • Izham Alias 04/08/2016 at 8:54 pm - Reply

      Buah busuk biasanya disebabkan lalat buah. Buat perangkap lalat buah agar pokok berbuah kurang serangan lalat buah seterusnya kurang buah busuk.

  17. Bayronce Yii Kuoh Chai 21/08/2016 at 9:08 pm - Reply

    Untuk pokok cili@ smua jenis cili,bisa dipakai kah racun organik yg disyorkan oleh tuan seperti diatas..sebab kalau smua cili yg masak@belum masak disembur dengan bahan kimia(racun perosak).tempoh kutipan hasil tuaian terpaksa mengikut tempoh yg ditetapkan oleh pembekal tersebut…kalau ikut tempoh itu memang banyak rugi pasal cili yg lain yg boleh dituai terpaksa dilupuskan..nak tunggu sampai tempoh seminggu@ 2 minggu memang dah gugur dah dari tangkai…saya tanam cili bulat@cili labu..tak tahu serangga apa yang suka sangat sengat buah cili tinggalkan telur ulat sampai makan buah cili sya….harap tuan bisa tolong saya berikan jawapan atas soalan saya.terima kasih

  18. selimah 21/09/2016 at 7:38 pm - Reply

    Encik nak tanya kenape pokok tin daya daun dia macam kering kelilingnya dan mudah jatuh

  19. Wah 02/10/2016 at 4:57 pm - Reply

    Salam. Baru shj cuba teknik ni. Daun tak layu tapi die ‘melengkung’ ke atas macam huruf ‘U’. Daun pokok bunga raya dan limau kasturi dua2 mcm tu… pokok cili dan yg lain OK.. tolong bantu apa sebabnya?

    • Izham Alias 18/10/2016 at 6:32 pm - Reply

      Kalau daun melengkung bermakna terlalu pekat untuk pokok tersebut tampung. Cairkan lagi larutan semburan untuk pokok bunga raya dan kasturi.

      • nurun 20/10/2016 at 3:42 pm - Reply

        Hamama merah boleh hilang tak?
        Jenis racun yg encik izham buat tu,

  20. SamKL 10/11/2016 at 9:22 am - Reply

    Utk elakkan daun gugur, mungkin boleh diubahsuai sedikit campuran minyak masak / sabun

  21. cik ohsem 17/12/2016 at 3:26 pm - Reply

    Tq! Saya pelajar bahagian nie.. So info nie sangat sangat berguna.terima kasih share info nie encik.. Semoga tuhan memberi kebaikan kepada encik.. Organik lebih baik di amalkan dari racun yang smmgnya cepat terhapus serangga or perosak tumbuhan..tapi keburukan dia..kita yang mudah sakit dan boleh merencatkan imunisasi badan kan?

  22. resipi 06/01/2017 at 12:10 am - Reply

    baru tau tentang racun organic ni..sebelum guna racun sintetik, guna pada dos yang sangat rendah; asalkan kulat putih dapat dimatikan..resipi izham terbaik untuk kulat yang degil..mungkin bahan b guna kemudian..semburkan bahan2 dari resipi A dahulu sebab bawang ada enzim tersendiri..serai dengan aromanyea..tgk di discovery channel di afrika, gajah pun lari sebab tak tahan apabila serbuk dilempar pada mereka..

  23. Hafiyullah Afiq 08/01/2017 at 11:00 am - Reply

    saja nk kongsi skit disini..utk pokok buah spt jambu,markisa ka atau lain2 sekiranya buah berulat ini disebabkan serangan lalat buah..ada ubat /sejenis pewangi yg dijual dipasaran digunakan utk perangkap lalat buah ini..ubat ini diletakan pada kapas..kapas digantung dalam botol..botol ditebuk keliling yg lubangnya memadai utk lalat masuk..bila dh masuk dia x boleh kelua dan mati didalam botol tersebut..harga pasaran dlm rm15 sebotol.

  24. Hafiyullah Afiq 08/01/2017 at 11:17 am - Reply

    utk yg menghadapi masalah kerengga /semut bersarang di pokok buah..tip menghalau kerengga /semut cuba gunakan ubat semut yg dijual dipasar mlm pn ada sebungkus dlm rm2 ja.lumur ubat semut pada ikan kembung..ikat elok2 gantung kt pokok yg ada kerengga/semut..pastikan tak jatuh nanti dimakan kucing ka ayam ka mati pulak..kerengga akan makan ikan yg telah dilumur dengan ubat semut tadi dn mati..mungkin akan pindah terus…selamat mencuba.

  25. Rani 08/01/2017 at 5:48 pm - Reply

    Koya koya bukan membiak melalui semut. ia sejenis parasit. Semut selalu berada bersama koya koya sebab dia mengeluarkan sejenis enzaim yang manis. Jika koya koya hilang semut pun tak datang.

  26. Zayree 20/01/2017 at 10:12 pm - Reply

    Boleh kah di sembur pada akar? Koya2 banyak pada ekar pokok herba Sage saya

  27. azman 27/01/2017 at 3:38 pm - Reply

    salam..
    saya ada tanam keladi cina.. masalah yg sy hadapi ialah ada semut yg tinggal d bwh tanah(maybe) di tmpt sy menanam.
    keladi nampak sihat jg cuma sy risau semut2 tu makan keladi dr bwh tanah plak.. hehe..
    kalo sy sembur ramuan A tu pada tanah tidak jejaskan apa2 ka pd tanaman sy?

    #BerjinakJinakDenganPertanian
    #MasihBelajar

  28. Nurazlin Kamarudin 28/02/2017 at 6:15 pm - Reply

    Bolehkah kalau tak peram 24 jam terus guna tuan. Geram sakit mata tengok makhluk halus tu berpesta kerjakan pokok

  29. Mansor 02/03/2017 at 2:08 pm - Reply

    Assalamualaikum Encik
    TQ atas info yang sangat berguna dan mahal ini.Saya nak mintak izin share info ini.
    Tq sekali lagi

  30. Farkrul 20/03/2017 at 2:02 am - Reply

    Salam admin…boleh kah dsembur kpda pokok jagung

  31. Ly 02/04/2017 at 1:05 am - Reply

    Salam en. Izham. Nak tanya. Kenapa pucuk anak pokok kedondong sy mengerekot kebawah.

    • Izham Alias 05/04/2017 at 1:29 pm - Reply

      Mungkin telah diserang penyakit. Boleh cantas dan tunggu tumbuh baru.

Leave A Comment