Cara Tanam Sayur dalam Pasu, Sesuai Untuk Sesiapa Baru Nak Mula

Tanam Sayur Dalam Pasu Pot Kebun Bandar

Tiada tanah lapang di rumah tidak lah bermakna kita tidak boleh berkebun. Alternatif yang paling bagus adalah berkebun menggunakan apa-apa bekas seperti pasu, polybag, ataupun botol plastik.

Berkebun guna pasu amat sesuai bagi sesiapa yang tiada kawasan yang luas untuk menanam. Tidak kira kita tinggal di rumah teres mahupun aparment. Yang penting ada semangat untuk berkebun!

Paling mudah nak mula adalah dengan membeli pasu, tanah campur, baja dan biji benih. Itu sahaja sudah memadai untuk bermula. Selesai. Eh banyak itu sahaja? Usah risau. Daripada 4 bahan itu sahaja boleh saya terang lanjut

Bekas – Pasu, Botol, Polybag

Saya gabungkan terus cara penanaman menggunakan pasu, botol dan polibeg dalam satu artikel. Sebab konsep menanam tiga-tiga bekas ini sama sahaja iaitu menanam dalam bekas. Kenapa saya perlu membazir masa mengulang benda yang sama untuk tiga artikel berlainan.

Pertama tentukan kita hendak menanam menggunakan bekas apa. Adakah kita ini jenis yang mahukan kekemasan dan ada bajet untuk beli pasu? Atau kita ini adalah jenis yang suka buat sendiri. Atau tak kisah asalkan bercucuk tanam.

Bagi yang suka kekemasan dan tidak ada masa untuk mencari botol, eloklah beli pasu di nurseri tanaman ataupun kedai Eco RM2.20. Di sana pelbagai saiz pasu ada dijual. Hanya perlu pilih mana yang berkenan. Dan kalau ingin menanam sayur, tentunya saya akan sarankan beli pasu paling besar dijual di kedai Eco.

Kalau tiada kedai Eco berdekatan, cuba cari di pasaraya berdekatan. Kebanyakan pasaraya ada seksyen berkebun. Oh ya, kedai Mr DIY juga ada menjual pasu. Pilih saiz 30cm diameter dan ketinggian sekitar 30cm juga.

Bagi yang ingin menanam dalam botol, boleh mula mengumpul botol mineral 1.5L. Saya tak sarankan botol 500 mL kerana saiz terlalu kecil dan mungkin akan mendatangkan masalah kemudian hari. Kejap lagi saya cerita nanti kenapa saya tak galakkan. Teruskan membaca.

Polibeg adalah plastik hitam tebal yang berlubang. Kebanyakan nurseri tanaman menggunakan ini untuk tanaman mereka. Antara faktornya adalah harga murah. Biasa polybag ini dijual dalam kilogram.

Untuk bercucuk tanam dalam bekas, saiz polibeg 12 x 12 inci ke atas sudah memadai.

Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil perhatian adalah di mana lokasi pasu kita ingin berkebun. Di mana tempat kita hendak meletakkan pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.

Cahaya matahari pagi adalah paling bagus untuk tumbuhan. Jika tempat kita tinggal itu hanya ada cahaya di antara waktu pagi atau petang, pilihlah di waktu petang.

Sayuran berdaun seperti kangkung, sawi, dan bayam memerlukan sekurang-kurangnya 4-6 jam cahaya penuh untuk hidup subur. Pokok buah dan bunga memerlukan cahaya 6-8 jam sehari.

Sebab itulah lokasi memainkan peranan penting.

emel kebun bandar

Jangan lupa, letak pasu di tempat yang mudah kita lihat. Ini agar sentiasa memotivasikan kita untuk terus berkebun.

2. Jenis Tanaman

Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk pemula, saya cadangkan kita menanam kangkung, bayam dan sawi kerana tanaman ini sangat senang tumbuh dan dijaga. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih.

Tanam Kangkung Dalam Pasu Pot
Kangkung antara tanaman paling mudah ditanam di dalam pasu.

Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut, boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.

3. Pengairan

Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak membuat sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman. Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman.

Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu.

Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam pokok darat. Tentunya air hanya secukupnya memadai.

4. Baja

Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi di dalam bekas tidak. Oleh itu selalulah bekalkan baja seperti kompos, baja sebatian ataupun baja tahi ayam kepada tanaman kita. Kalau boleh, selang selikan dengan baja kimia jika kita lihat kesannya lambat.

Pembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali ataupun sebulan sekali bergantung kepada jenis baja yang kita guna. Jika saya guna kompos sebagai baja akan saya bubuh seminggu sekali. Dan hanya pada hari Sabtu atau Ahad sahaja saya akan membaja. Penetapan hari untuk membaja akan memudahkan saya untuk tahu jadual pembajaan yang bagus.

5. Media tanaman

Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas (top soil) sangat disarankan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman pokok kita seperti tanaman sayur. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.

BACA >>> Campuran Tanah Terbaik Untuk Pasu

6. Penyiraman

Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman. Terdapat beberapa inovasi yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih, boleh kita upgrade menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi. Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan terbuang.

BACA >>> Siraman Automatik Dengan Botol Plastik

Kesimpulan

Dengan mengetahui 6 perkara asas ini, anda tentunya sudah boleh mula berkebun dengan pasu di rumah. Jangan tunggu lama-lama untuk mula berkebun. Teruskan sahaja dengan apa ada di tangan.

Jika anda ada komen atau pandangan, jangan lupa untuk tinggalkan jejak di bawah. Sama-sama kita bincangkan.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. kenapa ulat selalu ada di pokok limau dan makan daun limau

  2. assalamualaikum. kenapa pokok cili yg saya tanam selalu gugur sebelum masak

  3. Sejak sya jga ibu sakit terbaring. Selalu Stress. Sya tgok pokok lidah buaya tumbuh sehat dalam pasu… Hilang stres.. Skrg sya berjinak2 bertanam. Tksih segala tunjuk ajar

  4. Hi saya dah tanam pokok manga selama 6 tahun tapi pokok tu tak pernah berbuah apalagi berbunga tanam depan rumah bagaimana saya nak dia berbuah TQ sir

  5. Saya menanam sayur-sayuran di depan rumah (kawasan luar rumah), ada orang mengadu kepada Majlis, apa alasan munasabah yang saya membolehkan saya memujuk Majlis membenarkan saya terus menanam di tempat itu? Nak minta tunjuk ajar….Terima kasih.

  6. Assalam. kenapa putik buah nangka mudah gugur? baru besar ibu jari tangan tiba2 gugur. mintak pendapat en izham yg lebih arif

  7. kalau macam tanaman herba macam mana pulak…. antara tanam tanaman di pasu atau ditanah lebih sesuai???

  8. Saya ingin tanam sayur guna tong cat . Saya nak buat lubang sebelah tepi tong lebih kurang 2-3 inchi dari bawah supaya ada sedikit air tersimpan di dalamnya . Saya buat begini supaya akar pokok / sayur tidak masuk ke tanah dan juga supaya pokok tidak perlu di siram selalu Apakah kesannya terhadap pokok ini nanti.

  9. Assalam semua,terimakasih atas perkongsian ilmu,banyak manafaat yang dapat di pelajari dari rakan-rakan.
    Pertanian adalah perniagaan..

  10. Sama seperti yang saya nyatakan di atas. =)

  11. Salam Tuan,

    Bole beri petua / tips resepi campuran tanah utk menanam daun pandan & daun (dlm pasu)…sye br nak berjinak menanam (newbie)…br ambil pokok dari rumah mak mertua…beli tanah merah & hitam….berapa sukatan utk campuran tanah ni….perlu tanah kompos tak

  12. Saya ada tanam pokok serai, pandan, kari dan cili di belakang rumah teres tetapi kurang menjadi/segar. Dibelakang rumah saya penuh dengan radiator aircon. Adakah ini salah satu sebab pokok yang saya tanam tak menjadi.

  13. Salam Tuan..
    Saya tidak faham ttg tanah. Di kedai ada tanah hitam dan merah. Jd, yg mana satu patut sy beli utk tanam sayur dlm pasu. Tq

  14. Ya masih perlu baja pokok.

  15. Kalau gunatanah 6 in 1 tu xperlu guna baja ke perlu?

  16. Sudah ade artikel tajuk di atas ??

  17. Boleh beli di kedai buku MPH. Ada dijual di situ. Atau terus beli pada penerbit di link ini http://store.legacypublishing.my/index.php?route=product/product&product_id=84&search=jimat

  18. Saya berminat nak dapatkan buku Jimat dari Dapur…boleh tak sesiapa guide saya?

  19. salam adik

  20. Entry pertama yg saya baca dalam blog ni, memang sesuai dengan beginner seperti saya… terima kasih en izham alias atas ilmu ini

  21. kalau kaedah ini digunakan untuk durian boleh kah tuan?

  22. Dalam banyak-banyak pokok saya cuba tanam, cili paling susah sekali nak membesar..takai semai sampai tumbuh benih je..pindah, mati..hehe..kena cuba lagi ikut tips kat sini ni…

  23. saya baru sahaja memerrsihkan tanah, cara membakar, perlukah saya membat batas tuk menanam sayur syuan

  24. Tuan bagaimana untuk mengatasi masalah kutu2 berwarna putih yg biasa terdapat dalam tanah dan terdapat juga dlm bekas media cocopeat..

  25. Puan boleh terus hubungi saya melalui emel. Atau melalui Facebook saya Izham Alias.

  26. Salam..alhamdulillah.seronok baca tips kebun bandar.. saya sgt suka berkebun. Tggal kwsan kampung..ada juga tanah sikit tepi n belakang rumah..cuma masalah rumput selalu ikut sama naik dgn tanaman..ada pulak yg tolong meracun rumput kena sekali tanaman..sgt frust bila tanaman yg diusahakan habis…lps ni nk tanan dlm pasu je la..

  27. Asalamualaikum…sy seorang guru praseklah…sgt2 perlukan tunjuk ajar untuk berkebun sbg pendedahan kpd ank2 murid….tak tahu nak mula dari mana…batas dh disediakan…tanah biji benih dll masih keliru…mohon kebun bandar bantu…

  28. Salam.saya nak tanya.apakah jenis tanah yang sesuai utk tanam semua jenis sayuran.ada tak tanah tersebut dijual di nurseri dgn kuantiti yg byk.contoh kena pakai lori

  29. Assalaamu’alaikum wr.wb saudara Izham…

    Alhamdulillah, saya baru melanggani emel Kebun Bandar dan mula mengenali blog ini. Banyak manfaat yang saya perolehi kerana banyak tanaman terutama bunga saya tidak menjadi. Setelah membaca tentang baja kompos dan media tanah, baru saya faham kenapa banyak pokok bunga saya tidak hidup subur. Insya Allah, minat menanam sayur sudah mula terasa apabila membaca artikel di atas.

    Terima kasih membantu saya untuk memahami cara bertanam dengan berkesan dan betul. Semoga diredhai Allah atas usaha yang bersungguh-sungguh ini.

    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  30. Boleh baca di sini www.kebunbandar.com/cara-tanam-pudina

  31. Boleh. Tapi di Mesir ada ke orang jual cocopeat?

  32. Salam Abg izham,saya mau Tanya?blh kh saya menggunakan cocopit untuk tanaman saya Tanpa menggunakan tanah,sebab dkt Cairo ni susah nak Cari tanah,kalau Ada pon mahal dn bercampur pasir?

  33. Salam, bagaimana cara menanam dan menjaga pokok daun pudina? Terima kasih

  34. Waalaikumussalam.

    Lebih senang jika ditanam daripada biji benih.

    Jika daripada pokok yang dibeli di pasar, rendam dahulu selama tiga hingga lima hari di dalam bekas berisi air. Air itu biar separas menenggelam akar sahaja.

    Tukar air tiap-tiap hari.

    Apabila kelihat keluar pucuk baru, boleh terus pindah ke dalam pasu. Pastikan siraman memadai. Akar ketumbar ketika itu sensitif pada genang air.

  35. Assalamualaikum Encik Izham,

    Bagaimana menanam pokok ketumbar dari batangnya yg berakar? Selepas saya ambil daunnya, saya cuba tanam pakai batangnya yg berakar. Ada keluar pucuk sikit tapi lepas tu mati. Boleh bagi tips?

  36. Pelajar2 sy berminat nak tanam sayur menggunakan bahan kitar semula seperti mineral water.. Sy harap encik boleh tunjukkan step by step cara menanam sayur menggunakan botol mineral.

  37. Sesuai tanam guna pasu.

  38. Adakah tuan akan guna teknik akuaponik?

  39. Perlu tebuk bawah untuk pengairan. Air bertakung akan merosakkan akar pokok.

  40. Hmm. Beberapa istilah telah salah berkaitan baja.

  41. Maaf. Kalau dalam hal cendawan ini saya tak arif. Perlu tanya orang lebih pakar.

  42. salam,
    izham saya nak tanya mengenai medium yang sesuai untuk membuat bongkah cendawan.. Ada setengah tempat diorang mengunakan habuk kayu getah..ada tak medium lain yang boleh mengeluarkan hasil yang berkualiti…tapi still guna nisbah 100 : 10 : 1 .

  43. kotak kita boleh gunakan sebagai bekas menanam, selain dari pasu, jadi kena tembok lubang ke ?saya perlaukan penjelasan

  44. Assalamualaikum wbt..Izham, saya berminat menanam tumbuhan atau tanaman dalam air tawar..bagai manakah penjagaan tumbuhan ini agar sentiasa segar dan mudah membesar atau menjalar.

  45. Ambil keratan dalam panjang 15cm. Tanam 10 cm di dalam tanah. Biasanya akan ambil masa 2 minggu untuk pokok berakar elok.

  46. Assalam Encik Izham. Bagaimana untuk menyemai anak pokok lada hitam menggunakan kaedah keratan batang dan berapa lama proses pengakarannya.

  47. sy sudah lama menanam hasrat untuk menanam sayuran. tetapi sy tinggal di taman dan tanah adalah amat terhad. boleh tak bagi cadangan bagaimana sy boleh menanam sayur di perkarangan rumah sy dengan persekitaran sedemikian. antara sayur yg saya teringin tanam seperti kubis, salad, lada benggala, tomato, bawang dan mcam2.

  48. Terima kasih atas maklum balas ini. Insya-Allah nanti saya akan buat satu.

  49. sedara boleh buat tajuk ’10 jenis sayuran mudah tanam di laman’. Sebabnya saya tengah cari sayuran yg senang tanam dlm laman saya. Saya tak tau sayur ape sesuai. TQ

  50. Waalaikumussalam. Terdapat beberapa faktor bunga tak menjadi buah:

    1. Kurang penyiraman air
    2. Kurang pendebunga seperti lebah
    3. Kurang baja sebelum berbunga

    Boleh cuba selesaikan antara tiga masalah itu.

  51. Waalaikumussalam. Boleh tiada masalah.

  52. Assalamualaikum..tuan saya tanam pokok petai dalam pasu ia nya rajin berbunga tapi x lekat..

  53. Assalamualaikum. Pada pendapat tuan, sesuai ke guna terus tanah 6in1 dari nursery sbg media tnmn utk tnm dlm pot ni ? Terima kasih.

  54. Waalaikumussalam.

    Mudah sahaja. Ambil biji benih petai yang kita beli. Tanam di dalam tanah. Dalam masa7-14 hari benih akan bercambah. Pindah setelah 2 bulan dalam bekas. Dalam masa 4 tahun akan berbunga dan berbuah.

    Untuk bagi pokok petai tidak terlalu tinggi, apabila ia mencapai ketinggian 1 meter, pangkas pucuknya. Sentiasa pangkas agar pokok kekal tinggi 1 m. Dengan ini kita akan dapat petai hibrid.

  55. Assalamualaikum,saya ingingin mendapat lanjut tentang tanaman petai dalam pasu yang boleh dalam masa empaa\t tahun.Terima kasih.

  56. Tak pa kak. Boleh cuba lagi.

  57. Akak memang suka berkebun semasa remaja, duduk di kampung memang mudah. Segala macam sayur boleh tanam.Tapi sejak dah berkeluarga dan tinggal di bandar, takde tanah nak berkebun. Tanam dalam pasu pon asik tak jadi je. Terjumpa blog ni, bolehla akak carigali ilmu untuk berkebun dalam pasu dengan betul. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.

  58. Assalamualaikum En Izham. Anak saya sedang dlm proses untuk buat projek biology. 4 samples pokok yg mudah hidup dlm bekas. Tempoh observation 4 minggu dengan menggunakan 4 samples bahan sebagai baja. Sisa sayuran/buah, habuk kayu, worm castings n tulang/kepala ikan bilis. Diharap dapat membantu dan beri idea. Thanks

  59. Assalamualaikum…. seronok rasanya terjumpa blog ni sbb saya memang minat menanam sayuran keperluan sendiri… saya ingin mencadangkan kepada saudara satu teknik 2 dalam satu, ia itu teknik aquaphonic. Melalui teknik ini penduduk rumah teres atau apartment boleh menternak ikan dari jenis tilapia dan menggunakan kitaran air ikan ini untuk dijadikan baja sayuran. Saya telah melaksanakan teknik ini tetapi tidak mahir untuk membuat penjelasan. Untuk maklumat lanjut boleh buat google search dengan nama aquaphonic.

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!