Cara Tanam Sawi di Atas Batas Kebun Skala Komersil

Sawi adalah antara tanaman yang mudah di tanam sama ada di atas batas atau pun di dalam pasu. Kali ini saya berkongsi kaedah menanam sawi atas batas oleh seorang pekebun sayur.

Saya dan pelajar saya membuat lawatan ke sebuah ladang sayur berdekatan kolej. Saya lihat memang subur tanaman makcik ini. Jadi saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.

Makcik ini berkebun di kampung sahaja. Cara beliau menanam sawi atas batas mudah sahaja. Beliau membahagikan batas kepada dua jenis batas di kebunnya. Satu batas semaian dan satu batas tanaman.

Saya beri penerangan bagi setiap jenis batas.

Penyediaan Batas Semaian Sawi

  1. Sediakan batas dengan lebar 1 m, panjang 5 m (ikut kesesuaian) dan tinggi batas 15-30 cm.
  2. Tabur biji benih sawi di atas batas.
  3. Tabur sedikit tanah kering pada atas benih
  4. Gunakan siraman halus pada batas
  5. Tutup batas semaian dengan guni. Siram setiap hari sehingga bibit bercambah
  6. Bibit akan bercambah dalam 2-3 hari selepas disemai. Ketika ini kita boleh sudah alihkan guni daripada menutupi batas.
  7. Seterusnya selepas bercambah tabur dengan baja tahi ayam halus. Halus di sini bermaksud kita perlu ramas sehingga jadi macam serbuk.
  8. Setelah bibit mengeluarkan 4-6 helai daun, bibit sudah boleh dipindah ke batas tanaman
guni sungkup batas sayur
Semai Sayur Biji Sawi Hijau
batas bibit semaian sayur sawi

Penyediaan Batas Tanaman Sawi

  1. Siram pada batas semaian sejam sebelum bibit dipindah
  2. Pindah pada awal pagi atau lewat petang
  3. Cabut dengan berhati-hati bibit sawi sekali tanah agar tidak rosak akar
  4. Tanam bibit dengan jarak 10 cm antara bibit
  5. Tabur baja tahi ayam antara bibit. Elakkan baja terkena pangkal pokok
  6. Siram bibit tersebut
  7. Buat lindungan dengan jaring hitam. Jika tiada jaring hitam, boleh guna pelepah kelapa.
  8. Biar lindungan ini selama 2 minggu
    i. Ini bagi mengelakkan bibit kejutan cahaya matahari
    ii. Memberi masa untuk akar pulih
    iii. Untuk mengelak tekanan hujan turun merosakkan tanaman
  9. Sawi boleh dituai selepas 28 hari
baja sawi hijau
jaring hitam kebun sayur sawi
kebun sayur sawi bunga
Setelah 7-10 hari, kita boleh ubah jaring hitam dan biarkan anak pokok tumbuh subur.

Pembajaan Sawi

Kunci di sini adalah penggunaan baja tahi ayam. Baja tahi ayam memang sesuai untuk penanaman sayur. Makcik ini sudah 3 tahun tanam di kebunnya dengan hanya menggunakan tahi ayam sebagai baja utama. Bukan tahi ayam segar ya. Tetapi yang telah dikeringkan atau yang telah diproses.

Kesimpulan

Memang kalau kita lihat kerja pemindahan benih dari batas semaian ke batas tanam ini satu perbuatan renyah. Bayangkan kita perlu semai dan kemudian alih lagi. Tetapi renyah itulah yang membuatkan kebun makcik ini sentiasa dapat menuai sawi sentiasa.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Alhamdulillah…..terima kasih dgn perkongsian…. En. Izham

    .

  2. Alhamdulillah… tips ini sgt berguna utk saya. terima kasih tuan.

  3. mcm mana nak tanam kat kotak polistren ye? minat nak tau..
    tq

  4. Terima kasih kerana sentiasa memberi tips utk tanaman. Alhamdullilah.

  5. Terima kasih saudara izham berkongsi tip penanaman sawi.saya pernah juga menyemai bila ke tanah sawinya mengecil mungkin pembajaan tidak betul

  6. Terima kasih saudara izham berkongsi tip penanaman sawi.saya pernah juga menyemai bila ke tanah sawinya mengecil mungkin pembajaan tidak betul

  7. Terbaik.

  8. Makcik suka dpt email dr Tn Izham.Thn 2017 makcik dah start tnm mcm2 sayuran.Doakan.Jazakallahu khairan katsira atas ilmu yg dikongsi.
    Makcik noticed recently my email to you in late Dec tak keluar n since d new year am not receiving emails either…nak pakai latest hp kan!!! Pls dont take me off your email list…when everthing is ok your emails shud b waiting in my inbox.
    Tq Tn Idzam

  9. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Thanks. Sebesar zarah pun Allah akan pandang, semoga perkongsian ini menjadi sumber pahala daripada-Nya.

  10. Tkasih kpd sdr Izham Alias di atas perkongsian ilmu menanam sawi.
    Semoga akan terus menulis dan berkongsi ilmu pertanian bersama kami.

  11. wow…terima kasih atas info yang amat berguna ini En Izham

  12. terima kasih En.Izham. dapat juga idea untuk sawi dalam pasu.

  13. Satu ilmu yang bermanfaat.
    Terima kasih.

  14. Bsja tahi ayam yg diaksudkan dalam bentiuk palletkah atau emang ada yg dalam bentuk serbuk dijual dinursery? Maaf,saya tak biasa ke nursey.biasaya saya hanya menggunakan thi lemvu.bolehkah tahi lemvu kering menggantika penggunan baja tahi ayam?

  15. Terima kasih atas perkongsian

  16. Alhamdulillah. saya baru berjinak-jinak dalam penaman sawi. bermula dengan semaian di dalam pasu, kini sudah mula belajar membuat batas. terima kasih di atas ilmu yg dikongsikan.

  17. terima kasih. InsyaAllah akan cuba tanam dalam pasu ataupun botol air

  18. Informasi yang sangat baik

  19. boleh cuba nanti

  20. Terimakasih info berguna.. sy baru lepas tanam sawi baru baca artikal ini.. tapi hampir sama cara.. harap2 menjadu..

  21. Satu info yang baik. Secara umumnya kaedah yang saudara nyatakan selari dengan kaedah menanam sayur yang saya buat. Cuma saya kurang memberi baja (tahi ayam, dsb), oleh yang demikian kesuburan sayur saya agak terbatas. Begitu juga saya kurang buat penyiraman, ini juga menyumbang kepada kesuburan tanaman.

  22. Terima kasih atas perkongsian, saya akan cuba cara ni…

  23. Tq en izham… saya belum cuba sawi tetapi baru start dengan okra n chili. Wish me luck

  24. Info yg sgt berguna Insya Allah akan cuba praktilkan

  25. Satu panduan yang sangat berguna, terima kasih atas perkongsian tuan!

  26. Terima kasih En Izham.Kaedah penanaman sawi dalam pasu ni saya dah buat lama dah tapi kurang menjadi.Insyaallah saya akan tanam semula dengan menggunakan baja tahi ayam saja nanti.Saya akan dapat hasil lebih lumayan.T.kasih Izham satu panduan yg berguna.

  27. alhamdulillah.. satu perkongsian yg baik.. insyaAllah dgn panduan ni saya dpt manfaatkannya dgn menanam sawi selepas ini

  28. Alhmdulillah..trima kasih en izham krn sudi kgsi cara nak tanam sawi kt pasu…ilmu yg bermanfaat

  29. Assalam… terima kasih tuan… atas perkongsian yg sangat baik.👍👍👍

  30. Wlkmslm
    Tqvm sudi berkongsi info, saya akan cuba amalkan tip yang tuan beri, doakan pokok sawi saya subur dan berhasil

  31. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini.

  32. Kalau Tabur benih jarang2 , boleh kalau tak pindah kan Bila bercambah ?…

  33. Banyak info berguna . Bila masanya untuk pemburan penghalau makhlok perosak man siput , kumbang dan lain lain . Ada jadual tertentu ke ?

  34. Terima kasih atas panduan. Boleh cuba skrg semasa hujan banyak turun, x perlu byk menyiram. Eh, boleh ke En Izham?

  35. Salam, terima kasih atas perkongsian. Kebetulan br je semai biji benih sawi. Harap2 berjaya..

  36. Salam ,nak tanya sikit..tinja tu taik ayam ke?

  37. Alhamdulillah. Bermanfaat. Terima kasih

  38. Alhamdulillah. Bermanfaat. Terima kasih En Izham.

  39. Tima kasih. Harap lepas ini berjaya tanam. Ada satu pertanyaan…kenapa bila benih sawi saya telah bercambah dalam 2 ke 3 helai daun, tiba2 batangnya akan mengecut dan kemudian layu? TQ

  40. Assalam Tuan,

    Dimana boleh dapatkan baja tahi ayam ye.

  41. terima kasih. saya teringin tanam pokok..tapi saya seorang visual. perlu ada video dan ggambar untuk lakukan step by step

  42. Assalamualaikum…rasa sangat gembira menerima email daripada saudara. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu . Saya sangat-sangat menyukai kiriman email daripada saudara.Ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah merahmati kehidupan saudara.

  43. Terima kasih atas perkongsian tn,insyAllah sy akan menggunakan ilmu yg bermanafaat ini.tk

  44. Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Semifa selepas ini pokok2 aayur2an saya berjaya utk dituai

  45. as salam. terima kasih atas perkongsian ilmu ini. dpt menambahbaikan cara penanaman sawi saya!

  46. as salam. terima kasih atas perkongsian ilmu ini

  47. Terima kasih. Harap ksli ni saya berjaya tanam sawi.

  48. terima kasih atas perkongsian insya Allah nak cuba tanam nanti

  49. Terima kasih atas perkongsian. Like it!

  50. Alhamdulillah perkongsian byang bermanafaat. Tak perlu baja kimia. Terima kasih .

  51. Alhamdulillah, atas ilmu yg telah dikongsikan…wbagaimanapun sy telah terlambat baca artikel ini..sy telah pun pindahkan anak benih sawi dari bekas semaian ke pasu yg lebih besar, sedangkan anak benih tersebut baru tumbuh dua helai daun.Sy harap anak benih tersebut akan terus membesar….ilmu baru ini akan sy praktikkan apabila menyemai benih baru nanti. Terima kasih..

  52. T.kasih atas prkongsian ilmu prtanian.sgt berguna n bermanafaat.

  53. Ilmu yg sgt berguna… kebetulan sy berhajat menanam sayur berdaun, termasuk sawi… tq

  54. Jazakallah

  55. Terima kasih atas perkongsian ilmu..tanam sawi sebenarnya senang..cuma kena usaha sikit diperingkat awal tu…tanaman sawi saya suka dimakan ulat daun hijau…selalu nak kena belek daunnya…macammana mak cik tu tanggani masalah ulat daun?

  56. Terima kasih atas perkongsian..musim hujan ni susah sikit nk tanam. Air bertakung kt batas

  57. salam…terima kasih ats info yang dikongsikan …sungguh bermanfaat bg saya.terima kasih

  58. Alhamdulillah.moga berkat ilmu yg di kongsi.

  59. Memang menarik until mencubanya. Inshallah Musim hujan ni baik untuk mencubanya

  60. terima kasih atas info ini.

  61. Perkongsian yg bermanfaat. Sebelum Ni Sy tanam sawi x mau Dan lambat besar. Bila tuai daunnya keras. Akan Cuba tips Ni Harap berjaya.

  62. Terima kasih atas panduan menanam sawi. Sebelum ni saya pernah tanam sawi tapi tak menjadi. Saya nak cuba lagi berpandukan info yg encik nyatakan di dlm blog ni.

  63. Ilmu yang amat berguna…terima kasih atas perkongsian..

  64. thanks…atas perkongsian cara-cara untuk menanam sawi….sgt bagus dan saya akan cuma praktikkan nya
    insyaallah

  65. Terima kasih atas pengkongsian….dah pernah tanah sawi dalam pasu….bila ubah dari semaian..terus mati sbb tak tahu cara menanamnya. Lagi yang disemai itu juga di makan dek siput ba…… Saya akan cuba tanam lagi mengikut petua En. Izham. Adakah sama cara penamanya dengann sayur kailan. Pernah juga tanam kailan pun tak menjadi….sayur kailan yang disemai tumbuh berangkai antara satu sama lain.

  66. Assalamualaikum. Terima kasih perkongsian yang amat berguna. In Syaa Allah akan dipraktikkan.

  67. T.kasih atas perkongsian, minat sangat untuk tanam sayur-sayuran ttp tak pernah menjadi. InsyaAllah akan cuba kaedah yang disharekan dan harap2 tak kecewa lagi.

  68. Assalamualaikum tuan.
    Saya nak tanya…
    (1) Kalau dlm pasu, size pasu besar mana?.
    (2) Bagaimana pula utk tanam cara haidroponik.
    Sekian dulu.Terima kasih dan Wassalam.

  69. Terima kasih…info ug dpt membantu

  70. Terima kasih cikgu.tumpang dan halalkan ilmu cikgu.

  71. Walaikummusalam. Terima kasih memberi ilmu…sangat menfaat..lagi2 golongan yg tidak mempunyai tanah yg luas..cuma berkebun dalam bandar

  72. Terima kasih En Izham

  73. Terima kasih atas info yg berguna ini .. semoga mendapat manfaat dari artikal ini

  74. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Nak try tanam kat poly bag.

  75. Terima kasih….memang dok terfikir nak tanam sawi…semlm cari biji benih kat tesco…belum jumpa…in syaa Allah…nanti jumpa…makcik cuba tanam…tq..

  76. Maaf bertanya, adakah sawi perlu baja tahi ayam saja, ada pilihan lain ke?

  77. Wa’alaikum salam En Izham.

    Terima kasih.
    Saya dah pernah cuba tanam dalam pasu tapi kurang menjadi.
    In sya Allah dengan info yang diberi akan saya manfaatkan.

  78. Salam sdr Izham,

    Info yng berguna. Sya akan cuba kaedah ini bila musim hujan bertukar nanti.

    Terima kaseh

  79. Alhamdulillah.

    Semoga Allah swt membalas jasa tuan/puan

  80. tk atas perkongsian

  81. Alhamdulillah… terimakasih En Izham yang selalu sedia berkongsi ilmu…

  82. Terima kasih atas perkongsian Tn.

    Boleh Tn bagi pula tips tanam sayur di pallet.

  83. Tk En.Izham atas perkongsian ilmu tanam sawi.nnti saya nak cubalah

    saya nak tanya kenapa saya tanam terung guna teknik pasu dgn baja air AB tak menjadi seperti sebelum ini.saya gunakan serbuk sabut dan tanah yg pusingan pertama yg telah saya keringkan .pokok tak subur adakah guna sabut recycle utk tak bagus.

  84. Terima kasih atas perkongsian…sgt bermanfaat..nak cuba tanam. X pernah lagi tanam sawi..

  85. walaikumsalam en izham sangat bermanfaat terima kasih perkongsian ilmu ni.

  86. Kalau pakai tahi ayam dan tertabur dekat dengan pangkal sawi, adakah ia akan memberikan kesan kepada pokok seperti baja kimia?Mohon maklumbalas. Terima kasih.

  87. Alhamdulillah…TQ bagi ilmu tanam sawi. Boleh bantu saya ni..:)

  88. Ilmu yg sangat bermanafaat.

  89. Terbaik… saya akan cuba perbaiki skill berkebun di laman rumah berpandukan tips di kebun bandar

  90. Aamiiiiin. Alhamdulillah. Tk dgn perkongsian

  91. 👍👍

  92. Terima Kasih atas tips & kongsi ilmu
    saya sebagai pekebun yang baru belajar akan praktikan panduan ini

  93. Waalaikummussalam. Terima kasih atas perkongsian ini.. Pertama kali sy tanam menjadi. Kali ke dua.. Tak menjadi.. Saya nak praktikkan cara ni pula

  94. waalaikumusalam.
    terimakasih en. Izham atas perkongsian.saya mmg senang buat penanaman saya di batas…tp saya letak plastik silver shine sbb tk larat nk cabut rumput.batas mak cik ni bersih.klau tk keberatan bley saya taw mcmna mak cik ni jaga batas dan laluan dia bersih.teknik semburan racun atau sebaliknya..?tksh.

  95. Terima kasih Encik Izham atas perkongsian ilmu

  96. Terimakasih En. Izham atas tips yg berguna. Tak pernah terpikir pulak bab nak hancurkan baja tahi ayam tu. Logik jugak ye…. hahahaha. Terimakasih sekali lagi.

  97. Waalaikumusalam
    Terima kasih atas panduan yg diberi. Masa ini sy ada menanam sawi dlm hidroponik set. Sy letak satu sawi shj dlm lubang hidroponik..adakah ianya membazir atau saya perlu letak 2 atau 3 sawi?
    Selamat bercuti.

  98. Terima kasih di atas perkongsian menanam sawi. In Shaa Allah saya nak cuba.

  99. Assalamualaikum… thanks for information….will be practice after bayam and kailan….

  100. Waalaikumsalam En Izham,
    terima kasih atas tips & juga perkongsian ilmu..
    amat mudah untuk di praktikkan..

  101. Assalamualaikum En. Izham

    Terima kasih atas info. Pernah juga menanam sawi dalam pasu tapi tak berapa nak menjadi. Insyaalah dengan panduan ini saya akan praktikkan.

  102. terima kasih dgn ilmu yang berguna

  103. Assalamualaikum wth.
    Terima kasih tn atas perkongsian ilmu.
    InsyaAllah akan dipraktikkan.

  104. saya tanam dlm kotak polistrin aje kerana kekangan ruangan..terima kasih atas tip2 yg diberi

  105. Saya anak cuba

  106. Terima kasih kerana berkongsi cara menanm sawi dalam pasu ini. Saya suka sangat.

  107. Terimakasih tuan Izham…panduan yang sangat berguna…amat berterimakasih kerana memberikan idea dan tips bernas cara berkebun yang ringkas tapi berkesan.

  108. Terima kasih tops tu….

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!