Cara Mudah Buat Racun Organik Buatan Sendiri Guna Cili dan Bawang Putih

racun organik buat sendiri bawang putih cili pedas

Kebun saya selalu diserang serangga perosak seperti koya-koya (mealy bug), lalat putih, afid (kutu daun) dan ulat bulu. Banyak pokok saya rosak dan mati. Ramai cadangkan guna racun kimia tetapi saya tidak suka.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri racun ini guna bahan-bahan dari dapur kita sahaja. Serius mudah dan jimat duit.

buat sendiri racun organik lalat putih cili white flies bawang cili padi
Lalat putih sering menyorok di bawah daun. Sedikit demi sedikit pokok akan mati akibat diserang lalat putih. (sumber)

Mengapa Tidak Guna Racun Kimia?

Pertama, penggunaan racun kimia berbahaya kepada manusia dan persekitaran. Kelengkapan seperti penutup mulut dan sarung tangan wajib ada semasa kendali racun kimia. Saya tahu sebab semasa saya belajar di UPM dulu, saya kena buat begitu. Jika tak, saya akan dimarahi oleh pegawai bertugas.

Cuba fikir lagi, jJika untuk kendalikan racun kimia itu sendiri memerlukan kelengkapn yang bagus, bagaimana pula apabila kita sembur pada tanaman yang akan masuk perut kita? Bukankah bahaya? Bagaimana pula kesannya pada haiwan peliharaan kita seperti kucing?

Kedua, adalah pada harga yang mahal. Bayangkan satu botol kecil saiz tin minuman, harga sudah boleh mencecah RM100. Walhal guna sedikit sahaja. Sangat tidak sesuai untuk pekebun bandar skala rumah macam kita ini.

Jadi saya pun mencari resipi buat racun organik di rumah. Akhirnya jumpa satu untuk saya kongsikan resipi membuat racun organik yang sangat mudah dengan hanya guna dua bahan utama iaitu cili padi dan bawang putih.

Resipi Racun Organik

Bahan A:

  1. Bawang putih – 1 labu
  2. Cili padi – 6 biji
  3. Air  – 500 mL (satu botol minuman biasa)

Bahan B:

  1. Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1/2 sudu makan
  2. Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Bahan B ini adalah agar semburan kita melekat pada daun dan serangga. Kita namakan ini perekat. Namun ada risiko jika kita terlebih bancuh boleh menyebabkan pokok layu. Jika takut hal ini berlaku, anda boleh dapatkan perekat organik yang berkualiti di siniOpens in a new tab.. Guna sedikit sahaja tapi hasilnya bagus. Apatah lagi semua sudah ada dalam perekat organik ini termasuk ekstrak mambu.

Alat:

  1. Penapis
  2. Penyembur tanganOpens in a new tab. – 1.5 L

Cara buat:

  1. Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
  2. Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  3. Simpan pati di dalam bekas dan peram selama 12 jam
  4. Agar pati racun ini tahan lama, anda boleh masukkan ke dalam peti ais. Dengan itu pati ini dapat bertahan sehingga 6 bulan. Pati ini rosak apabila ada buih dan berbau masam

Cara guna:

  1. Masuk 100 mL pati dan bahan B (atau untuk yang organik, JWA) ke dalam penyembur
  2. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  3. Goncang sehingga semua bahan sebati
  4. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun setiap hari sehingga serangan serangga hilang atau berkurangan
  5. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang melaporkan pokoknya layu setelah membuat semburan resipi racun organik ini. Jika hal ini terjadi, terus siram seluruh pokok dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada tempat semburan.

Semburan racun organik ini perlulah berkala. Kita tidak boleh berharap sekali sembur dan serangga tidak akan datang lagi. Tidak, itu bukanlah bagaimana racun ini bertindak.

Sebab itulah untuk memudahkan kerja ini, saya gunakan penyembur tangan bertekanan. Apa benda tu? Boleh cek jenis yang saya gunakan penyembur tangan di siniOpens in a new tab.. Perlu beli yang berkualiti agar sekali guna tahan bertahun-tahun.

Bagaimana Cili dan Bawang Putih Boleh Jadi Racun?

Cili mempunyai rasa pedas yang apabila disembur akan membuatkan serangga perosak tidak selesa. Manakala bawang putih mempunyai bau yang kurang selesa kepada serangga. Selain itu bawang putih mengandungi bahan anti-kulat yang mampu mengurangkan serangan kulat pada pokok.

Campuran kedua-dua ini mampu membuatkan perosak tidak mendekati pokok kita dan seterusnya tidak membuat kerosakan.

Minyak dan sabun cuci pinggan berfungsi sebagai perekat pada badan serangga. Namun ada risiko jika terlebih dos dua bahan ini boleh menyebabkan liang stomata pada dedaun pokok tersumbat. Oleh sebab itu saya sarankan anda gunakan perekat organik yang saya buat sendiri iniOpens in a new tab..

emel kebun bandar

Video Cara Buat Racun Organik

Agar pembaca sini lebih faham, saya rakam khas satu video kaedah menghasilkan racun organik ini. Selamat menonton!

[Video] cara membuat racun organik guna cili dan bawang putih.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Alhamdulillah tq tuan izham atas perkongsian

  2. Ya betul.

  3. Nak tya,bahan A terus di campur gan bahan B ke sebelum di peram?

  4. assalamualaikum semua,

    saya tanam pokok jambu tapi bila mula berputik, semua gugur, tolong share ilmu nak mengatasinya.

    terima kasih.

  5. Pertama, paling mudah adalah tangkap dan bunuh serangga.

    Kedua, cuba sembur dengan cuka kayu 2 kali seminggu. Cuka kayu ada bahan mampu elak serangga makan daun.

    Terakhir, sembur racun organik berkala. 3 kali seminggu.

  6. Bosku, bagaimana cara organik cegah / musnahkan serangga yang menyerang pokok /daun dan buah timun? Terima kasih

  7. Boleh cuba sembur dengan racun organik dan cuka kayu.

  8. Boleh. Sebagai penghalau sebelum diserang. Seminggu sekali sudah memadai.

  9. Boleh sembur dengan cuka kayu.

  10. Satu labu itu adalah sebiji bawang putih yang belum dikopek.

  11. Assalamualaikum semua
    Nak minta tlg mcmana cara nak rawat tanah. Kawasan rumah sy tanah tambak. Tanam mcm2 pokok dah tapi mcm bantut je walaupun dah letak baja 2x sbulan. Pastu ada ulat mcm kat tanah kelapa sawit. Dia tak makan daun2 pokok tapi dia macam duduk dalam tanah pangkal pokok. Ada yang bgtau kena tukar tanah, pengsan kalau nak tukar tanah😅 ada yang bgtau kena selalu tabur baja kompos sbb saya guna baja kopi je😅
    Terima kasih

  12. Bahan A (kisar):

    Bawang putih – 1 labu
    Cili padi – 6 biji
    Air – 300 mL (satu cawan biasa)

    Nak tanya, apa maksudnya ” Bawang putih dan 1 labu” tu ? Berapakah kuantiti Bawang putih dan 1Labu itu apa? Tq atas respon tuan.

  13. Assalamualaikum ada cara untuk kawal cendawan dari serangan lipas dan semut?

  14. Tuan,

    Boleh ke racun organik ni disembur pada pokok yg tiada bermasalah? Kalau boleh, seberapa kerap jumlah semburan yg sesuai? Terima kasih.

  15. Minyak byk sgt kot boss sampai pokok selaput dekat minyak

  16. saya ada pokok bidara yang sihat. tapi daun pokok bidara saya semua berbintik² putih kecil. bila tengok di bawah cahaya matahari nampak bintik putih seperti kesan kena makan oleh hama.
    da trim/buang semua daun, tapi daun yang baru tumbuh pun mengalami masalah yang sama.
    tolong bantu saya atasi masalah ini. susah saya nak dapat pokok ni dulu. beli dari kecil 9 daun tapi bila da besar ada masalah pulak.

  17. Fungsi lain. Cuka kayu akan menambahbaik racun organik ini. Elok dibancuh bersama.

  18. Assalamualaikum, en.Izham
    Nak tanya, adakah fungsi racun organik ni sama dgn fungsi cuka kayu 2ml yg dibancuh dgn 1L air ? Cuka kayu itu juga boleh jadi racun organik juga kan?

  19. Ada su terbaca di fb… suruh guna air basuhan beras yg pertama…siramkan pd tanah pokok tu Cubalah…

  20. Saya guna penyembur serangga organik Qasrich. Sbnrnya ia utk lalat, semut dan plbagai lagi serangga. X sangka bila try kt pokok ia sgt berkesan. Pokok cili yg hidup segan mati tak mahu, menjadi hijau semula daunnya, Dan bnyk lg pokok yg kritikal kerana diserang kuya2 sdh pulih. Dkt label botol, penyembur tu dikatakan di proses dr cuka diperam.

  21. tqvm en izham. perkongsuan yg sgt baik.

  22. Kalau betul pedas, boleh la. Kita guna cili api sebab nak kan kepedasan tu.

  23. boleh tak gantikan bahan cili api dengan serbuk lada kering (halus macam tepung) yang ada terjual di mydin

  24. Cili kering tu nakbuat camna

  25. 3-4 bulan.

  26. Salam sejahtera tuan…Berapa lamakah Bahan A ini boleh disimpan?

  27. Waalaikumussalam. Tu tanda telah diserang semut hitam dan menyebabkan kulat putih tumbuh.

    Cuba siram dengan racun neem oil.

  28. Rasanya ajinomoto di campur dgn air kemudian di sembur/siram pd pokok. Utk pokok kecil, sukatannya adalah 1 sudu teh ajinomoto dibancuh dgn 5 liter air..

  29. As slm, nak tanya racun organik ni boleh diaplikasi ke atas semua jenis sayuran kker?

  30. Biasanya akibat diserang kulat. Boleh guna racun kulat.

  31. As slm, sy nk tanya, sy tanam pokok bunga ros. Kenapa tepi daun jd hitam dan kering. Di tanah sy nmpk ad mcm binatang kecil merayap.

  32. Ya boleh.

  33. Assalam En Izham. Adakah semburan baja organik ini boleh diaplikasi atas senua jenis penyakit pd pokok dan buah cili tuhh??

  34. Assalamua’laikum tuan,
    Pokok pokok tanaman dalam pasu saya kebanyakkannya mati dan bila saya cabut pokok pokok tersebut saya dapati banyak debu debu putih di akar akarnya serta bercampur dgn tanah. Adakah itu serangga perosak? Apakah nasihat tuan utk saya mengatasi masalah ini?
    Terima kasih.

  35. 2 kali seminggu.

  36. Assalam En Izham, adakah sama kekerapan sembur racun organik ni pada pokok lada. timun, terung, kacang panjang, peria? berapa kali kekerapan?

  37. Boleh.

  38. daun pokok lemon saya dimakan ulat…boleh ke saya menggunakan racun organik nie…klu digunakan untuk kawalan pada pokok tomato boleh jgk kan…

  39. Boleh bubuh racun semut dibeli dari kedai RM2.

  40. Macam mana nak menghalau semut pada batas tanaman.. Saya menanam jagung banyak Sgt semut keliling pokok dan batas tanaman.. Adaaa cara yg organik kaaa nk menghalau semut tuhh?

  41. Ramuan ini selamat untuk manusia.

  42. Saya cadangkan pangkas semua tebu tersebut. Kemudian bakar. Guna petrol untuk bakar.

  43. Boleh rujuk artikel lain saya berkaitan ajinomoto.

  44. Boleh makan.

  45. Nak tanya. Saya tersembur pokok2 buahan (tapi belum berbuah) dgn racun anai2 sebab geram sgt kat ulat2 yg makan pucuk2 daun pokok. Boleh ke makan buahnya nanti kalau berbuah atau tebang je pokok2 tu.?

  46. Salam blh x kongsikan bgaimana cara nak menggunakan Ajinomoto utk hapuskan bena.

  47. Bro macam mana untuk mencabut keluar atau remove tanaman tebu hadapan rumah saya sepenuhnya, nyamuk saiz besar tu banyak, susah nak potong satu demi satu. Ia jenis tebu merah tebal. Bawah tanaman tebu rumput2 serta lalang2 cepat tumbuh, susah untuk dibersihkan. Dah potong beberapa kali, tapi masih ia tumbuh balik. Sesetengah tebu tu dah macam jadi kering macam fosil tapi susah nak potong yang kering pun, nak bakar pun tak reti. Help! TQ Bro.

  48. Encik Izham, adakah ramuan ini berbahaya kepada manusia, kalu terkena makanan beracun kah makanann itu

  49. Baja organic ni boleh apply kpd tanaman hidroponik ke tuan?

  50. Saya diberitahu cara yg mudah ialah rendaman air tembakau. Setakat ini belum dicuba lagi.

  51. salam perkenalan semua, nak tanya kalau pokok2 selalu diberak oleh burung gagak ada effect ke pada pokok? sy perasan lepas kena berak dek gagak, tumbuh kulat plk pokok kari sy…..mohon bantuan..

  52. bahab b guna sabun pncuci pngan yang cecair ke yang keras punya.?

  53. Paling mudah adalah dengan membuang sarang kerengga tersebut sehingga tiada kelihatan kerengga.

  54. Boleh asalkan pedas.

  55. boleh tak klau cili padi tu kita tukar cili kering

  56. salam. taman landskap saya jadi sarang kerengga. harap dapat memebantu. terima kasih tuan.

  57. Boleh ganti dengan minyak mambu.

  58. salam en izham..selain dri cili ada x bahan lain yg sy blh guna? sebab kdg2 bila tgh sembur kena kulit saya x tahan dan pedih.

  59. Assalamualaikum en izham dan rkn2 kbun bndar
    Sy dh mula buat n guna racun organik buatan sendiri utk mmbunuh koya
    Alhamdulillah pokok x layu dan amat jimat. Terima kasih en izham

  60. Ya boleh digunakan.

  61. Ya boleh digunakan. Kekerapan perlu tingkatkan apabila hujan.

  62. untuk pokok yang diserang belalang, boleh juga ke guna kaedah ini?

  63. Salam, nak tya kalau pokok saya daunnya ada hama warna merah. Boleh tak guna racun organik ni?

  64. assalam puan, boleh tak puan kongsikan cara menggunakan baja ajinomoto tu? puan boleh email kat saya di alamat berikut nikabdullahzawawi@gmail.com

  65. Ya. Kalau terlalu pekat, menyebabkan pokok mengalami kerosakan.

  66. penyebab pokok jadi layu di sebab kan oleh kuantiti cili ataupon sabun ye ?

  67. geramnya habis ulat hijau mkn daun kari daun kunyit…nk buat cm ne sedayyy ni…daun kari sy gmok2

  68. Utk bunga melur boleh ke???

  69. Mungkin telah diserang penyakit. Boleh cantas dan tunggu tumbuh baru.

  70. Salam en. Izham. Nak tanya. Kenapa pucuk anak pokok kedondong sy mengerekot kebawah.

  71. Salam admin…boleh kah dsembur kpda pokok jagung

  72. Assalamualaikum Encik
    TQ atas info yang sangat berguna dan mahal ini.Saya nak mintak izin share info ini.
    Tq sekali lagi

  73. Share la tuan. Emailkan ke raniaresources@yahoo.com

  74. Bolehkah kalau tak peram 24 jam terus guna tuan. Geram sakit mata tengok makhluk halus tu berpesta kerjakan pokok

  75. salam..
    saya ada tanam keladi cina.. masalah yg sy hadapi ialah ada semut yg tinggal d bwh tanah(maybe) di tmpt sy menanam.
    keladi nampak sihat jg cuma sy risau semut2 tu makan keladi dr bwh tanah plak.. hehe..
    kalo sy sembur ramuan A tu pada tanah tidak jejaskan apa2 ka pd tanaman sy?

    #BerjinakJinakDenganPertanian
    #MasihBelajar

  76. Boleh tiada masalah.

  77. Boleh kah di sembur pada akar? Koya2 banyak pada ekar pokok herba Sage saya

  78. Koya koya bukan membiak melalui semut. ia sejenis parasit. Semut selalu berada bersama koya koya sebab dia mengeluarkan sejenis enzaim yang manis. Jika koya koya hilang semut pun tak datang.

  79. utk yg menghadapi masalah kerengga /semut bersarang di pokok buah..tip menghalau kerengga /semut cuba gunakan ubat semut yg dijual dipasar mlm pn ada sebungkus dlm rm2 ja.lumur ubat semut pada ikan kembung..ikat elok2 gantung kt pokok yg ada kerengga/semut..pastikan tak jatuh nanti dimakan kucing ka ayam ka mati pulak..kerengga akan makan ikan yg telah dilumur dengan ubat semut tadi dn mati..mungkin akan pindah terus…selamat mencuba.

  80. saja nk kongsi skit disini..utk pokok buah spt jambu,markisa ka atau lain2 sekiranya buah berulat ini disebabkan serangan lalat buah..ada ubat /sejenis pewangi yg dijual dipasaran digunakan utk perangkap lalat buah ini..ubat ini diletakan pada kapas..kapas digantung dalam botol..botol ditebuk keliling yg lubangnya memadai utk lalat masuk..bila dh masuk dia x boleh kelua dan mati didalam botol tersebut..harga pasaran dlm rm15 sebotol.

  81. baru tau tentang racun organic ni..sebelum guna racun sintetik, guna pada dos yang sangat rendah; asalkan kulat putih dapat dimatikan..resipi izham terbaik untuk kulat yang degil..mungkin bahan b guna kemudian..semburkan bahan2 dari resipi A dahulu sebab bawang ada enzim tersendiri..serai dengan aromanyea..tgk di discovery channel di afrika, gajah pun lari sebab tak tahan apabila serbuk dilempar pada mereka..

  82. Tq! Saya pelajar bahagian nie.. So info nie sangat sangat berguna.terima kasih share info nie encik.. Semoga tuhan memberi kebaikan kepada encik.. Organik lebih baik di amalkan dari racun yang smmgnya cepat terhapus serangga or perosak tumbuhan..tapi keburukan dia..kita yang mudah sakit dan boleh merencatkan imunisasi badan kan?

  83. Utk elakkan daun gugur, mungkin boleh diubahsuai sedikit campuran minyak masak / sabun

  84. Hamama merah boleh hilang tak?
    Jenis racun yg encik izham buat tu,

  85. Kalau daun melengkung bermakna terlalu pekat untuk pokok tersebut tampung. Cairkan lagi larutan semburan untuk pokok bunga raya dan kasturi.

  86. Salam. Baru shj cuba teknik ni. Daun tak layu tapi die ‘melengkung’ ke atas macam huruf ‘U’. Daun pokok bunga raya dan limau kasturi dua2 mcm tu… pokok cili dan yg lain OK.. tolong bantu apa sebabnya?

  87. Saya tak berapa faham sangat. Boleh rujuk pada www.tinohtin.com untuk maklumat lanjut.

  88. Encik nak tanya kenape pokok tin daya daun dia macam kering kelilingnya dan mudah jatuh

  89. Untuk pokok cili@ smua jenis cili,bisa dipakai kah racun organik yg disyorkan oleh tuan seperti diatas..sebab kalau smua cili yg masak@belum masak disembur dengan bahan kimia(racun perosak).tempoh kutipan hasil tuaian terpaksa mengikut tempoh yg ditetapkan oleh pembekal tersebut…kalau ikut tempoh itu memang banyak rugi pasal cili yg lain yg boleh dituai terpaksa dilupuskan..nak tunggu sampai tempoh seminggu@ 2 minggu memang dah gugur dah dari tangkai…saya tanam cili bulat@cili labu..tak tahu serangga apa yang suka sangat sengat buah cili tinggalkan telur ulat sampai makan buah cili sya….harap tuan bisa tolong saya berikan jawapan atas soalan saya.terima kasih

  90. Buah busuk biasanya disebabkan lalat buah. Buat perangkap lalat buah agar pokok berbuah kurang serangan lalat buah seterusnya kurang buah busuk.

  91. Salaam. Says Nan tanya pasal Nan buat racun ulat buah Jambu… sape boleh konsikan..terima kasih..

  92. Assalammualaikum, boleh beri saya penerangan sebanyak mungkin tentang baja organik dan baja inorganic.

  93. Puan, macam mana guna ajinomoto tu ye? Tabur atau dijadikan cecair?

  94. sy memang tgh cari racun serangga organik.
    terima kasih admin

  95. Says dah guna aji no moto utk pokok.baru tiga
    hari dah npk perubahan daun kuning dah jadi hijau.pokok tumbuh pucuk baru.nampak berkesan .seronoknya.

  96. Info yg sangat berguna…Tq.

  97. terima kasih saudara Laurance..peringatan berguna

  98. kami mengalu2kan segala perkongsian yang bermanfaat kepada org ramai….

  99. terima kasih atas resepinya…. tanah d rmh saya byk ulat yg kepala coklat badan putih n belakang sekali hitam, boleh ke guna racun serangga nj.

  100. Assalamualaikum wbkth.. saya ingin bertanya. Apa racun organik yg sesuai utk mengelakkan pokok dr serangan anai2

  101. kalau siram racun organik Encik Izham ni,, jangan dibiarkan terlalu lama terdedah matahari kerana liang stoma daun tertutup kena sabun,,,minyak,,,siram air biasa semula selepas agak-agak kutu hama/trips dah mampus…Kalua tak, daun semua layu.. gugur. Teknik in sangat berkesan bunuh hama putih.

  102. Assalamualikum semua.
    Salam perkenalan.
    Alhamdulillah kerana ramai yang sudah beralih kepada inisiatif umtuk memggunakan kaedah organik bagi menggantikan racun dan baja kimia.
    Saya ada ramuan yang rasenye boleh dikongsikan disini bagi mengurangkan ladar serangan musuh perosak tanaman dengan kaedah organik yang boleh diolah dirumah masing2.
    Jikalau diizinkan oleh pemunya blok ini.

  103. kalau guna cili kering oleh ke??

  104. sama laaa.. semut api berkumpul kat pucuk pokok kari… ada bende warna putih menutup pucuk kari tu..

  105. Semut merah buat sarang kat pokok tanaman, macam mana nak halau semut tu dengan cara organic?

  106. Pokok kunyit mati lepas sembur…adoiii die layu pastu terus abes sedeyyy…tula silap x test satu-satu… Sekarang tnm balik

  107. boleh x digunakan untuk sawah padi?..bkn apa,nak kurangkan penggunaan racun kimia..orang shat..padi pn shat

  108. Assalam.racun organik tu boleh tak digunakan pada pokok lada yang buahnya ada ulat..

  109. Ini adalah racun organik untuk membunuh serangga. Bukan untuk membunuh rumput. Silap faham ini.

  110. en izham…racun di atas sesuai untuk semua jenis rumput ke? dan waktu paling effektif untuk membuat semburan racun ni..

  111. Terima kasih kak! Tips yang berguna.

  112. Askm dik…. nak tambah sb ni mmg masalah utama di kebun akak yg di huni koloni semut pembawa koya-koya ni. Kwn kak di Amerika saran tabur serbuk arang @ abu kayu serata tanah dekat pokok kita bg menghalang semut. Tiada semut, tiada Koya2 🙂 Wasalammm….p/s: apa pun semut ni dia rajin satu, teladan yg baik, dua, abis di angkutnya Fruit Flies dr markisa akak..hehe..belalang pun dh makin kurang walau brokoli ungu akak hampir2 botak. Terpulangla…

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!