Cara Buat Baja Organik Cecair Baja Buah Guna Kulit Udang

Baja Organik Cecair Buah Subur Thailand Siam

Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah. Kita boleh gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah saya kongsikan di Kebun Bandar.

Kelebihan baja buah ini:

  • Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan
  • Kulit udang membekalkan unsur surih (trace element) sesuai untuk tumbesaran
  • Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok

Resipi Baja Organik Buah

Bahan A:

  1. Gula merah – 1 kg (dicairkan dengan 200 mL air)

Bahan B (Kisar):

  1. Kulit pisang – 700 g
  2. Kulit telur – 100g
  3. Kulit udang (belum dimasak) – 200g
  4. Alternatif: Belacan – 100g (jika tiada kulit udang)

Alat:

  1. Baldi 5L
  2. Botol plastik 1.5 L

Cara buat:

  1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata
  2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L
  3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Kita guna kain kasar agar berlaku proses pengudaraan untuk mikrob bekerja.
  4. Peram selama 20 hari
  5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Penggunaan:

  1. Campurkan baja buah ini bersama air dengan nisbah 1:100 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL cecair baja dengan 1000 mL air.
  2. Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok untuk mendapat kesan maksimum.
  3. Paling bagus sembur di awal pagi atau lewat petang.
  4. Jika hujan selepas itu, boleh lakukan semburan kembali agar kesan sentiasa ada

 

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Fotosintesis bakteria ini adalah sebahagian daripada EM. EM ini ada 3 jenis bakteria iaitu laktobisilus, fotosintetik dan kulat. Ketiga-tiga ini bekerjasama dengan bagus bagi menghasilkan baja yang bagus.

  2. Normal. Ulat kecil itu nanti akan mati.

  3. salam.. kalau baja ni blum smpai 20 hari d peram, tp ada keluar ulat kecik2 tu. normal ke caner tuan

  4. apa beza EM dengan Photosyntesis bacteria bagi kegunaan tanaman…Mohon pencerahan

  5. Boleh tiada masalah.

  6. Setakat ini saya tidak pernah cuba. Wallahualam.

  7. Sama-sama.

  8. Mungkin terbakar.

  9. Sesuai.

  10. En Izham, baja ni sesuai tak utk pokok durian?

  11. Assalam tuan….Jika camporan em dgn air tidak mengikut aturan cth 1:10@1:5,apa terjadi pd pokok…

  12. Terima kasih. Baru jumpa blog yg berguna ni.

  13. Salam tn, sembur utk haiwan ternak boleh tak? Mna tau boleh

  14. Kalau buat baja organik pakai (air paip) boleh tak??

  15. Baja air boleh di sembur KT tanah..btg pokok daun n Buah sekali..tak ada masalah..pokok still boleh menyerap Baja tersebut

  16. Terima kasih atas info berguna.

  17. Ya masih boleh digunakan.

  18. Baja cecair saya berulat dan berbau masam, masih boleh kah?

  19. Boleh.

  20. Boleh.

  21. Boleh.

  22. Boleh terus tanam tepi pangkal pokok.

  23. Buah yang masak berwarna merah hingga kuning seperti betik, pisang dan mangga.

  24. Assalamualaikum sir , sy nak Tanya selain pisang bahan apa lagi yg boleh digunakan ?

  25. Assalamualaikum…..izham…lepas sy dah asingkn cecair baja nie…..sisa2 campuran tu perlu buang ke atau ade ikhtiar lain yg boleh digunakn??dah buat da baja nie….tp sisa2 campuran nie tak tau nk buat ape..

  26. Assalamualaikum. Boleh tak guna kulit udang mentah yg telah dikeringkan (oleh matahari)?

  27. Says day Cuba sembur Pada pokok saw it ternyata berkesan.look yg Tk per ah berbuah..kini dah berbuah..Baru DLM sebulan..alhamdulillah..terima kasih en izham kerana Saudi berkongsi ilmu.

  28. Untuk anak pokok lada yg belum matang bole guna ka baja ini

  29. Salam tuan..pisang tu guan skli isi ka..kulit sahaja..

  30. Kalau tanaman padi boleh guna x Baja organik ni?

  31. Kalau tanaman padi boleh guna x Baja organik ni??

  32. Saya tidak pernah mencubanya. Wallahualam.

  33. Slam izham baja cecair ni blek ke guna utk sawit

  34. Slam izham pokok sawit bleh ke guna baja ni

  35. salam, saya selalunya sisa sayur , perut ikan, saya tanam terus dekat2 dengan pokok yang saya tanam.. pernah buat baja kompos ni .. tapi geli lak tengok ulat ulat tu….. alhmdulillah pokok subur…

  36. Amat berminat nak bekebun belakang rumah..tanam pokok herba n ssyuran sndiri…tp x de badic…mohon tunjuk ajar

  37. Waalaikumussalam. Boleh. Tiada masalah. Keringkan guna oven pun boleh.

  38. Boleh tak gunakan kulit udang yg dikeringkan di bwh cahaya matahari utk buat baja ni?

  39. Assalamualaikum. En. Izham. Saya ni kalau nk dptkan 200 gm kulit udang sekali gus mmg masalah le sikit. Sbb beli udang pun sikit2 je. Jadi saya pun kumpullah kulit udang tu sikit2 dgn cara mengeringkannya di bwh cahaya matahari. Boleh ke guna kulit udang yg dikeringkan begini?

  40. boleh pakai kulit ketam / tulang. tapi dia ambil masa yang lebih panjang serta proses yang sedikit leceh berbanding kulit udang.

    atau pun gantikan dengan belacan .. cuma bau tu boleh tahan lah kalau nak peram di kawasan perumahan.

  41. Asalamualaikum En. Izham. saya ada tanam pokok kantan, pokok subur tapi tak pernah berbunga, boleh en izham beri penerangan supaya pokok kantan tu berbunga

  42. Assalam en.nizam. Saya ada cuba buat baja organik. Semua lebihan makanan saya masukkan dlm bekas cat kosong+gula merah. Saya tutp rapat dgn penutupnya sendiri sb bimbang baunya. Berbulan2 hingga dah penuh. Masaalah nya saya geli tgk ulat besar2 dlm bekas tu (mcm ulat sagu). Macam mana saya nk buat ye utk ambil air baja tuuu…dah garu kepala niiih…

  43. Bagi pokok sawit yg berumur 2/3 tahun, berakah kadar semburan baja per pokok?

  44. Assmlkm, boleh ke menggunakan sisik ikan sungai/laut utk menggantikan kulit udang? Kalau boleh adakah quantitynye pun 200g?

  45. kalau x ada kulit udang boleh ganti dengan bahan apa ?

  46. Saya nak cubalah..t.kasih

  47. En Izham, saya nak tanya. Boleh ke baja ni nak digunakan sbg baja hidroponik dan bagaimana caranya?

  48. Salam Izham … kalau nak kisar kulit pisang tu,tentu yang sudah dikeringkan? Betul?

  49. Assalamualaikum semua. Saya suka berkebun juga belakang rumah. Saya tanam pokok Roselle, betik,pokok selasih,pokok kari. Pokok bunga pun. Saya gunakan Baja organik sahaja, sisa makanan seperti lebihan nasi basi, daun bawang,kulit telur,kulit epal Dan Oren, kulit limau nipis,limau kasturi, lebihan sayur,kepala Dan tulang ikan goreng, tulang ayam goreng masuk dalam bekas, masuk air beras atau air hujan ataupun air paip hingga tenggelam semua. Tudung ja guna penutup seperti beg plastik, selepas 3,4 hari bau masam2 boleh dah ceduk air tu siram pokok. Lepas seminggu nampak byk cacing . suburkan tanah. Dalam 2 minggu nampak pokok jadi subur. Saya siram guna Baja ni 2,3 hari sekali. Cuma jgn masukkan dalam bekas tu perut ikan mentah, ayam mentah Dan daging. Nanti berulat ..

  50. Memang tak perlu air.

  51. assalammualaikum bang… bang baja ni tade tambah air ke masa peraman?

  52. 1 cawan baja tambah dengan 10 cawan air.

  53. Maaf Cik, saya nak tumpang tanya.. Saya ada beli ebook cik.. Memang 17 muka surat je ke ada lg?

  54. ape maksud baja air itu 1:10

  55. Salam.kalau kalau guna kulit duku ganti kulit pisang.blh tak.perut ikan blh tak buat baja.bagaimana caranya

  56. Saya tiada pengalaman untuk skala besar. Tuan boleh guna pati baja belacan juga. Ada di artikel saya yang lain.

  57. Biasanya akibat kepekatan berlebihan. Cairkan lagi kepekatan tersebut.

  58. Salam,
    Nak tanya,kenapa selepas sye sembur pokok cili knp daun nya jadi kriting. T.kasih

  59. Salam..tuan izham..sy ade buat tanaman fertigasi cili 500 pokok..bile buat semburan pada pokok sy menggunakan pam 20L. Mengikut nisbah cecair baja : air(1:20)=(10ml:200ml) jika pam 20L nisbahnye(1L : 20L).jd kuantiti 1L banyak sgt..mntak tuan izham tambahkan bpe kg/g bahan bahan yg di peram supaya nisbah cecair baja sikit dan air yg banyak..cth: 10ml : 10L

  60. Tetiba rasa bersemangat plak nak berkebun.

  61. En izham…klu peram lebih lama…blh x..

  62. mesin sembur berenjin dengan tekanan tinggi sesuai

  63. belacan pon boleh

  64. En Izham..saya dah cuba buat baja ni tapi terlalu pekat dan saya tak dapat tapis.masih boleh guna ke? dan cara penyimpanan macam mana?

  65. Sebolehnya gunakan kulit udang belum masak. Kandungan nutrien lebih tinggi sebelum ia dimasak.

  66. Encik
    Kulit udang tu kalau yang dah masak bleh guna x??

    Trima kasih

  67. bla bla bla bla,bro boleh tahan best blog ni.dan ia membantu saya. terima kasih tapi kenapa tak ramai yg like blog ni.kenapa kenapa

  68. Slmt ptg en.Izham..baja organik cecair ni boleh diguna untuk tnaman hydroponic tak?jika boleh berapa nisbah diguna?

  69. Siram tu pada daun ya? Kenapa x direct pd tanah? Dan boleh ke kalau saya siram selang seli dengan air basuhan basuhan beras.
    Mohon tunjuk ajar. Jazakallah

  70. Boleh juga tiada masalah.

  71. Ya, kisar tanpa air.

  72. kulit udang, pisang, telur yg dikisar tu guna air byk mna cik ilzam?..atau kisar tanpa air?

  73. jika kita kisar sekali dgn isi buah pisang, bermasalah x cik izham?

  74. mungkin agak terlewat jwpnnya, saya kongsi sikit tips.

    Jerat Siput

    Peralatan
    1) Suratkhabar/kertas/kotak
    2) Pasu kosong (tanah liat) saiz sederhana/bekas lutcahaya yang gelap/bata*/papan kecil*
    3) Air

    Umpan
    1) Daun-daun pokok/ daun-daun sayur/ Buah tomato

    Caranya:
    1) Hamparkan suratkhabar di tempat laluan siput dan letakkan di sebelah tanaman.
    2) Taburkan daun-daun di atas hamparan suratkhabar tadi.
    3) Basahkan sedikit suratkhabar sehingga separa lembab,.
    4) Tekupkan pasu tadi secara terbalik di atas hamparan suratkhabar tadi, jikalau boleh, sembunyikan umpan dibawah pasu.
    Sekiranya menggunakan bata, umpan dibiarkan di sekitarnya.
    5) Selepas bebearapa hari, periksa jerat dan buang siput2 yang datang kenduri tadi.

    Semoga berjaya.

  75. Kalau tiada gula merah Apa Akan jadi ? Selepas 1 tahun masih boleh Pakai ? 0127111159

  76. hi…sesuai tak baja organik ni utk tanaman lada hitam.tq

  77. assalamualaikum , baja ni untuk sayur sahaja ke? kalau pokok bunga atau buah boleh digunakan tak? dan biasanya perlu letak baja ni kat daun ke? tanah?

  78. Masih boleh guna. Perlu tapis dan buang ulat itu sahaja.

  79. Baja mol saya berulat , masih boleh ke saya gunakan untuk membaja bunga dll tanaman ?

  80. salm kulit pisang ,kulit telor dan kulit udang tu perlu di kisar atau gaul macam tu je ke….

  81. Boleh juga tabur garam..

    Atau tangkap siput, tabur garam kat badan dia.

  82. Assalamualaikum sdr Izham ….
    Saya baru cuba2 tanam terong panjang dalam polybag dan dah mula berbunga …. apakah baja yang sesuai untuk digunakan ….
    Terima kasih.

  83. Baru terjumpa website ini sangat berminat untuk menimba pengalaman …. terima kasih.

  84. Assalamualaikum saudara Izham…. Apa fungsi gula merah…tk

  85. Assalam. Boleh ke kita masukkan sebotol yakult sbg tambahan

  86. salam, baja ini boleh untuk pokok sawit?

  87. Salam tuan selain guna haiwan laut.klu guna ketam n udang dlm bendang blh x?kt kg sy ada byk. 🙂

  88. Assalamualaikum.
    Bolehkah kalau kita guna udang dan telur (bukan kulitnya saja)?

  89. Boleh. Dan jawapannya sudah ada pada Tuan ‘ingin tahu’. 😉

  90. Boleh cuba dengan baja ini. Tengok kesannya.

  91. Assalamualaikum.
    Sy ad 2 pkok klapa yg trbntut ktinggian,pokok klapa prtme dh brbuah,pkok klapa kdua tk brbuah..pdahal kdua pkok tu mmbsar pda wktu yg sme,ap yg prlu dbuat?

  92. Boleh x digunkn utk pokok kelapa sawit.. jika boleh bgaimana jika pokok sawit tu tinggi.mustahil utk kita pnjat pokok sawit.

  93. Boleh.

  94. salam,
    selain kulit udang hewan laut sepert balad bolehkah digunakan?

  95. Boleh guna kulit kerang juga.

  96. Seminggu sekali sudah memadai.

  97. Salam encik izham..bahan apa yang tinggi kandungan nitrogen..ada resepi untuk membuat baja cecair orgabik yg tinggi kandungan nitrogen x..selain kulit telur,bahan apa yang tinggi kandungan phosporus..t kasih..

  98. Baja organik perlu disembur setiap hari atau seminggu sekali? Mohon pencerahan.

  99. Paling terbaik adalah dengan guna racun siput iaitu siputox.

  100. salam en izham …macam mana nak halau siput babi…sedih la ,hari ni ada daun esok pagi tengok dah gondol..

  101. Kulit buah pisang.

  102. Perlu peram agar mikrob dapat menguraikan enzim-enzim untuk kegunaan pokok.

  103. Paling sesuai kulit telur.

  104. nk tny sikit berkenaan bahan2 utk membuat baja cecair organik tu, kulit pisang tu dari kulit pokok pisang ke atau kulit dari buah pisang ?

  105. dan nak tnya kenapa bhn itu perlu diperam serta penggunaan die brpe hari sekali?

  106. aslm izham..selain kulit telur apakah bhan sesuai yng digunakan?

  107. Baja ini sudah cukup.

  108. salam izham,
    adakah perlu di tambah baja lain atau hanya gunakan baja ini sahaja.

  109. Waalaikumussalam En Zakaria. Insya-Allah saya sudi membantu mana yang patut.

  110. Saya sarankan saudari cuba dahulu. Mungkin tiada masalah.

  111. Boleh tiada masalah.

  112. Unsur surih atau trace element adalah unsur selain NPK yang diperlukan tumbuhan dalam kadar sedikit untuk membesar dengan baik.

  113. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Teruskan mengguna baja organik untuk tanaman tuan.

  114. Sesuai untuk semua jenis pokok buah. Kalau sudah besar, terpaksalah panjat. 😉

  115. Bergantung kepada situasi. Sebolehnya jaga sebaik mungkin agar tiada siput datang makan.

  116. Kebun Bandar ada menjual benih berkualiti. Boleh beli di www.kebunbandar.com/kedai

  117. Elok ditutup dengan kain bagi mengelakkan serangga masuk. Tak boleh tutup terlalu ketat. Takut nanti meletup apabila dibuka nanti.

  118. encik, kalau kita tanam dlm bekas dan letakan di bawah tingkap, dlm garaj, serangga perosak seperti siput mesti wujud kan

  119. enick ,bekas yang diperap tu, kena tutup dengan kain, ke, ataupun penutup botol kan sudah ada, terima kasih

  120. encik , tak ada ke benih organic free yang kita boleh cuba dulu

  121. Sama-sama. Semoga berjaya!

  122. Terima kasih ilmunya. saya terapkan di Indonesia

  123. Boleh. Semburan ini sesuai untuk semua jenis tanaman.

  124. Dalam polibeg boleh guna semburan ini ke? Dalam polibeg, lepas guna NPK 15:15:15, boleh ke saya sembuh pula?

  125. Sama sahaja. Mengikut keperluan pengguna.

  126. bagaimana keberkesanan bila guna EM jenis serbuk? TK

  127. EM= Effective Microorganism. pernah beli dulu dan guna,memang Nampak kesannya..
    Boleh juga spray dekat najis haiwan untuk kurangkan bau…

  128. Biasanya tempoh dalam setahun.

  129. Cari kulit buah yang sama warna dengan pisang iaitu kuning. Untuk udang, boleh guna haiwan laut yang lain.

  130. menarik, kebetulan saya jumpa artikel jabatan pertanian dalam kosmo tunjukkan kaedahyang lebih kurang sama.

  131. Nk tnye baja em ni de expired ke?

  132. Tuan, selain kulit pisang dan kulit udang, ada lagi tak bahan lain yg sama unsur?

  133. Di tempat gelap digalakkan.

  134. proses pemeraman selama 20 hari tu di buat pada tempat gelap atau letakkan sahaja ditempat terang?

  135. Assalam mualaikum… Saya dah cuba buat baja organik cecair ni. Berkesan juga untuk sayuran berdaun kerana daun bayam merah yang saya tanam menjadi lebar dan warnanya juga pekat. Yang lebih menarik berfungsi juga sebagai penghalau serangga dan hama. Sebelum menggunakan baja ini terdapat banyak hama dan kutu (berwarna putih), tak pasti pulak namanya dibawah daun cili. selepas membuat tiga kali semburan, saya dapati hama dan kutu ini tiada lagi.

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini.

  136. “Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran”

    Saya inginkan penjelasan berkenaan tentang unsur surih. Apa dia unsur surih?

  137. perkongsian ilmu yang sangat berguna dan recyle…

    terima kasih..

  138. kalau guna gula melaka bolek tak

  139. Bilik tingkap yng luas dan bagus pencahayaanya…
    Jika mlm kami guna aircond sesuai ke untk pertumbuhan pokok..

  140. Thank you for sharing.. 🙂

  141. Resepi baja organik ni best sebab kesemua bahan mudah diperolehi. Terima kasih krn sudi berkongsi ilmu. 😀

  142. Salam en izam, selamat hari raya.kcg panjang renek telah naik subur.tak sempat nak hantar gambar kat en izam.tapi sekrg saya kat kg, batu pahat.risau juga tak dpt siram tiga hari.nanti balik raya kita jumpa lagi utk belajar byk teknik lagi dr en izam.

  143. kalau pokok tu dah besar…perlu kan lagi ke baca mcm ni/cthnya pokok buah kuini…bila dah pokok tu ‘remaja’, susah sikit nak sembur pada daun sebab daun nya dah tinggi?

    dan semua jenis pokok buah ke sesuai?

    maaf ya budak baru belajar…terima kasih..=)

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!