5 Soalan Sebelum Mula Berkebun

Berkebun memang satu perkara yang menyeronokkan. Tetapi tahukah kita bahawa sebelum mula berkebun apa persiapan yang sesuai?

Jika sebelum ini saya bercerita tentang Kesilapan Pekebun Amatur, kali ini kita sebelum kita mula mencangkul eloklah kita bertanya beberapa soalan pada diri kita sama ada kita ini sesuai berkebun atau pun tidak.

1. Di mana hendak berkebun?

Soalan ini amat penting apabila kita hendak mula berkebun. Kita perlu tahu situasi sebenar kesesuaian kita berkebun. Dengan tahu di mana kita boleh berkebun, kita akan tahu pokok-pokok apa yang sesuai untuk kita mula menanam.

Jadi, haruslah kita mengenalpasti rumah kita sama ada rumah apartment atau pun rumah teres atau banglo. Dua jenis rumah ini berbeza pendekatan untuk menanam.

Beruntung sesiapa yang tinggal di rumah atas tanah. Ruang yang ada boleh digunakan sepenuhnya untuk berkebun. “Tetapi rumah saya bersimen penuh,” soal seorang ahli Kebun Bandar. Boleh mula berkebun dengan pasu. Hal ini sama juga untuk sesiapa yang tinggal di bangunan bertingkat-tingkat.

2. Siapakah kita?

Soalan ini mungkin pelik tetapi percayalah ini paling penting sekali. Kita kena tahu kita ini jenis apa.

Adakah kita ada masa untuk berkebun?

Adakah kita selalu keluar dari kawasan iaitu beberapa hari tiada di rumah?

Adakah kita ini jenis pelupa?

Bilakah masa kita bekerja? 8am-5pm? Bila masa kita akan berada di rumah?

Adakah pasangan kita bersama-sama menyokong kita berkebun?

Adakah kita jenis suka lompat melompat dari satu hobi ke hobi yang lain? Dengan erti kata lain kita mudah bosan dengan sesuatu hobi?

Jadi, cubalah dengan jujur jawab soalan-soalan yang saya lontarkan. Dengan ini kita sendiri dapat menilai sudahkah diri kita ini boleh berkebun dengan jayanya?

3 Suka Makan Apa?

Fokus Kebun Bandar lebih kepada penghasilan taman atau saya lebih suka guna istilah kebun, yang boleh dimakan. Kita tanam tanaman yang mampu mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Pergi jalan ke pasar. Lihat sekeliling. Apa sayur yang kita minat dan suka makan. Kemudian cari benihnya. Setelah dapat biji benih, belajar cara tanam pula. Setiap biji benih lain pendekatan menanamnya.

emel kebun bandar

4. Berapa Lama Masa Menanam?

Ada tanaman yang hanya perlu sebulan sahaja untuk menanam seperti kangkung, bayam, dan sawi. Ada pula yang memakan masa sehingga tiga bulan seperti kubis, brokoli, lobak merah, lobak putih dan labu. Apabila kita mengetahui masa menuai setiap tanaman, kita dapat tetapkan perancangan menanam dengan baik.

Saya bagi contoh apabila saya ingin memakan kangkung setiap minggu, saya akan jarakkan masa penanaman untuk kangkung saya. Di dalam bekas A, saya tanam kangkung pada minggu pertama setiap bulan. Kemudian di dalam bekas B pula, saya tanam kangkung pada minggu ketiga. Ada 2 minggu jarak.

5. Apakah Khasiat Setiap Makanan?

Kandungan nutrien dan khasiat setiap tumbuhan yang kita tanam juga penting untuk kita ketahui. Maklumat ini dapat memberi kita motivasi untuk menanam. Taklah kita tanam bayam merah hanya untuk memenuhi keperluan serat. Walhal bayam merah mampu menambah kandungan darah merah kita. Tahu tak? Itu pun penting.

Kesimpulannya, saya harapkan dengan kita melampirkan soalan-soalan ini sebelum kita berkebun akan dapat membantu kita untuk lebih istiqamah(konsisten) berkebun.

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Boleh guna kompos.

  2. Salam Tuan
    Baja organik yang bagus untuk pokok herba supaya kekalkan daun hijau?
    Bagaimana dengan siraman?
    Adakah sesuai dengan cara fertigasi?

  3. assalam…. di rumah saya ada membela arnab. boleh x jika saya menggunakan tinja arnab itu sbg baja… adakah perlu ianya disimpan dahulu utk tempoh masa tertentu… atau boleh digunakan terus secara langsung….

  4. Assalam….
    sebelum nie saya menetap di selangor.. tinggal di quaters estate menyebabkan peluang utk menanam tu hampir 0 sbb bila tanaman mula naik… maka pekerja ladang menyembur racun ke atas tanaman saya.. dgn alasan rumah terletak berhampiran dewan besar.
    sekarang saya telah menetap di kampung saya di johor… saya minat dalam penanaman pokok cili… masalahnya, rumah saya terletak di atas bukit. bila kita menanam pokok cili di dalam tanah… senang utk diserang anai-anai. saya ada membeli cuka kayu dari pihak encik izham… saya sudah menyembur kali pertama pokok2 saya… saya dapati warna daunnya kelihatan lebih segar… serangga pemakan daun spt belalang sudah tidak kelihatan… terima kasih atas info berkaitan cuka kayu encik.

  5. Asalamualaikum..sy jual rumah sewa sy utk beli kebun d Perak..semua 5 soalan tu ada pd jawapan diri sy InshaAllah…sy meme terlalu minat berkebun..sy tanam durian belanda tak menjadi..sy tanam pisang habeh monyet sekah pokok mkn umbut pisang…dah 3 tahun tanam durian musang boleh tahan..ok.apa yg perlu d jaga utk pokok durian belanda??tanah nye ke..baja nye ke..3 tahun tanam tak mau berbuah..beneh kawin..tanam pokok petai hybrid Kena tipu penjual beneh..hi nasib

  6. Kerengga tiada masalah. Markisa gugur mungkin kurang baja. Boleh tambah baja.

  7. Salam tuan…saya ada pokok markisa yg menjalar cantek. Bunga tak putus keluar..tp syg gugur pulak, satu pun x lekat. Pd hal pokoknya saya jaga ,,siram & baja dapur. Apa puncanya? Yg saya perasan byk kerengga..adakah sbb kerengga tu yg merosakkan bunga hingga x berputik mjadi buah? Harap tuan bg sedikit tips

  8. Saya suka berkebun tapi lebih kepada gilakan bunga tarutama jenis mawar 😁 sampai2 kan saya sanggup membeli kt online walaupun belum ada 1pun yg tumbuh(takpa saya ni jenis yg penyabar..ecehh).
    2 bulan lalu saya telah menanam 3-4 btg pokok timun,bolehla tumbuh cantik tp tiba2 tanpa diundang si lady bird ni pula walaupun nampak kiut tapi macam kebulur dtg makan free kt kebun org, habis dikerjakan daun2 timun saya..camna ya nak halau diaorg ni tanpa membunuhnya..
    Tima kaci..

  9. Jawapan : Saya tinggal dirumah teres, hnya ada sedikit ruang tanah sahaja
    Saya bekerja dari pukul 8 hingga pukul 6
    Suami tak menyokong dalam dalam tanaman
    Saya juga pelupa

  10. terima kasih tuan. saya dah tanya diri saya soalan tu. jawapannya sama macam jawapan tuan. haha

  11. Assalamu’alaikum Tuan Izham
    Alhamdulillah. Terimakasih atas maklumat yang berguna ini

    Semoga bermanfaat kepada semua yang suka berkebun

    Saya suka membunga juga

  12. Assalamualaukum Tn Izham.
    Tulusan saya ni lebih berupa kepada cadangan.
    Saya adalah guru sekolah rendah yang mengajar Reka Bentuk dan Teknologi dahulunya dikenali sebagai Kemahiran Hidup. Memang opsyen kemahiran hidup.
    Jadi saya cadangkan tuan buatkan kursus atau seminar buat guru2 dgn kerjasama KPM. Sebab topik pertanian ada dlm silibus RBT. Mohon bantu kami guru2 mendalami ilmu pertanian untuk disampaikan kepada murid2.
    Saya yakin subjek RBT akan lebih berkesan dgn guru2 yg mempunyai ilmu yg mantap berkaitan pertanian.
    Saya ingn belajar pendekatan yg betul utk ajar murid2 bertani di rumah sbg satu kemahiran yg boleh di aplikasikan.
    Sekian terima kasih.

    Yang benar,
    Rathna Ismail.

  13. Bagaimana caranya nk join grp fb kebun bandar?

  14. makacih En Izham. Kami sekeluarga dah mula minat dan dah mula berkebun.

  15. Assalamulaikum

    Terima kaseh encik izham memberi ilmu
    Utk kebun bandar.
    Saya baru mula nak berkebun.

  16. Saya nak bertanya pokok musang king kalau dah brtumur 2 tahun berapa jangkaan ketinggian pokok tersebut

  17. trima kasih tuan izham informasinya smga menjadi berka bagi kita smua tuhan memberkati..

  18. Assalamualaikum,

    Saya ingin mendapatkan benih tanaman yang baik. Mohon sedara dapat syorkan benih yg baik utk saya tanam.

    Salam

    Hisam

  19. Assalaamu’alaikum wr.wb saudara Izham Alias…

    Alhamdulillah, saya sekarang sudah mulai berkebun. hari Sabtu lepas (7 Mei 2015), saya mulai menabur benih kangkung, bayam dan sawi sebagai permulaan seperti yang saudara admin cadangkan.

    Kini sudah 4 hari dan ketiga tiga biji benih sayur itu sudah mulai bertunas dengan subur.

    Cuma saya ingin bertanya, kenapa ada urat putih halus seperti sarang labah-labah muncul pada benih sawi dan bayam yang bertunas itu. Benih kangkung tidak ada pulak. Adakah itu memang prosesnya.

    Terima kasih sudah membantu. Semoga usaha saudara dan rakan2 diberkati Allah SWT. Aamiin.

    Insya Allah, saya akan berkongsi hasil kebun saya di blog saya suatu masa nanti.

    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  20. Waalaikumussalam.

    Alhamdulillah. Semoga laman ini dapat membantu puan untuk terus berkebun.

    Salam perkenalan dari Semenanjung.

  21. Assalam,,saudara idzam,,,

    Saya ingin tanya,,adakah saudara ada jual baja,,

  22. Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Izham Alias…

    Tips-tips di atas membantu saya memahami apa yang perlu saya lakukan sebagai pemula yang baru berjinak untuk berkebun saya. Tidak dinafikan banyak perkara saya sedang fikir untuk memulainya. Tulisan di atas secara langsung menjawab apa yang saya ingin tahu.

    Terima kasih dan salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!