Guna Belacan Untuk Pokok Cili Sihat dan Kuat

/, Penggalak Tumbuhan/Guna Belacan Untuk Pokok Cili Sihat dan Kuat

Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.

Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

Bahan:

  1. Belacan – 100g
  2. Gula molases / gula merah – 100g
  3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

 

Cara buat:

  1. Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  3. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  4. Peram selama sebulan.
  5. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara guna:

  1. 10 mL pati + 2 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali

Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Pernah cuba? Jom komen di bawah.

Sumber:

  1. Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
  2. Sara Saad
Masalah Pokok Cili

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-03-15T19:29:36+00:00 December 24th, 2015|Baja, Penggalak Tumbuhan|115 Comments

115 Comments

  1. abuya 18/01/2016 at 3:23 am - Reply

    saya nak cuba dan terima kasih

  2. Nani 30/01/2016 at 10:19 am - Reply

    Menarik tu…saya akan cuba..tkasih atas info tersebut

  3. Zurainny Ismail 13/02/2016 at 12:17 pm - Reply

    Tak sangka pulak belacan blh jadi baja pokok cili. Blh try pd pokok cili saya yg masi blm berbunga.

  4. Mary hayati 24/02/2016 at 11:02 am - Reply

    Alhamdullillah. Terima kasih Izham Alias. Maklumat berguna dan mohon izin untuk share dengan family dan rakan-rakan.

  5. Noorzaini 16/03/2016 at 11:42 am - Reply

    Tq Tn Admin Izham Alias. Nak cuba jugak lah

  6. Fuziah Isa 17/03/2016 at 7:02 am - Reply

    Tak kuat ke bau nys. Takut lalat banyak nanti

    • Izham Alias 17/03/2016 at 10:57 am - Reply

      Takdalah kuat baunya. Ini kerana jumlah belacan yang digunakan tidak banyak. Bau manis nanti setelah siap diperam.

  7. Yanty 22/03/2016 at 11:14 am - Reply

    Kalau guna yg ni dh x perlu bg baja lain lg dh ke?

  8. Cenderawasih kayangan 25/03/2016 at 2:43 pm - Reply

    Assalamualaikum…boley utk semue pokok ker???

  9. laura mazlin 25/03/2016 at 4:40 pm - Reply

    mol udang sama tk ngan mol belacan ni..

  10. tasnim 28/03/2016 at 11:39 am - Reply

    kalau guna nisey (kelantan) boleh ke?

  11. Ahmad Omar Kaya 30/03/2016 at 12:40 pm - Reply

    Saya nak cuba pada kebun cili centil saya. Mudah mudahan akan kuat antibodi dia, Insyallah.. Terima kasih berkongsi ilmu tuan

  12. Qwerty 04/04/2016 at 2:04 pm - Reply

    Boleh guna dekat pkok bunga takk?

  13. Mazidah 11/04/2016 at 2:50 pm - Reply

    hmmmm…menarik…..apakata kita gunakan cencalok atau budu….atau ikan pekasam…..

  14. Mahfodz Abd Hamid 12/04/2016 at 10:07 am - Reply

    Terima kasih Izham.
    Info yang sangat berguna.

  15. Zauyah syed 19/04/2016 at 5:55 am - Reply

    Terima kasih Tn Izham…info yg sgt berguna…insyaAllah akan dicuba.

  16. Www.kebunbandar.com 20/04/2016 at 8:04 am - Reply

    Terima kasih Izham.Info yg sangat baik
    Semoga amaljariah anda diterima Allah.Aaminnn

  17. mieza 20/04/2016 at 12:08 pm - Reply

    saya dah buat. lagi dua mggu siap! yeay!! kalau x sabar n guna awal skit ade effect x?

    • ottromen 22/04/2016 at 5:23 pm - Reply

      xboleh guna awal nnt pokok bertukar jd raksakse..heeeeee

      • mamat 04/05/2016 at 4:07 pm - Reply

        mcm mn tu…pokok bertukar jd raksakse..hehehehehe lawak lah..

  18. juffry 29/04/2016 at 11:20 am - Reply

    Comment…nice info

  19. fivesoul 03/05/2016 at 1:38 pm - Reply

    hahaha…nanti kena panggil upin ipin pulak

  20. mamat 04/05/2016 at 4:10 pm - Reply

    berapa lama boleh tahan cairan ni..karang busuk pulak bila simpan lama2..yelah kebun sekakang kera jer.kang sembur hari2 mati pulak pokok tu..

    • Izham Alias 06/05/2016 at 8:25 am - Reply

      Selama 6 bulan. Boleh buat dalam kuantiti sedikit. Kurangkan mengikut nisbah yang sesuai.

      • Marzukhi 27/07/2016 at 10:43 am - Reply

        Boleh guna hingga 6 bulan ye….mcmna tu ..perlu simpan dlm peti ais ke atau letak kat luar saja

        • Izham Alias 04/08/2016 at 8:53 pm - Reply

          Boleh simpan di luar. Pastikan bekas ditutup rapi agar lalat tak masuk bertelur.

          • Susila 10/11/2016 at 6:41 pm

            Tk En.Izham Alias infonya sgt bermanfaat,nak tanya bekas itu blh simpan dlm almari sehingga sebulan utk mengelakkan bau busuk semasa sedang di peram?

    • SUEFARINA AFFENDI 16/10/2016 at 11:16 am - Reply

      Ok jugak guna belacan ni.. bole halau cik ke (kera).. 🐵🐵🐵 hehee

  21. marsila binti abd, jalil 05/05/2016 at 2:34 pm - Reply

    Tk dpt info saya nak Cuba guna belacan tu.sebelum iniI saya guna gula merah + Tempe+ air utk Baja.utk racun guna sabun serbuk+air+ baking soda tgk dr fb

  22. deddy 07/05/2016 at 7:22 am - Reply

    selamat pagi tuan kalau guna soda beking buat organik bole tak

    • Izham Alias 08/05/2016 at 7:56 pm - Reply

      Boleh

    • deddy 16/05/2016 at 12:44 pm - Reply

      trima kasih tuan informasinya smoga menjadi berka tapi saya macam kurang faham berapa cc di guna dalam air 10 liter tua karna saya guna gendong pom bikin semprot cilih padi dan baruh2 ada 2.50 pokok cilih padi saya cabut dan bakar karna saya tak dapat atasi penyakit keriting dan yang lain masi ok lagi muda mudahan tak d serang lagi sprti masa yang lalu smga tuan selalu di berkati

  23. Lias 08/05/2016 at 11:13 pm - Reply

    Tuan izham..
    Gula merah ni sama ke dgn nisey kelantan??

  24. saridah 09/05/2016 at 4:25 pm - Reply

    tqsm atas petua…

  25. Soo 16/05/2016 at 8:45 am - Reply

    Sayur kobis diserang serangga teruk! Sama dengan sayur…daun buah anggur , terung dan bendi. Sesuai spray atas daun dan buah? Lepas buat boleh simpan dalam botol spray berapa lama? Terima kasih.

  26. Amy 16/05/2016 at 9:05 am - Reply

    Apakah bisa di gunakan untk tnamn padi..trimaksih smua infonya sungguh sangat bermanfaat

  27. ummie 16/05/2016 at 9:15 am - Reply

    info yg bagus..terbaekkk..lps ni blh tnm pokok cili byk2😃tq admin

  28. Mohd Akmal 16/05/2016 at 9:16 am - Reply

    wow boleh saya cuba untuk pokok strawbery? utk pengetahuan tuan saya ade menanam pokok strawbery dan berbunga, tetapi malangnye tidak berbuak kerana bunganye layu setelah 2minggu? harap dapat tips untuk dapat buah. saya duduk di kuantan adakah faktor cuaca panas?

  29. norita 16/05/2016 at 9:51 am - Reply

    mcm pokok cili jambak saya…skrg dah jadi tempat semut hitam lepak…
    jirus dgn air abu tak jadi…

  30. supiah 16/05/2016 at 9:54 am - Reply

    الحمد لله
    terima kasih Izam

  31. Ningkan Gamal 16/05/2016 at 10:22 am - Reply

    Terima kasih tuan Izham. Info yang sangat berguna. Nak cuba untuk pokok limau kasturi juga.

  32. Miss mira 16/05/2016 at 10:37 am - Reply

    Saya dah cuba tuan, nyata berhasil

  33. zie 16/05/2016 at 10:39 am - Reply

    tq share…. sy bru semai benih cili, boleh la start buat baja belacan ni…hihi

  34. Tg zamihah 16/05/2016 at 11:37 am - Reply

    Info yg sgt berguna…hmm saya ada 2 pokok cili yg tumbuh sendiri dah berbuah…nanti blh ls try buat baja belacan ni..tq

  35. Cik Long 16/05/2016 at 12:10 pm - Reply

    Terima kasih atas ilmu yg dishare tn Izham. Esok nk cuba buat.

  36. mat 16/05/2016 at 12:16 pm - Reply

    Info yang bermanfaat…

  37. Fatimah Mahmud 16/05/2016 at 12:41 pm - Reply

    terima-kasih encik idham.. saya baru mula menanam pokok cili.. baja belacan nii ada bau tak? saya tinggal di estet perumahan HDB.. risau jugak takut ada jiran yg komplen..

  38. Raffe zam 16/05/2016 at 12:57 pm - Reply

    Info yang sungguh berguna .. kebetulan saya baru tanam cili tapi dah mula daunnya melecur ..
    Saya akan Cuba ..
    Terima kasih tuan

  39. Awang Iman Awang Jaya 16/05/2016 at 8:48 pm - Reply

    Info yg berguna.terima kasih.

  40. wan 16/05/2016 at 11:17 pm - Reply

    tuan izham..kalau pokok cili dah mula berbunga atau berbuah masih perlu kita spray dari daun hingga ke batang atau hanya memadai kita titis dibahagian perdu?

  41. Shiralati 17/05/2016 at 5:48 am - Reply

    Tkaseh. Sy dah cuba mmg berkesan.

  42. Norizam 17/05/2016 at 1:02 pm - Reply

    Terima kasih.,nanti saya akan cuba.

  43. Jaswati Rukillman 17/05/2016 at 3:01 pm - Reply

    Pokok cili api sy sedang lebat berbuah. Tetapi sejak hujan 2 – 3 minggu ni, pokok jadi layu dan gugur daunnya. Apa perlu saya buat dgn pokok2 tu. Sebelum ni panas, skrg hujan, mungkin perubahan cuaca.

  44. Noraidah Mahat 18/05/2016 at 12:12 pm - Reply

    T.kasih..npk gaya balik kg angkut byk2 belacan…

  45. Ros putih 18/05/2016 at 8:35 pm - Reply

    Trima qaseh d ats prkongsian ilmu…sya br brjinak tuk kitchen garden…br tnm pokok cili padi…stkt ni sya gna baja kopi..
    Alhamdulillah blm da sbrg masalah…nnti nk try bja belacan ni plk… 😀

  46. Anton 20/05/2016 at 8:14 am - Reply

    Boleh juga tuh di coba, makasih infonya

  47. Kadir 20/05/2016 at 9:55 am - Reply

    Pernah tanam cili besar, pokok cantik daun hijau, bunga memutih, tiba-tiba satu hari melayu, daun layu , bunga gugur, saya cabut, rupa akar sudah diserang, boleh jadi anai-anai atau fungus, silap saya menanam cili ditempat yang sama saya tanam cili sebelumnya, lupa nak rotate,

  48. Abu Bakar Sanusi 20/05/2016 at 10:23 pm - Reply

    Tips yg Beguna. boleh dicuba klu berjaya nanti boleh tanam cili banyak2

  49. norazizah 21/05/2016 at 12:17 am - Reply

    Assalamu’alaikum. Saudara Izham. Maklumat yg amat berguna. Tqsm.

  50. Effendy 21/05/2016 at 2:09 pm - Reply

    Belacan+ molases+air
    Dah sama mcm EM pula.
    Boleh cuba ni.
    Tq admin.

  51. Abu Bakar Sanusi 22/05/2016 at 8:00 pm - Reply

    Dah buat tadi.

  52. Nor Hayati 23/05/2016 at 10:20 am - Reply

    Assalamualaikum.

    Pokok rose saya diserang serangga kecil berwarna hitam yang melekat di belakang daun…apakah racun yang sesuai?

    • Shukri 22/07/2017 at 9:49 pm - Reply

      bender daun limau purut atau buahnya sekali bersama air…tapis dan semburkan pada pokok.

  53. deddy 26/05/2016 at 8:18 am - Reply

    saya suda buat tuan belacan dan gula merah tu tapi blum guna la karna blum genap sebulan smga artikel ini menjadi berka

  54. Zul Omar 30/05/2016 at 7:47 pm - Reply

    Ty tn…info yg sgt berguna…

  55. Gary 01/06/2016 at 10:24 am - Reply

    Tuan,

    Saya ada dua soalan yang ingin diajukan pada tuan

    Pertama: Saya ada menanam pokok manga yang rasa usianya da setahun. Bila kah pokok ini akan berbuah.

    Kedua: Sila terangkan cara-2 yang betul untuk menjaga pokok Bonzai seperti jjenis bajanya/Tanah/ matahari dan lain-2

    Sekian terimakasih

    Salam

    • ahmad 15/12/2016 at 9:51 am - Reply

      pokok mangga tuan umur daripada biji atau daripada cantuman mata tunas..kalau daripada biji 6 tahun baru berbuah..kalau daripada cantuman dalam 3 tahun dan mula berbunga

  56. emily 15/06/2016 at 10:04 am - Reply

    salam sejahtera. saya ada semai benih cili tetapi masih x keluar anak pokok. baja ni sesuai x untuk disiram padan benih ini

    • Izham Alias 16/06/2016 at 10:29 am - Reply

      Boleh guna. Cuma guna dalam keadaan cair. Jangan pekat.

      • Emily 19/06/2016 at 7:22 pm - Reply

        Tuan, baja belacan yang diperam berulat. Adakah ini perkara biasa?

  57. Maisarah 10/07/2016 at 12:15 am - Reply

    Thanks en izham atas in4 baja ni..saya mmg peminat tegar cili api ..sblum ni saya mmg dah frus tanam pokok cili..dri semai benih hingga saya bli pokok dr nursery..smuanya x tahan lama..moga2 lpas ni smuanya akan berubah.

  58. Irwan Ramli 20/07/2016 at 12:34 pm - Reply

    sembur kat pokok hidroponik boleh?

    • Izham Alias 04/08/2016 at 8:55 pm - Reply

      Boleh juga.

      • Norman Speedy 17/09/2016 at 12:19 am - Reply

        assalamualaikum..bro izham..boleh ke menambah jumlah sukatan belacan dan gula merah..dlm kuantiti yg byk…

        • Izham Alias 01/10/2016 at 5:47 am - Reply

          Waalaikumussalam. Boleh. Gandakan mengikut nisbah yang sesuai.

  59. rohani 21/07/2016 at 11:07 am - Reply

    terima ksih ats sharing yg menarik.. sy nak cuba gak ler…

  60. shahidah 05/08/2016 at 8:55 pm - Reply

    tgh menghitung hari tgu baja belacan cukup sebulan..xsabaq nak try..huhuhu.hari2 sedih tgk cabai.
    bleh guna jugakkan untuk lada benggala??

  61. Narimah 16/08/2016 at 4:29 pm - Reply

    ..saya dah cuba…untuk pokok cili dan terung…nampak subur…banyak buah…TQ..

  62. mr power 21/08/2016 at 8:13 pm - Reply

    Tkasih atas ilmu yg sgt berguna ni, encik Izham Alias, saya pun nk cuba la. Kalau cili fertigasi pun boleh ke?

  63. syahidatul 28/08/2016 at 12:21 pm - Reply

    assalamualaikum En Izham.. boleh tak En Izham kongsikan sikit tentang tanaman hidroponik? dan cara penanamannya.

  64. Ulat buku 06/10/2016 at 2:12 pm - Reply

    Cili besar saya nampak sihat, daun hijau dan segar tapi buah gugur sebelum matang. Rasa2 kalau buat baja ni dapat menyelesaikan masalah ni tak?

    • Izham Alias 13/10/2016 at 6:27 pm - Reply

      Berdasarkan keterangan ini, saya fikir cili tuan telah diserang lalat buah. Perlu guna cara elak lalat buah. Itu lebih berkesan.

  65. ferwani 13/10/2016 at 3:37 pm - Reply

    Info yg menarik dan kos yg murah. Terimakasih tuan Izham. Saya nak cuba.

  66. sharina 15/10/2016 at 8:03 am - Reply

    Bagaimana nk merawat pokok bendi yang rosak? Banyak koya dan daun menjadi layu sebelum waktu.

    • jojo 03/12/2016 at 3:02 pm - Reply

      guna racun malathion jerr

  67. sharina 19/10/2016 at 11:17 pm - Reply

    Assalam Izham, boleh ke saya letak ampas kelapa atau teh terus ke akar pokok cili yg dtanam dlm poly bag atau saya perlu tambah kompos atau tanah utk menutup akar pokok cili tersbt? Stk

  68. Zabidah 17/11/2016 at 4:46 pm - Reply

    Terima kasih atas info baja dengan belacan, saya akan mencubanya.

  69. Shamsul 20/11/2016 at 10:40 am - Reply

    Boleh guna utk pokok padi x

  70. Zayree 04/12/2016 at 9:22 pm - Reply

    Assalam.ingin bertanya lanjut.bekas encik kata tutup dengan kain kasa tu, di tutup terus sepenuhnya dengan penutup bekas? Atas hanya di tutup dengan kain kasa sahaja dan biarkan terdedah?

  71. Mohamad 12/12/2016 at 12:32 pm - Reply

    Ambil pati sahaja ya… yg air rendaman dibuang ya tuan

  72. Arafan bin Bakan 14/12/2016 at 10:31 pm - Reply

    Tks Tuan…..infonya saya nak coba

  73. Kamaruddin 01/01/2017 at 6:54 pm - Reply

    Terima kasih tuan izham…. Info yg sgt beguna

  74. rizal 02/01/2017 at 4:17 pm - Reply

    aslmkum…utk kongsi ngan kekawan yg tanam cili sekangkang kera di belakang umah..saya selalu praktikkan guna daun pandan yang di potong2 dan diletakkan dipangkal pokok cili ..allahamdulilah tak de kena serangan serangga perosak dan kulat…selamat mencuba..

  75. zubir 12/01/2017 at 11:17 pm - Reply

    Tq..sy mmg nak cuba ….

  76. Hazlin 21/01/2017 at 1:47 am - Reply

    Kalau saya cmpur dgn racun serangga mase saya nk racun pokok blh x?

  77. Yus 28/01/2017 at 2:25 pm - Reply

    Mudah dan jimat…terima kasih en izham bg info

  78. Azri Zainal 12/02/2017 at 10:36 am - Reply

    tuan kalau sewaktu peraman ada ulat masuk boleh kah? di teruskan peraman atau dibiarkan saja.

  79. Norzianah 13/02/2017 at 11:45 am - Reply

    terima kasih cikgu

  80. Yus Nor 27/02/2017 at 8:09 am - Reply

    kalau untuk tanaman sawi blh juga ke?

  81. sham saimon 10/03/2017 at 11:00 pm - Reply

    tqvm en izham

  82. Hafiz Shaari 13/03/2017 at 3:45 pm - Reply

    Tuan Izham boleh kah kita sembur pada usia pokok cili dah 4bulan @ tengah lebat berbuah?walaupun menggunakan racun kimia masih ada pokok yg kena serang penyakit. Adakah penyemburan campuran belacan & gula merah ini tidak memberi kesan pada buah & dapat merawat pokok yg berpenyakit (bawaan Hamama/kutu trip)?..terima kasih atas perkongsian dan penjelasan..semoga dimurahkan rezeki tuan..in sya Allah

  83. pak mat 15/03/2017 at 8:38 pm - Reply

    Assalamualaikum Izham Alias, jika pak mat taruh bahan pengawet ke campuran belacan dan gula merah ini, adakah menjadi satu kemudaratan?

  84. ahamd 21/03/2017 at 9:41 pm - Reply

    terima kasih en izham..pokok cili saya berbuah dengan lebat.start beli anak pkok masa kat MAHA 2016 haritu..salah satu darinya terbantut.sebab medium tanah kurang sesuai. selepas pindahkan pada tanah lain(dalam pasu) berbunga dengan cepat sekali setelah disembur dengan formula belacan+cili..

  85. Rashidi 05/04/2017 at 8:40 am - Reply

    Teruja nak try ni…trime kasih tuan. Sya akan cube utk cili n buah tin sya…

  86. yaayah 07/07/2017 at 1:10 pm - Reply

    wahhh… belacan pun boleh jadi baja..kena try ni. tq en Izham

  87. Dayana 22/07/2017 at 10:53 pm - Reply

    Kalau x de gula tu bole guna gula melaka x …..

  88. NUR AMIRA SONIA BINTI ABDULLAH 04/08/2017 at 11:00 am - Reply

    info yang menarik..terima kasih.

Leave A Comment