Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah

//Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah

Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah saya kongsikan di Kebun Bandar.

Bahan:

1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)

Kisar (A)

1. Kulit pisang (700g)

2. Kulit udang (belum dimasak) (200g)

3. Kulit telur (100g)

Alat:

1. Bekas besar

2. Botol plastik 1.5 L

Cara-cara:

1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata

2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.

3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.

4. Peram selama 20 hari.

5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah

Penggunaan:

1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200 mL air.

2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali.

 

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:

1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan

2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran

3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok

Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah

Kesan penggunaan baja organik cecair buah

Diadaptasi dari sumber: Tuan Harris Aziz

Masalah Pokok Cili

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-10-21T11:05:52+00:00 June 3rd, 2014|Blog|104 Comments

104 Comments

  1. petaniMentah 10/06/2014 at 10:39 pm - Reply

    kalau pokok tu dah besar…perlu kan lagi ke baca mcm ni/cthnya pokok buah kuini…bila dah pokok tu ‘remaja’, susah sikit nak sembur pada daun sebab daun nya dah tinggi?

    dan semua jenis pokok buah ke sesuai?

    maaf ya budak baru belajar…terima kasih..=)

    • Izham Alias 25/11/2015 at 6:00 pm - Reply

      Sesuai untuk semua jenis pokok buah. Kalau sudah besar, terpaksalah panjat. 😉

      • fairuz 09/08/2016 at 5:36 pm - Reply

        mesin sembur berenjin dengan tekanan tinggi sesuai

    • shurdi 31/10/2016 at 9:03 pm - Reply

      ape maksud baja air itu 1:10

  2. zakaria 26/07/2014 at 11:17 pm - Reply

    Salam en izam, selamat hari raya.kcg panjang renek telah naik subur.tak sempat nak hantar gambar kat en izam.tapi sekrg saya kat kg, batu pahat.risau juga tak dpt siram tiga hari.nanti balik raya kita jumpa lagi utk belajar byk teknik lagi dr en izam.

    • Izham Alias 25/11/2015 at 6:04 pm - Reply

      Waalaikumussalam En Zakaria. Insya-Allah saya sudi membantu mana yang patut.

  3. […] mengikut langkah yang tertulis di baja organik cecair, kami mula memerap baja organik […]

  4. Zurainny Ismail 01/10/2014 at 2:12 pm - Reply

    Resepi baja organik ni best sebab kesemua bahan mudah diperolehi. Terima kasih krn sudi berkongsi ilmu. 😀

  5. CeritaMama 19/10/2014 at 10:18 pm - Reply

    Thank you for sharing.. 🙂

  6. lis 13/12/2014 at 10:49 pm - Reply

    Bilik tingkap yng luas dan bagus pencahayaanya…
    Jika mlm kami guna aircond sesuai ke untk pertumbuhan pokok..

    • Izham Alias 25/11/2015 at 6:03 pm - Reply

      Saya sarankan saudari cuba dahulu. Mungkin tiada masalah.

  7. muhammad yassin 17/12/2014 at 12:47 am - Reply

    kalau guna gula melaka bolek tak

    • Izham Alias 25/11/2015 at 6:02 pm - Reply

      Boleh tiada masalah.

      • nurul ain 21/02/2017 at 6:46 pm - Reply

        kalau x ada kulit udang boleh ganti dengan bahan apa ?

  8. jual anak pokok tin 22/01/2015 at 9:14 am - Reply

    perkongsian ilmu yang sangat berguna dan recyle…

    terima kasih..

  9. Ahmad 16/02/2015 at 12:15 pm - Reply

    “Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran”

    Saya inginkan penjelasan berkenaan tentang unsur surih. Apa dia unsur surih?

    • Izham Alias 25/11/2015 at 6:02 pm - Reply

      Unsur surih atau trace element adalah unsur selain NPK yang diperlukan tumbuhan dalam kadar sedikit untuk membesar dengan baik.

  10. A. Bakar 03/03/2015 at 12:14 pm - Reply

    Assalam mualaikum… Saya dah cuba buat baja organik cecair ni. Berkesan juga untuk sayuran berdaun kerana daun bayam merah yang saya tanam menjadi lebar dan warnanya juga pekat. Yang lebih menarik berfungsi juga sebagai penghalau serangga dan hama. Sebelum menggunakan baja ini terdapat banyak hama dan kutu (berwarna putih), tak pasti pulak namanya dibawah daun cili. selepas membuat tiga kali semburan, saya dapati hama dan kutu ini tiada lagi.

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini.

    • Izham Alias 25/11/2015 at 6:01 pm - Reply

      Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Teruskan mengguna baja organik untuk tanaman tuan.

  11. raffizan 15/05/2015 at 10:37 am - Reply

    proses pemeraman selama 20 hari tu di buat pada tempat gelap atau letakkan sahaja ditempat terang?

  12. wan hussein 19/05/2015 at 9:37 pm - Reply

    Tuan, selain kulit pisang dan kulit udang, ada lagi tak bahan lain yg sama unsur?

    • Izham Alias 01/06/2015 at 1:15 pm - Reply

      Cari kulit buah yang sama warna dengan pisang iaitu kuning. Untuk udang, boleh guna haiwan laut yang lain.

    • Amir 13/07/2016 at 1:49 pm - Reply

      belacan pon boleh

  13. Nur Fatimah 29/05/2015 at 9:12 am - Reply

    Nk tnye baja em ni de expired ke?

  14. Ahmad 29/05/2015 at 4:05 pm - Reply

    menarik, kebetulan saya jumpa artikel jabatan pertanian dalam kosmo tunjukkan kaedahyang lebih kurang sama.

  15. Faizal 14/09/2015 at 1:05 pm - Reply

    EM= Effective Microorganism. pernah beli dulu dan guna,memang Nampak kesannya..
    Boleh juga spray dekat najis haiwan untuk kurangkan bau…

  16. Izz 06/10/2015 at 12:31 pm - Reply

    bagaimana keberkesanan bila guna EM jenis serbuk? TK

  17. Aisyah Barkat Shaik Mohamed 29/10/2015 at 11:39 pm - Reply

    Dalam polibeg boleh guna semburan ini ke? Dalam polibeg, lepas guna NPK 15:15:15, boleh ke saya sembuh pula?

    • Izham Alias 30/10/2015 at 12:06 pm - Reply

      Boleh. Semburan ini sesuai untuk semua jenis tanaman.

  18. Arif 05/11/2015 at 9:25 pm - Reply

    Terima kasih ilmunya. saya terapkan di Indonesia

  19. k.parvathy 25/11/2015 at 4:16 pm - Reply

    encik , tak ada ke benih organic free yang kita boleh cuba dulu

  20. k.parvathy 25/11/2015 at 4:20 pm - Reply

    enick ,bekas yang diperap tu, kena tutup dengan kain, ke, ataupun penutup botol kan sudah ada, terima kasih

    • Izham Alias 25/11/2015 at 5:57 pm - Reply

      Elok ditutup dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk. Tak boleh tutup terlalu ketat. Takut nanti meletup apabila dibuka nanti.

  21. k.parvathy 25/11/2015 at 4:22 pm - Reply

    encik, kalau kita tanam dlm bekas dan letakan di bawah tingkap, dlm garaj, serangga perosak seperti siput mesti wujud kan

    • Izham Alias 25/11/2015 at 5:58 pm - Reply

      Bergantung kepada situasi. Sebolehnya jaga sebaik mungkin agar tiada siput datang makan.

  22. fadzil 13/12/2015 at 12:16 am - Reply

    salam izham,
    adakah perlu di tambah baja lain atau hanya gunakan baja ini sahaja.

  23. jaedah 14/12/2015 at 3:09 pm - Reply

    aslm izham..selain kulit telur apakah bhan sesuai yng digunakan?

  24. jaedah 14/12/2015 at 7:53 pm - Reply

    dan nak tnya kenapa bhn itu perlu diperam serta penggunaan die brpe hari sekali?

    • Izham Alias 15/12/2015 at 4:18 pm - Reply

      Perlu peram agar mikrob dapat menguraikan enzim-enzim untuk kegunaan pokok.

  25. zamzuri 15/12/2015 at 4:12 pm - Reply

    nk tny sikit berkenaan bahan2 utk membuat baja cecair organik tu, kulit pisang tu dari kulit pokok pisang ke atau kulit dari buah pisang ?

    • Izham Alias 15/12/2015 at 4:18 pm - Reply

      Kulit buah pisang.

      • wan 11/05/2016 at 2:16 pm - Reply

        jika kita kisar sekali dgn isi buah pisang, bermasalah x cik izham?

  26. kak fida 19/12/2015 at 10:44 am - Reply

    salam en izham …macam mana nak halau siput babi…sedih la ,hari ni ada daun esok pagi tengok dah gondol..

    • Izham Alias 21/12/2015 at 6:56 am - Reply

      Paling terbaik adalah dengan guna racun siput iaitu siputox.

    • Husba 04/03/2016 at 8:59 pm - Reply

      Boleh juga tabur garam..

      Atau tangkap siput, tabur garam kat badan dia.

    • Celestine Jupa 07/05/2016 at 5:30 pm - Reply

      mungkin agak terlewat jwpnnya, saya kongsi sikit tips.

      Jerat Siput

      Peralatan
      1) Suratkhabar/kertas/kotak
      2) Pasu kosong (tanah liat) saiz sederhana/bekas lutcahaya yang gelap/bata*/papan kecil*
      3) Air

      Umpan
      1) Daun-daun pokok/ daun-daun sayur/ Buah tomato

      Caranya:
      1) Hamparkan suratkhabar di tempat laluan siput dan letakkan di sebelah tanaman.
      2) Taburkan daun-daun di atas hamparan suratkhabar tadi.
      3) Basahkan sedikit suratkhabar sehingga separa lembab,.
      4) Tekupkan pasu tadi secara terbalik di atas hamparan suratkhabar tadi, jikalau boleh, sembunyikan umpan dibawah pasu.
      Sekiranya menggunakan bata, umpan dibiarkan di sekitarnya.
      5) Selepas bebearapa hari, periksa jerat dan buang siput2 yang datang kenduri tadi.

      Semoga berjaya.

  27. Rahmah 30/12/2015 at 12:51 am - Reply

    Baja organik perlu disembur setiap hari atau seminggu sekali? Mohon pencerahan.

  28. Gila-Gila Kebun 31/12/2015 at 1:50 am - Reply

    Salam encik izham..bahan apa yang tinggi kandungan nitrogen..ada resepi untuk membuat baja cecair orgabik yg tinggi kandungan nitrogen x..selain kulit telur,bahan apa yang tinggi kandungan phosporus..t kasih..

  29. burhan 06/01/2016 at 8:58 am - Reply

    salam,
    selain kulit udang hewan laut sepert balad bolehkah digunakan?

  30. ingin tahu 14/01/2016 at 12:36 am - Reply

    Boleh x digunkn utk pokok kelapa sawit.. jika boleh bgaimana jika pokok sawit tu tinggi.mustahil utk kita pnjat pokok sawit.

    • Izham Alias 17/01/2016 at 9:31 pm - Reply

      Boleh. Dan jawapannya sudah ada pada Tuan ‘ingin tahu’. 😉

  31. Amirul 17/01/2016 at 1:41 pm - Reply

    Assalamualaikum.
    Sy ad 2 pkok klapa yg trbntut ktinggian,pokok klapa prtme dh brbuah,pkok klapa kdua tk brbuah..pdahal kdua pkok tu mmbsar pda wktu yg sme,ap yg prlu dbuat?

  32. burhan 20/01/2016 at 8:55 am - Reply

    Assalamualaikum.
    Bolehkah kalau kita guna udang dan telur (bukan kulitnya saja)?

  33. Dzul 21/01/2016 at 12:15 pm - Reply

    Salam tuan selain guna haiwan laut.klu guna ketam n udang dlm bendang blh x?kt kg sy ada byk. 🙂

  34. Jonius Yaga 01/02/2016 at 8:02 pm - Reply

    salam, baja ini boleh untuk pokok sawit?

  35. Nazri 03/02/2016 at 2:14 pm - Reply

    Assalam. Boleh ke kita masukkan sebotol yakult sbg tambahan

  36. Hi Nasir 06/02/2016 at 11:50 pm - Reply

    Assalamualaikum saudara Izham…. Apa fungsi gula merah…tk

  37. Mohd Jani Mohd Taib 15/02/2016 at 12:45 pm - Reply

    Baru terjumpa website ini sangat berminat untuk menimba pengalaman …. terima kasih.

  38. Mohd Jani Mohd Taib 18/02/2016 at 9:02 am - Reply

    Assalamualaikum sdr Izham ….
    Saya baru cuba2 tanam terong panjang dalam polybag dan dah mula berbunga …. apakah baja yang sesuai untuk digunakan ….
    Terima kasih.

  39. nik ab nair nik mohamad 15/03/2016 at 9:40 pm - Reply

    salm kulit pisang ,kulit telor dan kulit udang tu perlu di kisar atau gaul macam tu je ke….

  40. Noraisah Ali 31/03/2016 at 11:03 pm - Reply

    Baja mol saya berulat , masih boleh ke saya gunakan untuk membaja bunga dll tanaman ?

    • Izham Alias 01/04/2016 at 8:18 am - Reply

      Masih boleh guna. Perlu tapis dan buang ulat itu sahaja.

  41. Mia 05/04/2016 at 5:29 pm - Reply

    assalamualaikum , baja ni untuk sayur sahaja ke? kalau pokok bunga atau buah boleh digunakan tak? dan biasanya perlu letak baja ni kat daun ke? tanah?

  42. isah 12/04/2016 at 12:16 am - Reply

    hi…sesuai tak baja organik ni utk tanaman lada hitam.tq

  43. Don 18/04/2016 at 5:05 pm - Reply

    Kalau tiada gula merah Apa Akan jadi ? Selepas 1 tahun masih boleh Pakai ? 0127111159

  44. wan 11/05/2016 at 2:24 pm - Reply

    kulit udang, pisang, telur yg dikisar tu guna air byk mna cik ilzam?..atau kisar tanpa air?

  45. Ain 25/05/2016 at 7:03 am - Reply

    Siram tu pada daun ya? Kenapa x direct pd tanah? Dan boleh ke kalau saya siram selang seli dengan air basuhan basuhan beras.
    Mohon tunjuk ajar. Jazakallah

  46. Zach 01/06/2016 at 6:58 pm - Reply

    Slmt ptg en.Izham..baja organik cecair ni boleh diguna untuk tnaman hydroponic tak?jika boleh berapa nisbah diguna?

  47. aron aziz 08/06/2016 at 4:40 pm - Reply

    bla bla bla bla,bro boleh tahan best blog ni.dan ia membantu saya. terima kasih tapi kenapa tak ramai yg like blog ni.kenapa kenapa

  48. Syukri sulong 10/06/2016 at 1:06 am - Reply

    Encik
    Kulit udang tu kalau yang dah masak bleh guna x??

    Trima kasih

    • Izham Alias 16/06/2016 at 10:32 am - Reply

      Sebolehnya gunakan kulit udang belum masak. Kandungan nutrien lebih tinggi sebelum ia dimasak.

  49. Gen 23/06/2016 at 11:55 am - Reply

    En Izham..saya dah cuba buat baja ni tapi terlalu pekat dan saya tak dapat tapis.masih boleh guna ke? dan cara penyimpanan macam mana?

  50. ifli 17/08/2016 at 11:49 am - Reply

    En izham…klu peram lebih lama…blh x..

  51. encikshino 31/08/2016 at 4:58 pm - Reply

    Tetiba rasa bersemangat plak nak berkebun.

  52. Farin muo 04/10/2016 at 10:01 pm - Reply

    Salam..tuan izham..sy ade buat tanaman fertigasi cili 500 pokok..bile buat semburan pada pokok sy menggunakan pam 20L. Mengikut nisbah cecair baja : air(1:20)=(10ml:200ml) jika pam 20L nisbahnye(1L : 20L).jd kuantiti 1L banyak sgt..mntak tuan izham tambahkan bpe kg/g bahan bahan yg di peram supaya nisbah cecair baja sikit dan air yg banyak..cth: 10ml : 10L

    • Izham Alias 18/10/2016 at 6:31 pm - Reply

      Saya tiada pengalaman untuk skala besar. Tuan boleh guna pati baja belacan juga. Ada di artikel saya yang lain.

  53. nurun 13/10/2016 at 12:32 pm - Reply

    Salam,
    Nak tanya,kenapa selepas sye sembur pokok cili knp daun nya jadi kriting. T.kasih

    • Izham Alias 13/10/2016 at 6:26 pm - Reply

      Biasanya akibat kepekatan berlebihan. Cairkan lagi kepekatan tersebut.

  54. puan nor 26/10/2016 at 7:33 am - Reply

    Salam.kalau kalau guna kulit duku ganti kulit pisang.blh tak.perut ikan blh tak buat baja.bagaimana caranya

  55. Muhammad Azlan Bin Kamarudin 02/11/2016 at 9:10 pm - Reply

    Maaf Cik, saya nak tumpang tanya.. Saya ada beli ebook cik.. Memang 17 muka surat je ke ada lg?

  56. aiman gnet 07/11/2016 at 2:13 pm - Reply

    assalammualaikum bang… bang baja ni tade tambah air ke masa peraman?

  57. Hasnim othman 11/11/2016 at 8:02 pm - Reply

    Assalamualaikum semua. Saya suka berkebun juga belakang rumah. Saya tanam pokok Roselle, betik,pokok selasih,pokok kari. Pokok bunga pun. Saya gunakan Baja organik sahaja, sisa makanan seperti lebihan nasi basi, daun bawang,kulit telur,kulit epal Dan Oren, kulit limau nipis,limau kasturi, lebihan sayur,kepala Dan tulang ikan goreng, tulang ayam goreng masuk dalam bekas, masuk air beras atau air hujan ataupun air paip hingga tenggelam semua. Tudung ja guna penutup seperti beg plastik, selepas 3,4 hari bau masam2 boleh dah ceduk air tu siram pokok. Lepas seminggu nampak byk cacing . suburkan tanah. Dalam 2 minggu nampak pokok jadi subur. Saya siram guna Baja ni 2,3 hari sekali. Cuma jgn masukkan dalam bekas tu perut ikan mentah, ayam mentah Dan daging. Nanti berulat ..

  58. pak mat 12/01/2017 at 5:06 pm - Reply

    Salam Izham … kalau nak kisar kulit pisang tu,tentu yang sudah dikeringkan? Betul?

  59. dintahar 30/01/2017 at 6:09 pm - Reply

    En Izham, saya nak tanya. Boleh ke baja ni nak digunakan sbg baja hidroponik dan bagaimana caranya?

  60. hairy 18/02/2017 at 11:08 pm - Reply

    Saya nak cubalah..t.kasih

  61. seputum 23/02/2017 at 12:27 am - Reply

    Assmlkm, boleh ke menggunakan sisik ikan sungai/laut utk menggantikan kulit udang? Kalau boleh adakah quantitynye pun 200g?

  62. seputum 23/02/2017 at 12:43 am - Reply

    Bagi pokok sawit yg berumur 2/3 tahun, berakah kadar semburan baja per pokok?

  63. Kak Siah 03/03/2017 at 8:00 pm - Reply

    Assalam en.nizam. Saya ada cuba buat baja organik. Semua lebihan makanan saya masukkan dlm bekas cat kosong+gula merah. Saya tutp rapat dgn penutupnya sendiri sb bimbang baunya. Berbulan2 hingga dah penuh. Masaalah nya saya geli tgk ulat besar2 dlm bekas tu (mcm ulat sagu). Macam mana saya nk buat ye utk ambil air baja tuuu…dah garu kepala niiih…

  64. Khadijah Johar 21/03/2017 at 10:31 am - Reply

    Asalamualaikum En. Izham. saya ada tanam pokok kantan, pokok subur tapi tak pernah berbunga, boleh en izham beri penerangan supaya pokok kantan tu berbunga

Leave A Comment