Cara Tanam Pokok Limau Purut

Belajar cara tut pokok limau purut dengan kaedah yang mudah dan ringkas. Boleh digunakan untuk pokok lain seperti mangga, limau, rambutan, dan tin.

Hari ini saya kongsikan cara mudah untuk tut pokok limau. Cara ini boleh dipraktikkan pada pokok lain. Konsepnya sama sahaja.

Peralatan:

  1. Gunting
  2. Pisau

Bahan:

  1. Cable tie
  2. Plastik pembungkus
  3. Serbuk penggalak pengakaran (Seradix 2)
  4. Tanah campur

Langkah:

1. Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.

Cara Tut Pokok Limau Purut

2. Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.

Cara Tut Pokok Limau Purut

3. Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.

Cara Tut Pokok Limau Purut

4. Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.

Cara Tut Pokok Limau Purut

5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.

Cara Tut Pokok Limau Purut

6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.

Cara Tut Pokok Limau Purut

7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi.

Cara Tut Pokok Limau Purut
Cara Tut Pokok Limau Purut

8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan. Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.

Cara Tut Pokok Limau Purut

9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu. Tunggu sekitar 4 hingga 8 minggu untuk lihat hasilnya.

10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran.

Pemindahan perlu dilakukan dalam keadaan berhati-hati. Walaupun akar sudah banyak keluar, tidak bermakna akar itu kuat. Kebanyakan pekebun gagal melihat hal ini terutama pekebun amatur. Jika pengendalian semasa pemindahan dilakukan terlalu kasar boleh menyebabkan akar tercedera.

Akar yang tercedera menyebabkan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar yang rosak itu.

emel kebun bandar

Jadi, pekebun perlulah berhati-hati semasa penanaman di dalam bekas. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai ditanam. Cuma siram di keliling tut sahaja.

Lebih elok dipindahkan ke dalam polibeg dahulu sebelum pindah ke dalam tanah. Ini agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Perlu siram sekali sekala untuk elak kering.

  2. Nak tanya, nal kena siram air pada bahagian tut?

  3. Ya semua pokok boleh tut.

  4. semua pokok buah boleh k?

  5. Sepatutnya tak lah. Sebab kita balut ketat agar air yang ada tak terwap.

  6. Nk tanye klau dh buat tutkn…. Kne siram ke hari2?

  7. nk komen sikit.penggalak akar disapu pada kulit bhg atas kelaran kerana akar akan tumbuh melalui kulit tu bukan tempat yg telah dibuang kulit.

  8. Salam tuan, kalau nak buat tut limau kasturi, guna kaedah yg sama ke?

  9. Saya tanam limau purut setahun selepasnya baru berbuah..dan berhenti berbuah hingga kini (dah nak masuk 2 tahun).

  10. Assalamualaikum, tuan bolehkah pokok buah seperti durian dan rambutan ditut? Terima kasih.

  11. Terima Kasih…sy baru dok pikir, mcm mana nk tanam pokok limau purut,..buah x ada…anak pokok x ada…kaedah ni amat membantu
    *Pokok makcik rumah sebelah

  12. Boleh.

  13. Tut boleh dibuat utk semua pokok ke cnth sprti pokok tenggek burung

  14. dah lama pasang niat nk tut limau kt belakang rumah tu.Nak pindahkan ke rumah baru.
    Semakin teruja nk buat cepat ² sbb x sabar nk menanam.hehehe

  15. salam saudara izham, guna peatmoss sbg medium tut ok tak?

  16. Mcmna nk bagi pokok limau cepat berbuah?

  17. Info menarik

  18. Saya ada pokok limau purut, masalah yg saya hadapi adalah, dau limau gugur terlalu banyak. Nak kata kurang air tak juga, nak kata kurang baja tak juga. macam mana nak mengatasinya?

  19. ingin tahu,berapa lama kah Limau kasturi akan berbuah selapas berbunga dan berapa lama kah akan ambil masa untuk buah boleh dikutip.
    harap boleh bantu.

    Sekian

  20. Tak perlu. Media biar lembab. Balut kemas agar media kekal lembab sehingga keluar akar.

  21. Assalamualaikum tuan. Plastik yang digunakan untuk Tut seperti di atas perlukah di lubangkan untuk disiram. Terima kasih

  22. Boleh. Saya menggalakkan pembaca untuk mencuba segala macam perkara viral yang ada. Kita tak tahu sehingga kita sendiri sudah mencuba. Tidak salah mencuba kan?

  23. Waalaikumussalam.

    1. Buang secara manual ulat bulu tersebut.
    2. Sembur racun organik seperti air basuhan cili kering pedas.
    3. Tambah baja NPK biru untuk memulakan proses pembungaan.

  24. Boleh. Untuk gambar, google ya.

  25. Sudah baja pokok tersebut?

  26. Informasi yg menarik.

  27. Salam… kenape daun limau purut saya kekuningan je…

  28. Salam…Pokok mangga boleh di tut ye… ada gambar tak..

  29. Assalamualaikum

    Saya juga mempunyai masalah sepert En Mohd Nazlin..

    1. Pokok limau purut sering diserang ulat bulu
    2. Pokok tidak berbuah.

    bagaimana nak atasinya.

    bagaimana cara terbaik penjagaan pokok limau purut..perlu dipangkas atau sebagainya.

  30. Terima kasih di atas perkongsian tersebut… Alhamdulillah, bertambah ilmu perkebunan.

  31. Thanks, baru plan nak buat tut. Kalau guna madu sbg ganti penggalak akar boeh ke? Sebab pernah baca tp tak pasti.

  32. kalau saya gunakan media peat moss dan cocopeat[campuran kedua dua media] adakah berkesan..sebelum ni guna tanah campuran xmenjadi

  33. Tak perlu. Biarkan sahaja.

  34. En izham…sewaktu kita nak pindah pokok yang telah ditut kedalam polibeg atau pasu…perlu tak kita memangkas daun daun pokok berkenaan…terima kasih

  35. Tuan izham saya ingin tahu dalam proses tut ini adakah saiz diameter dahan mainkan peranan juga..

  36. Tumpang tanya saudara, perlu ke tanah yang dibalut itu sentiasa dalam keadadaan lembap? kalau perlu bagaimana ?

  37. Boleh je kalau tak kikis. Sebab akar tumbuh di bahagian potongan kulit. Bukan pada bekas kulit yang dibuang.

  38. salam..tidak perlu kikis ke batang(kabium) sblm meletakkan hormon pengakar?

  39. saya pernah jumpa di tesco, bahagian pasu dan tanah

  40. Assalamualaikum Saudara Izham,

    Saya ada tanam pokok limau purut. Tanam dalam pasu saiz sederhana.
    1. Pokok sering diserang ulat bulu, bagaimana nak elakkan?
    2. Pokok tak pernah berbuah, bagaimana pembajaan & penjagaan untuk menggalakkan berbuah

    Terima kasih.

  41. Amiin. Sama-sama.

  42. terima kasih saudara kerana berkongsi maklumat berguna ini 🙂 murah rezeki saudara!

  43. Mana-mana pokok buah suka akan cahaya matahari penuh. Jadi saya sarankan sesuai jika di tanam di bawah cahaya matahari terik.

  44. Pokok limau kasturi elok ditanam tempat redup @ direct matahari…tq

  45. kat mane nak beli serbuk penggalak pengakaran??

  46. Tak guna serbuk penggalak akar pun tak mengapa. Cuma perkembangan akar lambat. Sabar menjadi kunci utama di sini.

  47. kalau tak guna serbuk penggalak pengakaran boleh tak? Ataupun wajib guna serbuk tu jgk

  48. Tak disyorkan begitu. Kelembapan yang berterusan menjamin ketumbuhan akar yang sihat. Jika letak sabut kelapa, terdapat peratus tinggi media tanah akan cepat kering. Apabila kering, akar akan terus mati. Proses pengakaran seterusnya gagal.

  49. sesuai tak kalau saya gantikan pembalut plastik dengan sabut kelapa, Bila akar dah keluar saya boleh terus tanam dengan sabut terus. Sesuai ke kalau saya buat mcm ini. tak pernah cuba lagi

  50. Paling mudah adalah dengan guna sahaja bahan organik seperti kompos ataupun sabut kelapa halus. Lebih cepat prosesnya.

  51. assalamualaikum saudara izham boleh terangkan kandungan tanah campur?

  52. Info yg bagus

Anda Mungkin Berminat:

Inginkan Tips Berkebun Lagi?

Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
*Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
error: Content is protected !!