
Belajar cara tut pokok limau purut dengan kaedah yang mudah dan ringkas. Boleh digunakan untuk pokok lain seperti mangga, limau, rambutan, dan tin.
Hari ini saya kongsikan cara mudah untuk tut pokok limau. Cara ini boleh dipraktikkan pada pokok lain. Konsepnya sama sahaja.
1. Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.
2. Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.
3. Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.
4. Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.
5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.
6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.
7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi.
8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan. Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.
9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu. Tunggu sekitar 4 hingga 8 minggu untuk lihat hasilnya.
10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran.
Pemindahan perlu dilakukan dalam keadaan berhati-hati. Walaupun akar sudah banyak keluar, tidak bermakna akar itu kuat. Kebanyakan pekebun gagal melihat hal ini terutama pekebun amatur. Jika pengendalian semasa pemindahan dilakukan terlalu kasar boleh menyebabkan akar tercedera.
Akar yang tercedera menyebabkan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar yang rosak itu.
Jadi, pekebun perlulah berhati-hati semasa penanaman di dalam bekas. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai ditanam. Cuma siram di keliling tut sahaja.
Lebih elok dipindahkan ke dalam polibeg dahulu sebelum pindah ke dalam tanah. Ini agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.
Amir says:
Info yg bagus
SAARI says:
assalamualaikum saudara izham boleh terangkan kandungan tanah campur?
Izham Alias says:
Paling mudah adalah dengan guna sahaja bahan organik seperti kompos ataupun sabut kelapa halus. Lebih cepat prosesnya.
Zul says:
sesuai tak kalau saya gantikan pembalut plastik dengan sabut kelapa, Bila akar dah keluar saya boleh terus tanam dengan sabut terus. Sesuai ke kalau saya buat mcm ini. tak pernah cuba lagi
Izham Alias says:
Tak disyorkan begitu. Kelembapan yang berterusan menjamin ketumbuhan akar yang sihat. Jika letak sabut kelapa, terdapat peratus tinggi media tanah akan cepat kering. Apabila kering, akar akan terus mati. Proses pengakaran seterusnya gagal.
zamzuri says:
kalau tak guna serbuk penggalak pengakaran boleh tak? Ataupun wajib guna serbuk tu jgk
Izham Alias says:
Tak guna serbuk penggalak akar pun tak mengapa. Cuma perkembangan akar lambat. Sabar menjadi kunci utama di sini.
irwan says:
kat mane nak beli serbuk penggalak pengakaran??
ana says:
Pokok limau kasturi elok ditanam tempat redup @ direct matahari…tq
Izham Alias says:
Mana-mana pokok buah suka akan cahaya matahari penuh. Jadi saya sarankan sesuai jika di tanam di bawah cahaya matahari terik.
sampuna says:
terima kasih saudara kerana berkongsi maklumat berguna ini 🙂 murah rezeki saudara!
Izham Alias says:
Amiin. Sama-sama.
Mohd Nazlin says:
Assalamualaikum Saudara Izham,
Saya ada tanam pokok limau purut. Tanam dalam pasu saiz sederhana.
1. Pokok sering diserang ulat bulu, bagaimana nak elakkan?
2. Pokok tak pernah berbuah, bagaimana pembajaan & penjagaan untuk menggalakkan berbuah
Terima kasih.
Nadia says:
saya pernah jumpa di tesco, bahagian pasu dan tanah
hamdhan says:
salam..tidak perlu kikis ke batang(kabium) sblm meletakkan hormon pengakar?
Izham Alias says:
Boleh je kalau tak kikis. Sebab akar tumbuh di bahagian potongan kulit. Bukan pada bekas kulit yang dibuang.
Hezry says:
Tumpang tanya saudara, perlu ke tanah yang dibalut itu sentiasa dalam keadadaan lembap? kalau perlu bagaimana ?
Dean khan says:
Tuan izham saya ingin tahu dalam proses tut ini adakah saiz diameter dahan mainkan peranan juga..
Marzukhi says:
En izham…sewaktu kita nak pindah pokok yang telah ditut kedalam polibeg atau pasu…perlu tak kita memangkas daun daun pokok berkenaan…terima kasih
Izham Alias says:
Tak perlu. Biarkan sahaja.
lane says:
kalau saya gunakan media peat moss dan cocopeat[campuran kedua dua media] adakah berkesan..sebelum ni guna tanah campuran xmenjadi
Nor Zilawati says:
Thanks, baru plan nak buat tut. Kalau guna madu sbg ganti penggalak akar boeh ke? Sebab pernah baca tp tak pasti.
ISMAIL MAMAT says:
Terima kasih di atas perkongsian tersebut… Alhamdulillah, bertambah ilmu perkebunan.
Zue says:
Assalamualaikum
Saya juga mempunyai masalah sepert En Mohd Nazlin..
1. Pokok limau purut sering diserang ulat bulu
2. Pokok tidak berbuah.
bagaimana nak atasinya.
bagaimana cara terbaik penjagaan pokok limau purut..perlu dipangkas atau sebagainya.
Anna says:
Salam…Pokok mangga boleh di tut ye… ada gambar tak..
Haizi says:
Salam… kenape daun limau purut saya kekuningan je…
Ningkan Gamal says:
Informasi yg menarik.
Izham Alias says:
Sudah baja pokok tersebut?
Izham Alias says:
Boleh. Untuk gambar, google ya.
Izham Alias says:
Waalaikumussalam.
1. Buang secara manual ulat bulu tersebut.
2. Sembur racun organik seperti air basuhan cili kering pedas.
3. Tambah baja NPK biru untuk memulakan proses pembungaan.
Izham Alias says:
Boleh. Saya menggalakkan pembaca untuk mencuba segala macam perkara viral yang ada. Kita tak tahu sehingga kita sendiri sudah mencuba. Tidak salah mencuba kan?
Hassan bin wahid says:
Assalamualaikum tuan. Plastik yang digunakan untuk Tut seperti di atas perlukah di lubangkan untuk disiram. Terima kasih
Izham Alias says:
Tak perlu. Media biar lembab. Balut kemas agar media kekal lembab sehingga keluar akar.
nathan says:
ingin tahu,berapa lama kah Limau kasturi akan berbuah selapas berbunga dan berapa lama kah akan ambil masa untuk buah boleh dikutip.
harap boleh bantu.
Sekian
Nazri says:
Saya ada pokok limau purut, masalah yg saya hadapi adalah, dau limau gugur terlalu banyak. Nak kata kurang air tak juga, nak kata kurang baja tak juga. macam mana nak mengatasinya?
Nik says:
Info menarik
Nik says:
Mcmna nk bagi pokok limau cepat berbuah?
sanadi says:
salam saudara izham, guna peatmoss sbg medium tut ok tak?
miqdad bhd says:
dah lama pasang niat nk tut limau kt belakang rumah tu.Nak pindahkan ke rumah baru.
Semakin teruja nk buat cepat ² sbb x sabar nk menanam.hehehe
Arol says:
Tut boleh dibuat utk semua pokok ke cnth sprti pokok tenggek burung
Izham Alias says:
Boleh.
Jue says:
Terima Kasih…sy baru dok pikir, mcm mana nk tanam pokok limau purut,..buah x ada…anak pokok x ada…kaedah ni amat membantu
*Pokok makcik rumah sebelah
Ridhwan says:
Assalamualaikum, tuan bolehkah pokok buah seperti durian dan rambutan ditut? Terima kasih.
Ana says:
Saya tanam limau purut setahun selepasnya baru berbuah..dan berhenti berbuah hingga kini (dah nak masuk 2 tahun).
Wan says:
Salam tuan, kalau nak buat tut limau kasturi, guna kaedah yg sama ke?
Zainal Abidin Abd Ghani says:
nk komen sikit.penggalak akar disapu pada kulit bhg atas kelaran kerana akar akan tumbuh melalui kulit tu bukan tempat yg telah dibuang kulit.
Apis says:
Nk tanye klau dh buat tutkn…. Kne siram ke hari2?
Izham Alias says:
Sepatutnya tak lah. Sebab kita balut ketat agar air yang ada tak terwap.
azam says:
semua pokok buah boleh k?
Izham Alias says:
Ya semua pokok boleh tut.
razalishahidan says:
Nak tanya, nal kena siram air pada bahagian tut?
Izham Alias says:
Perlu siram sekali sekala untuk elak kering.