Saya dan pelajar saya membuat lawatan ke sebuah ladang sayur berdekatan kolej. Saya lihat memang subur tanaman makcik ini. Jadi saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.

Makcik ini berkebun di kampung sahaja. Cara beliau menanam sawi atas batas mudah sahaja. Beliau membahagikan batas kepada dua jenis batas di kebunnya. Satu batas semaian dan satu batas tanaman.

Saya beri penerangan bagi setiap jenis batas.

Penyediaan Batas Semaian Sawi

  1. Sediakan batas dengan lebar 1 m, panjang 5 m (ikut kesesuaian) dan tinggi 15-30 cm.
  2. Tabur biji benih sawi di atas batas.
  3. Tabur sedikit tanah kering pada atas benih
  4. Gunakan siraman halus pada batas
  5. Tutup batas semaian dengan guni. Siram setiap hari sehingga bibit bercambah
  6. Bibit akan bercambah dalam 2-3 hari selepas disemai
  7. Apabila bibit mula bercambah, tabur dengan baja tahi ayam halus. Halus bermaksud kita perlu ramas sehingga jadi macam serbuk.
  8. Setelah bibit mengeluarkan 4-6 helai daun, bibit sudah boleh dipindah ke batas tanaman

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Penyediaan Batas Tanaman Sawi

  1. Siram pada batas semaian sejam sebelum bibit dipindah
  2. Pindah pada awal pagi atau lewat petang
  3. Cabut dengan berhati-hati bibit sawi sekali tanah agar tidak rosak akar
  4. Tanam bibit dengan jarak 10 cm antara bibit
  5. Tabur baja tahi ayam antara bibit. Elakkan baja terkena pangkal pokok
  6. Siram bibit tersebut
  7. Buat lindungan dengan jaring hitam. Jika tiada jaring hitam, boleh guna pelepah kelapa.
  8. Biar lindungan ini selama 2 minggu
    i. Ini bagi mengelakkan bibit kejutan cahaya matahari
    ii. Memberi masa untuk akar pulih
    iii. Untuk mengelak tekanan hujan turun merosakkan tanaman
  9. Sawi boleh dituai selepas 28 hari

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Cara Membuka Kebun Sayur

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Kunci di sini adalah penggunaan baja tahi ayam. Baja tahi ayam memang sesuai untuk penanaman sayur. Makcik ini sudah 3 tahun tanam di kebunnya hanya menggunakan baja tahi ayam. Bukan tahi ayam segar ya. Tetapi yang telah dikeringkan atau yang telah diproses.

Memang kalau kita lihat kerja ini renyah. Perlu semai dan kemudian alih. Tetapi renyah itulah yang membuatkan kebun makcik ini kelihatan subur.

Tanam Sawi Dalam Pasu

Kaedah ini boleh diamalkan untuk tanam sawi di dalam pasu juga. Kita sediakan sebuah bekas untuk semaian. Semai biji benih sawi di dalam bekas semaian. Pastikan sentiasa lembab.

Apabila benih mula bercambah, tabur dengan tinja ayam halus. Seterus apabila empat hingga lima helai daun keluar, sudah boleh pindah ke dalam pasu lain pula. Satu pasu muat dalam satu hingga tiga sawi sahaja.

Selepas pindah, tabur pula dengan tinja ayam. Tuai setelah umur pokok sekitar 28-30 hari.

Jimat Dari Dapur

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.