Semburan MSG Meningkatkan Hasil Tanaman

/, Tip berkebun/Semburan MSG Meningkatkan Hasil Tanaman

Asid glutamik bebas terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalahnya adalah MSG (monosodium glutamate). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima.

Tapi di sini bukanlah saya nak bercerita tentang kesedapan perasa MSG. Masih tertakluk kepada cerita tanaman.

Hal ini berkaitan penggunaan MSG sebagai salah satu penggalak tanaman. Penggalak tanaman berfungsi memberi ‘booster‘ kesuburan pokok selepas baja.

Cuma ada satu isu berkenaan MSG yang berlegar di ruang Internet yang perlu kita ketahui.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .

MSG dalam AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.

Bahan MSG Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif iaitu Ajinomoto. Ajinomoto memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dengan MSG.

Menurut netizen (pengguna Internet) apabila pokok disembur MSG, akan menghasilkan kesan yang bagus. Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya. Kesan sama dengan AuxiGro.

Bancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok

Terdapat dua kaedah.

Kaedah pertama:

Sukatan:

1 sudu teh (5 g) Ajinomoto per pasu

Tabur terus ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

Kaedah kedua:

Sukatan:

Pokok kecil – 1 sudu makan (15 g) + 5 L air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)

Pokok besar (umur setahun ke atas) – 5 sudu makan (75 g)  + 1 L air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)

Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya. Menakjubkan! Sila cuba cepat!

Eksperimen semburan MSG pada anak pokok delima.
Gambar kiri – anak pokok disembur MSG. Gambar kanan – anak pokok tidak disembur MSG. (sumber Internet)

Ah, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.

Kesan Buruk MSG Pada Manusia?

Namun begitu, MSG seperti makanan tetap ada isu apabila disembur pada tumbuhan. Jika ditelusuri isu ini, banyak telah dibahaskan di dunia Amerika. Isu ini dibangkitkan oleh kempen ‘Truth In Labelling’.

Persoalannya, apakah salah guna asid glumatik pada tumbuhan? Bukankah asid glutamik ini sejenis asid amino yang juga boleh dijumpai dalam protein? Ini antara jawapan yang dijumpai di website ‘Truth In Labelling‘.

1. Dalam protein, asid amino berada dalam keadaan seimbang. Apabila disembur asid glutamik bebas menyebabkan ketidakseimbangan asid amino dalam tanaman.

2. Yang disembur bukanlah asid glutamik yang dijumpai di dalam protein tetapi produk sintetik (buatan). Selain daripada ‘asid glutamik bebas’ atau ‘asid glutamik-L’ terdapat juga asid glutamik-D, asid pairoglutamik, dan pelbagai bahan kimia lain dilabelkan sebagai ‘pencemar’ oleh industri. Penghasilan asid glutamik bebas di dalam MSG melalui proses kilang yang banyak. Ini berbeza dangan asid glutamik bebas yang dijumpai secara semula jadi di dalam protein yang tiada langsung kandungan tercemar.

3. Sehingga sekarang tiada siapa tahu kesan panjang penyemburan asid glutamik bebas pada tanaman.
4. Penyerapan MSG oleh tumbuhan tak dapat disangkal lagi. Jika tidak masakan tumbuhan boleh membesar dua tiga kali ganda selepas disembur MSG.

5. Sisa lebihan semburan MSG pada tumbuhan tidak dikaji. Kita tidak tahu berapa banyak MSG yang masih kekal pada tanaman selepas disembur. Didapati hanya sedikit MSG dalam masakan sahaja sudah memberi kesan, inikan pula tumbuhan?

6. Asid glutamik bebas diketahui beracun pada sistem saraf. Namun tiada kajian bebas terhadap hawain berkaitan kesan memakan tanaman yang disembur MSG.

 

Oleh itu, lebih baik kita mengambil langkah selamat. Saya sarankan pekebun bandar untuk tidak menyembur atau menyiram air bancuhan ajinomoto pada tumbuhan yang kita makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Hanya sembur pada tanaman hiasan seperti bunga ros, adenium, ros jepun, bunga kertas dan lain-lain.

Lagipun kita ada alternatif lain untuk sembur baja seperti baja buah, baja belacan dan kompos. Pilih sahaja, kawan. Tepuk dada tanya selera.

 

Nota: Alamak!? Saya telah sembur MSG pada tanaman sayur dan buah saya. Macam mana ni? – Eh tak mengapa. Larutan Pak Aji tak memberi kesan mudarat jika termakan sekali dua. Hei, bukan ke saya nampak anda termakan maggi atau di kedai? 😉

Sumber:

  1. http://americannutritionassociation.org/newsletter/free-glutamic-acid-msg-sources-dangers
  2. http://www.msgfacts.net/AuxiGro.htm
  3. http://www.msgfacts.net/msgsprayed-3.htm
  4. http://www.idigmygarden.com/forums/showthread.php?t=17535
  5. http://www.truthinlabeling.org/V.RegulatoryHistory.html
  6. http://truthinlabeling.org/msg-objection-s1.html
  7. http://www.naturalhealth365.com/msg.html/
  8. http://forums.gardenweb.com/discussions/2185735/msg-epsom-salts
  9. http://www.greenculturesg.com/forum/index.php?/topic/21956-hey-anyone-tried-fertilizing-your-plants-with-xxx/page__st__60
  10. http://www.westonaprice.org/health-topics/msg-updates-introduction/
  11. http://www.thesundayleader.lk/2015/11/08/farmers-using-msg-as-pesticides/
  12. http://www.organiclifestylemagazine.com/msgs-side-effects-and-aliases
  13. http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2005/jul/10/foodanddrink.features3
Masalah Pokok Cili

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-05-10T18:36:43+00:00 May 8th, 2016|Blog, Tip berkebun|42 Comments

42 Comments

  1. Astro Antarabangsa Percuma 08/05/2016 at 9:01 pm - Reply

    Saya memang pernah terbaca pasal aji disembur kat tanaman tapi risiko dan tips admin memang padat dan berinformasi….saya akan guna utk tanaman hiasan shj mulai hari ini…..terimakasih bebanyak tuan admin.

  2. ilham 09/05/2016 at 10:04 am - Reply

    Terima kasih banyak.. info yg amat berguna 🙂

  3. Dzul yus 09/05/2016 at 2:05 pm - Reply

    baru plan nak sembur kat pokok lada yang mati segan hidup mo tu

  4. saridah 09/05/2016 at 4:35 pm - Reply

    saya juga akn guna semburan pak aji utk tanaman hiasan saya…tqsm segala info…

  5. Norazah Hamzah 11/05/2016 at 10:19 am - Reply

    Saya sedang berkira-kira nak membeli Pak Aji ni. Membaca artikel ini terus termati niat. Baiklah saya teruskan dgn baja roti.

    • wan 11/05/2016 at 2:02 pm - Reply

      baja roti?..boleh cik norazah detailkan dkt cni?…mcm menarik dgr…

  6. Shaakira Uzir 11/05/2016 at 10:20 am - Reply

    Sy baru beli lps baca ni. Nak sembur kat pokok bunga. Sayur n pokok buah biarlah guna baja organik ja. Tq admin

  7. norita 11/05/2016 at 10:38 am - Reply

    saya pun dah byk kali baca tentang ajinomoto di FB… tapi belum cuba lagi

  8. deddy 11/05/2016 at 10:44 am - Reply

    saya tidak begitu faham tuan sukatan ajinomoto untuk benyemburan sayuran ini dan bole kah tuan tolong tunjuk ajar dengan simpel sikit karna malum la tuan aku tidak punya skolah maakn saya…

  9. Wan Raziah 11/05/2016 at 10:45 am - Reply

    Sy pernah poskan berkenaan MSG digunakan utk tanaman, di group kebun bandar, dgn menyertakn sekali screenshot dari laman2 web… tp hairan x sampai 2 jam, pos sy tu hilang, mgkn didelete… tp lps tu ramai yg poskn ttg perkara sama…

    Klu kita tanam sendiri utk mkn sendiri, elok la kita jaga penggunaan baja dan racun… seboleh mgkn guna la yg organik..

  10. farouq 11/05/2016 at 10:52 am - Reply

    saya setuju dgn artikel ini berkaitan kesan sampingan msg thdp tanaman.bgmana plak dgn penggunaan epsom salt@garam epsom?ada kesan sampingan tak?

    • Izham Alias 11/05/2016 at 11:13 am - Reply

      Garam epsom adalah garam bukit yang kaya dengan unsur Mg. Tiada masalah sebagai bahan tambahan untuk pokok kita.

      • aida 03/11/2016 at 9:53 am - Reply

        Hai saya nak tanya bagaimana cara skiranya saya ingin menggunakan Epsom salt untuk tanaman kaedah nutripot. Bagi menggalakkan pertumbuhan pokok atau ada baja lian yang lebih sesuai. Terima kasih

  11. Mabonda 11/05/2016 at 11:58 am - Reply

    Teruskan dengan post post seterusnya

  12. Siti Fatimah Ahmad 11/05/2016 at 12:03 pm - Reply

    Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Izham Alias….Perkongsian bermanfaat dan tentu sahaja baik untuk tanaman yang bukan dimakan. Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  13. Hafies Abd 11/05/2016 at 2:45 pm - Reply

    jangan siram MSG pada anak² anda yang berumur 2-5 tahun. jika anda menyiram anak anda dengan MSG, anak anda akan membesar dan pucuk baru akan muncul… hehehehe

    • Anonymous 23/02/2017 at 10:41 pm - Reply

      Sorry bro, tak kelakar la, ok!

  14. suria 11/05/2016 at 5:21 pm - Reply

    Terima Kasih dengan info di atas betulah sangkaan saya semburan pada sayuran dan makanan ada kesannya kelak lebih baik sembur pada tumbuhan berbunga dan pokos hiasan

  15. Sue sari 11/05/2016 at 8:40 pm - Reply

    Perkongsian ilmu yg amat bmakna..terima kasih

  16. Immy Nur Arman B Ibrahim 12/05/2016 at 12:10 am - Reply

    Dah beli pun pak aji tu, tapi belum la nak sembur lagi… nampaknya rezeki untuk pokok hiasan la pak aji tu… Terima kasih diatas penerangan

  17. Tg zamihah 12/05/2016 at 11:42 am - Reply

    Assalamualaikum..memang cerita penggunaan msg berlegar2 diinternet..dengan adanya info sebegini pembaca dpt serba sedikit tmenambah pengetahuan..sgt bermanfaat..terima kasih saudara izham.

  18. Miss mira 13/05/2016 at 12:15 am - Reply

    Msg vs belacan..agak2 mana satu yg terbaik?

  19. Ain nora 13/05/2016 at 12:27 am - Reply

    Cadangan yg baik. Sya tdk bercadang utk menggunakan MSG kpd pokok2 sayuran sya. Kerana sya ingin menanam pokok secara organik…bebas racun dan bhn kimia lain.

  20. Ningkan Gamal 14/05/2016 at 9:55 pm - Reply

    Terbaik….Terima kasih admin..Diharap kawan2 semua ambil perhatian.

  21. Effendy 21/05/2016 at 2:10 pm - Reply

    Good info. Tq admin.

  22. Emily ch 21/05/2016 at 5:45 pm - Reply

    Dimana Boleh saya dapatkan buku “jimat dari dapur “

  23. Zi 23/05/2016 at 8:23 am - Reply

    Sy x kira nak guna je…
    Yg penting nampak subur…
    Suka tengok.. hihi

  24. Siti Fatimah Ahmad 30/05/2016 at 7:09 pm - Reply

    Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Izham Alias….

    Alhamdulillah, setelah membaca posting ini, saya mendapat idea itu mencuba penggunaan aji no moto dengan menggunakan kaedah pertama ke atas pokok bunga Kembang 8 pagi. Ternyata hasilnya benar dan memuaskan. Sejak itu saya mula memberi aji no moto ke atas pokok pokok bunga yang lain.

    Berikut saya kongsikan pengalaman kecil saya bersama rakan Kebun Bandar.Com.

    https://webctfatimah.wordpress.com/2016/05/30/ct389-kebun-fatima-10-aji-no-moto-msg-meningkatkan-tumbesaran-pokok-bunga-kembang-8-pagi/

    Terima kasih atas pengenalan kepada bahan aji no moto ini.
    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  25. zaman 01/06/2016 at 12:22 pm - Reply

    Masa sekolah dulu saya selalu tolong ayah dikebun. Saya masih ingat apabila ayah ingin meracun rumput, ayah akan campor sedikit aji dalam bekas meracun. Katanya racun akan lebih cepat berkesan kalau campur aji, rumput akan cepat mati. Racun juga akan tetap berkesan dan tidak mudah luntur walaupun hujan turun semasa kami meracun.

  26. Qq 13/06/2016 at 10:47 am - Reply

    Assalamualaikum….tumpang tny…cara guna baja aji no moto untuk pokok bunga sebulan sekali atau macam mana …

    • Izham Alias 16/06/2016 at 10:31 am - Reply

      Boleh guna untuk semua. Dos berdasarkan keperluan. Kalau pokok bunga, boleh letak sebulan sekali.

  27. nurun 12/10/2016 at 10:29 pm - Reply

    trima kasih admin atas info nya

  28. Amin 31/10/2016 at 12:55 am - Reply

    Salam..sy bru ad trbaca info ini.bg pndgn sy klo guna ajinomato takpe pd tanaman..nk berbanding dgn kita..faktornya adalah beza sistem perkumuhan ..dn tumbuhan memerlukan karbondioksida,manusia pelu oksigen..ape yg ad pd karbondioc?dn ape yg perlu pd tanamn utk mmbesr?cuba kita cari..mgkin kesn buruk yg berlaku kpd kita jika guna ajino brbndg dgn tumbhn..

  29. maznah musa 12/11/2016 at 9:00 am - Reply

    Nak cerita pengalaman. Hobi sy bercucuk tanam dlm pasu. Banyak. Tapi semua tanaman sy hilang masa banjir 2014. Masa banjir rumah sy nampak atap shj. Bayangkanlah. Tapi pasu-pasu sy tak hilang. Saya kenal pasu saya. Semua warna putih. Sy cari, pungut merata alam. Sangkut kat rel kereta api pun ada. Dalam parit, longkang sy cari, sy pungut. Sy kumpul semua tanah selut keliling rumah. Dptlah 3, 4 bukit tinggginya. Sy guna tanah tu . Skrg tanaman sy dah nampak hasil . Terung, pokok herba, keladi kunyit. sayur subur menghijau. Ajinomoto aaih, memang sy guna.!! Semua petua yg sy baca,sy cuba, sy ikut. Hidup sy begitu indah dikelilingi tanaman menghijau. Tapi…… setiap kali menjelang november, disember hati saya berdebar-debar semula……. sekarang ni hujan lebat………

    • Izham Alias 13/11/2016 at 6:12 pm - Reply

      Terima kasih atas perkongsian puan. Inspirasi buat yang membaca.

  30. Salbiyah Japar 13/11/2016 at 10:19 pm - Reply

    TTq atas perkongsian Info yang sangat berguna.Syabas dan tahniah kepada Pn Maznah Musa atas usaha and a.

  31. ummu majdi 07/12/2016 at 6:47 am - Reply

    Tkasih atas info. saya dah pun membeli ajinomoto utk spray pada rose jepun yg tak berbunga2..

  32. Tehha 07/12/2016 at 12:55 pm - Reply

    terima kasih atas perkongsian yg sgt berguna ini

  33. Asma' wahida 11/12/2016 at 11:22 am - Reply

    Salam, nak tanya boleh tk guna untuk pokok orkid?

    • Izham Alias 11/12/2016 at 1:45 pm - Reply

      Wasalam.

      Setakat ini saya tak perncah cuba. Wallahualam.

  34. joe 24/12/2016 at 12:23 pm - Reply

    salam ank benih lw bru brusia 2 minggu bole ke dsmbur msg adkh ade effect pde ank pkok tu sbb sy sminggu smbur 2 3 kli de stngh lyu n mti

  35. akmar 20/02/2017 at 8:01 am - Reply

    Saya rasa kandungan ajinomoto yang disembur pada tanaman telahpun terurai dan tidak lagi memberikan kesan kepada kita. Suka melihat tanaman yang subur dan menghijau.

Leave A Comment