Saya juga pernah merasai pengalaman mula berkebun. Apabila saya bersembang dengan peserta bengkel, ternyata mereka juga mengalami seperti apa yang pernah saya alami. Oleh itu saya senaraikan kesilapan itu dan sama-sama kita mengatasinya.

1. Tiada Rancangan

Berkebun memerlukan perancangan seperti kita merancang untuk memasak. Kita perlu tahu apakah akhirnya yang kita ingin dalam aktiviti ini. Jika kita sembereno sahaja berkebun, saya yakin kita sukar untuk menjadi pekebun bandar yang berjaya. Walaupun luas kawasan berkebun kita itu hanya sekangkang kera.

Ambil satu buku sekolah anak-anak kita yang tak habis itu. Gunakan untuk kita menulis tentang kebun kita. Tulis apa kita nak tanam. Tulis di mana kita nak tanam.

Ingat, gagal untuk merancang samalah dengan merancang untuk gagal.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

2. Projek Besar

Ini pun satu hal yang perlu diambil perhatian. Apabila melihat kebun orang lain begitu cantik dan subur, kita pun mulalah merancang untuk buat sebesar kebun mereka. Saya faham anda duduk di rumah corner lot. Kawasan lebihan di rumah anda sangat luas sehingga boleh membuat sebuah rumah lagi.

Tapi janganlah terlalu teruja sampai begitu. Yang akan berkebunnya anda juga. Bukan tukang kebun lain. Pesan guru saya, mulakan apa di tangan. Mulakan dengan sedikit. Lama-lama jadilah bukit.

Jika anda tinggal di rumah dan ingin tanam di atas tanah, baca artikel ‘Berkebun di Rumah Baharu‘. Ada saya terangkan cara mudah untuk membina batas dan campuran tanah sesuai untuk situasi anda.

Mulakan dengan lima pasu dahulu. Tanam sayur yang mudah tumbuh dan cepat tuai seperti kangkung, bayam dan sawi. Apabila anda sudah mendapat rentak berkebun anda, mulalah terima cabaran menanam pokok-pokok lain seperti pokok cili, tomato atau terung.

kebun-dapur-belakang0rumah

3. Beli Benih Banyak

Ini satu penyakit juga. Penyakit suka membeli. Tiada salah membeli benih yang banyak. Tetapi apa akan jadi jika semua benih hanya terperuk di dalam almari atau kabinet? Ingat, benih juga ada tarikh luputnya.

Lagi lama anda simpan, lagi tidak berkualiti biji benih itu. Jangan tamak. Beli dua tiga pek benih sahaja dahulu. Lihat komitmen anda dalam hobi baharu ini. Apabila sudah berjaya dengan benih itu, barulah mula membeli. Takkan lari biji benih yang dikejar itu.

4. Semai Banyak

Apabila teruja menanam, kita ada kecenderungan untuk menyemai sepaket benih yang kita beli. Ya, sepaket! Banyaknya! Saya ambil contoh biji benih kangkung. Sepaket mengandungi sekitar 100-200 biji benih. Bayangkan apabila semua benih tersebut bercambah di dalam bekas kita tanam itu. Hah!? Bukankah satu kerja lain pula untuk kita pindah ke tempat lain.

benih-tumbuh-banyak

5. Takut Buang Anak Benih

Apabila menyemai, saya selalunya akan sarankan satu sehingga tiga benih diletakkan di dalam satu lubang tanaman. Kita tak mahu nanti lubang tanaman kita tanam kosong.

Tetapi malangnya, apabila benih sudah bercambah dan sudah masanya untuk dpindahkan, ramai pekebun amatur tidak berani untuk membuang benih yang tidak elok. “Sayanglah,” antara jawapan mereka.

Mereka akan biarkan anak benih itu tumbuh bersama. Akibatnya anak benih tersebut kedua-duanya akan tumbuh kurus. Ini disebabkan persaingan dari segi cahaya, air dan nutrien.

buang-benih-lebih

6. Pindah Terlalu Awal

Soalan ini paling kerap saya dapat. Bilakah sesuai untuk pindahkan anak benih yang telah bercambah? Ada yang pindahkan sebaik sahaja sudah kelihatan dua daun. Sebolehnya jangan. Pindah hanya apabila daun sebenar muncul. Telah saya tulis di dalam ‘5 Tips Pindah Anak Pokok‘.

anak-benih-sayur

 

Jadi apabila kita mula berkebun ingatlah pesan yang telah saya berikan ini. Sama-sama kita terus belajar memperbaiki cara kita berkebun. Apa pula pandangan anda? Silakan komen. Saya suka ingin membacanya!

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.