Cara Tanam Sawi Atas Batas

/, Sayur Daun/Cara Tanam Sawi Atas Batas

Saya dan pelajar saya membuat lawatan ke sebuah ladang sayur berdekatan kolej. Saya lihat memang subur tanaman makcik ini. Jadi saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.

Makcik ini berkebun di kampung sahaja. Cara beliau menanam sawi atas batas mudah sahaja. Beliau membahagikan batas kepada dua jenis batas di kebunnya. Satu batas semaian dan satu batas tanaman.

Saya beri penerangan bagi setiap jenis batas.

Penyediaan Batas Semaian Sawi

  1. Sediakan batas dengan lebar 1 m, panjang 5 m (ikut kesesuaian) dan tinggi 15-30 cm.
  2. Tabur biji benih sawi di atas batas.
  3. Tabur sedikit tanah kering pada atas benih
  4. Gunakan siraman halus pada batas
  5. Tutup batas semaian dengan guni. Siram setiap hari sehingga bibit bercambah
  6. Bibit akan bercambah dalam 2-3 hari selepas disemai
  7. Apabila bibit mula bercambah, tabur dengan baja tahi ayam halus. Halus bermaksud kita perlu ramas sehingga jadi macam serbuk.
  8. Setelah bibit mengeluarkan 4-6 helai daun, bibit sudah boleh dipindah ke batas tanaman

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Penyediaan Batas Tanaman Sawi

  1. Siram pada batas semaian sejam sebelum bibit dipindah
  2. Pindah pada awal pagi atau lewat petang
  3. Cabut dengan berhati-hati bibit sawi sekali tanah agar tidak rosak akar
  4. Tanam bibit dengan jarak 10 cm antara bibit
  5. Tabur baja tahi ayam antara bibit. Elakkan baja terkena pangkal pokok
  6. Siram bibit tersebut
  7. Buat lindungan dengan jaring hitam. Jika tiada jaring hitam, boleh guna pelepah kelapa.
  8. Biar lindungan ini selama 2 minggu
    i. Ini bagi mengelakkan bibit kejutan cahaya matahari
    ii. Memberi masa untuk akar pulih
    iii. Untuk mengelak tekanan hujan turun merosakkan tanaman
  9. Sawi boleh dituai selepas 28 hari

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Cara Membuka Kebun Sayur

Cara Tanam Sawi Atas Batas

Kunci di sini adalah penggunaan baja tahi ayam. Baja tahi ayam memang sesuai untuk penanaman sayur. Makcik ini sudah 3 tahun tanam di kebunnya hanya menggunakan baja tahi ayam. Bukan tahi ayam segar ya. Tetapi yang telah dikeringkan atau yang telah diproses.

Memang kalau kita lihat kerja ini renyah. Perlu semai dan kemudian alih. Tetapi renyah itulah yang membuatkan kebun makcik ini kelihatan subur.

Tanam Sawi Dalam Pasu

Kaedah ini boleh diamalkan untuk tanam sawi di dalam pasu juga. Kita sediakan sebuah bekas untuk semaian. Semai biji benih sawi di dalam bekas semaian. Pastikan sentiasa lembab.

Apabila benih mula bercambah, tabur dengan tinja ayam halus. Seterus apabila empat hingga lima helai daun keluar, sudah boleh pindah ke dalam pasu lain pula. Satu pasu muat dalam satu hingga tiga sawi sahaja.

Selepas pindah, tabur pula dengan tinja ayam. Tuai setelah umur pokok sekitar 28-30 hari.

Masalah Pokok Cili

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2017-01-26T09:33:14+00:00 January 26th, 2017|Cara tanam, Sayur Daun|107 Comments

107 Comments

  1. Shaiful 26/01/2017 at 9:34 am - Reply

    Terima kasih tops tu….

  2. Myiptvfree Tanpa Bil 26/01/2017 at 9:36 am - Reply

    Terimakasih tuan Izham…panduan yang sangat berguna…amat berterimakasih kerana memberikan idea dan tips bernas cara berkebun yang ringkas tapi berkesan.

  3. yatiealy 26/01/2017 at 9:37 am - Reply

    Terima kasih kerana berkongsi cara menanm sawi dalam pasu ini. Saya suka sangat.

  4. Aniz 26/01/2017 at 9:39 am - Reply

    Saya anak cuba

  5. shilafas 26/01/2017 at 9:41 am - Reply

    saya tanam dlm kotak polistrin aje kerana kekangan ruangan..terima kasih atas tip2 yg diberi

    • ael luth 27/05/2017 at 7:25 am - Reply

      mcm mana nak tanam kat kotak polistren ye? minat nak tau..
      tq

  6. Cik Long 26/01/2017 at 9:59 am - Reply

    Assalamualaikum wth.
    Terima kasih tn atas perkongsian ilmu.
    InsyaAllah akan dipraktikkan.

  7. kamariah 26/01/2017 at 10:03 am - Reply

    terima kasih dgn ilmu yang berguna

  8. Zabidah 26/01/2017 at 10:08 am - Reply

    Assalamualaikum En. Izham

    Terima kasih atas info. Pernah juga menanam sawi dalam pasu tapi tak berapa nak menjadi. Insyaalah dengan panduan ini saya akan praktikkan.

  9. syed mohd puad 26/01/2017 at 10:15 am - Reply

    Waalaikumsalam En Izham,
    terima kasih atas tips & juga perkongsian ilmu..
    amat mudah untuk di praktikkan..

  10. Mohamad Naim 26/01/2017 at 10:16 am - Reply

    Assalamualaikum… thanks for information….will be practice after bayam and kailan….

  11. Rusila Ahmad 26/01/2017 at 10:29 am - Reply

    Terima kasih di atas perkongsian menanam sawi. In Shaa Allah saya nak cuba.

  12. suraini boli 26/01/2017 at 10:31 am - Reply

    Waalaikumusalam
    Terima kasih atas panduan yg diberi. Masa ini sy ada menanam sawi dlm hidroponik set. Sy letak satu sawi shj dlm lubang hidroponik..adakah ianya membazir atau saya perlu letak 2 atau 3 sawi?
    Selamat bercuti.

  13. Huzaini Yushak 26/01/2017 at 10:36 am - Reply

    Terimakasih En. Izham atas tips yg berguna. Tak pernah terpikir pulak bab nak hancurkan baja tahi ayam tu. Logik jugak ye…. hahahaha. Terimakasih sekali lagi.

  14. Mohd Yusof 26/01/2017 at 10:38 am - Reply

    Terima kasih Encik Izham atas perkongsian ilmu

  15. noriah abdullah 26/01/2017 at 10:44 am - Reply

    waalaikumusalam.
    terimakasih en. Izham atas perkongsian.saya mmg senang buat penanaman saya di batas…tp saya letak plastik silver shine sbb tk larat nk cabut rumput.batas mak cik ni bersih.klau tk keberatan bley saya taw mcmna mak cik ni jaga batas dan laluan dia bersih.teknik semburan racun atau sebaliknya..?tksh.

  16. saliza 26/01/2017 at 10:53 am - Reply

    Waalaikummussalam. Terima kasih atas perkongsian ini.. Pertama kali sy tanam menjadi. Kali ke dua.. Tak menjadi.. Saya nak praktikkan cara ni pula

  17. JAYAGOWRI ANTHONY 26/01/2017 at 11:05 am - Reply

    Terima Kasih atas tips & kongsi ilmu
    saya sebagai pekebun yang baru belajar akan praktikan panduan ini

  18. Hanim 26/01/2017 at 11:07 am - Reply

    👍👍

  19. Omar zahran 26/01/2017 at 11:10 am - Reply

    Aamiiiiin. Alhamdulillah. Tk dgn perkongsian

  20. Salleh nasri 26/01/2017 at 11:15 am - Reply

    Terbaik… saya akan cuba perbaiki skill berkebun di laman rumah berpandukan tips di kebun bandar

  21. HjMdSJ 26/01/2017 at 11:19 am - Reply

    Ilmu yg sangat bermanafaat.

  22. Narimah 26/01/2017 at 11:40 am - Reply

    Alhamdulillah…TQ bagi ilmu tanam sawi. Boleh bantu saya ni..:)

  23. Augustine 26/01/2017 at 11:40 am - Reply

    Kalau pakai tahi ayam dan tertabur dekat dengan pangkal sawi, adakah ia akan memberikan kesan kepada pokok seperti baja kimia?Mohon maklumbalas. Terima kasih.

  24. Lina Sani 26/01/2017 at 11:41 am - Reply

    walaikumsalam en izham sangat bermanfaat terima kasih perkongsian ilmu ni.

  25. Rodzi 26/01/2017 at 11:46 am - Reply

    Terima kasih atas perkongsian…sgt bermanfaat..nak cuba tanam. X pernah lagi tanam sawi..

  26. marsila binti abd jalil 26/01/2017 at 11:47 am - Reply

    Tk En.Izham atas perkongsian ilmu tanam sawi.nnti saya nak cubalah

    saya nak tanya kenapa saya tanam terung guna teknik pasu dgn baja air AB tak menjadi seperti sebelum ini.saya gunakan serbuk sabut dan tanah yg pusingan pertama yg telah saya keringkan .pokok tak subur adakah guna sabut recycle utk tak bagus.

  27. Faris Mohamed 26/01/2017 at 11:59 am - Reply

    Terima kasih atas perkongsian Tn.

    Boleh Tn bagi pula tips tanam sayur di pallet.

  28. Zak Middleton 26/01/2017 at 12:02 pm - Reply

    Alhamdulillah… terimakasih En Izham yang selalu sedia berkongsi ilmu…

  29. Minah 26/01/2017 at 12:04 pm - Reply

    tk atas perkongsian

  30. Hj Mohd Ali 26/01/2017 at 12:05 pm - Reply

    Alhamdulillah.

    Semoga Allah swt membalas jasa tuan/puan

  31. Hj Mohamed 26/01/2017 at 12:10 pm - Reply

    Salam sdr Izham,

    Info yng berguna. Sya akan cuba kaedah ini bila musim hujan bertukar nanti.

    Terima kaseh

  32. Zaabah Abu Zarim. 26/01/2017 at 12:22 pm - Reply

    Wa’alaikum salam En Izham.

    Terima kasih.
    Saya dah pernah cuba tanam dalam pasu tapi kurang menjadi.
    In sya Allah dengan info yang diberi akan saya manfaatkan.

  33. mizie 26/01/2017 at 12:34 pm - Reply

    Maaf bertanya, adakah sawi perlu baja tahi ayam saja, ada pilihan lain ke?

  34. Habshah 26/01/2017 at 12:48 pm - Reply

    Terima kasih….memang dok terfikir nak tanam sawi…semlm cari biji benih kat tesco…belum jumpa…in syaa Allah…nanti jumpa…makcik cuba tanam…tq..

  35. Manees 26/01/2017 at 2:06 pm - Reply

    Terima kasih atas perkongsian ilmu. Nak try tanam kat poly bag.

  36. rafz 26/01/2017 at 2:08 pm - Reply

    Terima kasih atas info yg berguna ini .. semoga mendapat manfaat dari artikal ini

  37. Noor Zamlah 26/01/2017 at 2:08 pm - Reply

    Terima kasih En Izham

  38. Linda 26/01/2017 at 2:15 pm - Reply

    Walaikummusalam. Terima kasih memberi ilmu…sangat menfaat..lagi2 golongan yg tidak mempunyai tanah yg luas..cuma berkebun dalam bandar

  39. Mohd zakri 26/01/2017 at 2:18 pm - Reply

    Terima kasih cikgu.tumpang dan halalkan ilmu cikgu.

  40. Yus 26/01/2017 at 2:37 pm - Reply

    Terima kasih…info ug dpt membantu

  41. Matminat 26/01/2017 at 2:48 pm - Reply

    Assalamualaikum tuan.
    Saya nak tanya…
    (1) Kalau dlm pasu, size pasu besar mana?.
    (2) Bagaimana pula utk tanam cara haidroponik.
    Sekian dulu.Terima kasih dan Wassalam.

  42. Noree 26/01/2017 at 3:00 pm - Reply

    T.kasih atas perkongsian, minat sangat untuk tanam sayur-sayuran ttp tak pernah menjadi. InsyaAllah akan cuba kaedah yang disharekan dan harap2 tak kecewa lagi.

  43. Khalijah 26/01/2017 at 3:29 pm - Reply

    Assalamualaikum. Terima kasih perkongsian yang amat berguna. In Syaa Allah akan dipraktikkan.

  44. noorsiha abd. manaf 26/01/2017 at 3:30 pm - Reply

    Terima kasih atas pengkongsian….dah pernah tanah sawi dalam pasu….bila ubah dari semaian..terus mati sbb tak tahu cara menanamnya. Lagi yang disemai itu juga di makan dek siput ba…… Saya akan cuba tanam lagi mengikut petua En. Izham. Adakah sama cara penamanya dengann sayur kailan. Pernah juga tanam kailan pun tak menjadi….sayur kailan yang disemai tumbuh berangkai antara satu sama lain.

  45. zuhana 26/01/2017 at 3:37 pm - Reply

    thanks…atas perkongsian cara-cara untuk menanam sawi….sgt bagus dan saya akan cuma praktikkan nya
    insyaallah

  46. Badd 26/01/2017 at 4:10 pm - Reply

    Ilmu yang amat berguna…terima kasih atas perkongsian..

  47. Norlida 26/01/2017 at 4:32 pm - Reply

    Terima kasih atas panduan menanam sawi. Sebelum ni saya pernah tanam sawi tapi tak menjadi. Saya nak cuba lagi berpandukan info yg encik nyatakan di dlm blog ni.

  48. Abu Bakar Sanusi 26/01/2017 at 4:49 pm - Reply

    Perkongsian yg bermanfaat. Sebelum Ni Sy tanam sawi x mau Dan lambat besar. Bila tuai daunnya keras. Akan Cuba tips Ni Harap berjaya.

  49. .... 26/01/2017 at 4:51 pm - Reply

    terima kasih atas info ini.

  50. Mohdrazib 26/01/2017 at 5:04 pm - Reply

    Memang menarik until mencubanya. Inshallah Musim hujan ni baik untuk mencubanya

  51. Norita 26/01/2017 at 5:21 pm - Reply

    Alhamdulillah.moga berkat ilmu yg di kongsi.

  52. zahab b ahmad 26/01/2017 at 5:31 pm - Reply

    salam…terima kasih ats info yang dikongsikan …sungguh bermanfaat bg saya.terima kasih

  53. Jam 26/01/2017 at 5:36 pm - Reply

    Terima kasih atas perkongsian..musim hujan ni susah sikit nk tanam. Air bertakung kt batas

  54. Islamizam 26/01/2017 at 7:30 pm - Reply

    Terima kasih atas perkongsian ilmu..tanam sawi sebenarnya senang..cuma kena usaha sikit diperingkat awal tu…tanaman sawi saya suka dimakan ulat daun hijau…selalu nak kena belek daunnya…macammana mak cik tu tanggani masalah ulat daun?

  55. Jasme 26/01/2017 at 7:47 pm - Reply

    Jazakallah

  56. hisham 26/01/2017 at 8:05 pm - Reply

    Ilmu yg sgt berguna… kebetulan sy berhajat menanam sayur berdaun, termasuk sawi… tq

  57. Burn 26/01/2017 at 8:34 pm - Reply

    T.kasih atas prkongsian ilmu prtanian.sgt berguna n bermanafaat.

  58. Akhzarnaz 26/01/2017 at 9:24 pm - Reply

    Alhamdulillah, atas ilmu yg telah dikongsikan…wbagaimanapun sy telah terlambat baca artikel ini..sy telah pun pindahkan anak benih sawi dari bekas semaian ke pasu yg lebih besar, sedangkan anak benih tersebut baru tumbuh dua helai daun.Sy harap anak benih tersebut akan terus membesar….ilmu baru ini akan sy praktikkan apabila menyemai benih baru nanti. Terima kasih..

  59. Othman Bakar 26/01/2017 at 9:24 pm - Reply

    Alhamdulillah perkongsian byang bermanafaat. Tak perlu baja kimia. Terima kasih .

  60. Amjah 26/01/2017 at 9:56 pm - Reply

    Terima kasih atas perkongsian. Like it!

  61. Asnah 26/01/2017 at 10:20 pm - Reply

    terima kasih atas perkongsian insya Allah nak cuba tanam nanti

  62. salma ibrahim 26/01/2017 at 10:28 pm - Reply

    Terima kasih. Harap ksli ni saya berjaya tanam sawi.

  63. roh hana 27/01/2017 at 12:18 am - Reply

    as salam. terima kasih atas perkongsian ilmu ini

  64. roh hana 27/01/2017 at 12:20 am - Reply

    as salam. terima kasih atas perkongsian ilmu ini. dpt menambahbaikan cara penanaman sawi saya!

  65. Norhayati 27/01/2017 at 6:55 am - Reply

    Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Semifa selepas ini pokok2 aayur2an saya berjaya utk dituai

  66. Man198 27/01/2017 at 8:24 am - Reply

    Terima kasih atas perkongsian tn,insyAllah sy akan menggunakan ilmu yg bermanafaat ini.tk

  67. Nurul Liza Amy Lim 27/01/2017 at 8:25 am - Reply

    Assalamualaikum…rasa sangat gembira menerima email daripada saudara. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu . Saya sangat-sangat menyukai kiriman email daripada saudara.Ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah merahmati kehidupan saudara.

  68. uminatasha 27/01/2017 at 8:59 am - Reply

    terima kasih. saya teringin tanam pokok..tapi saya seorang visual. perlu ada video dan ggambar untuk lakukan step by step

  69. Kamarul Azhar 27/01/2017 at 9:44 am - Reply

    Assalam Tuan,

    Dimana boleh dapatkan baja tahi ayam ye.

  70. ida 27/01/2017 at 10:42 am - Reply

    Tima kasih. Harap lepas ini berjaya tanam. Ada satu pertanyaan…kenapa bila benih sawi saya telah bercambah dalam 2 ke 3 helai daun, tiba2 batangnya akan mengecut dan kemudian layu? TQ

  71. Siti Norkiah Dolah 27/01/2017 at 11:09 am - Reply

    Alhamdulillah. Bermanfaat. Terima kasih En Izham.

  72. Siti Norkiah Dolah 27/01/2017 at 11:12 am - Reply

    Alhamdulillah. Bermanfaat. Terima kasih

  73. lonainizam 27/01/2017 at 1:52 pm - Reply

    Salam ,nak tanya sikit..tinja tu taik ayam ke?

  74. Fizabukhari 27/01/2017 at 2:13 pm - Reply

    Salam, terima kasih atas perkongsian. Kebetulan br je semai biji benih sawi. Harap2 berjaya..

  75. Azlin 27/01/2017 at 2:21 pm - Reply

    Terima kasih atas panduan. Boleh cuba skrg semasa hujan banyak turun, x perlu byk menyiram. Eh, boleh ke En Izham?

  76. Mohd anwar 27/01/2017 at 2:43 pm - Reply

    Banyak info berguna . Bila masanya untuk pemburan penghalau makhlok perosak man siput , kumbang dan lain lain . Ada jadual tertentu ke ?

  77. MAR 27/01/2017 at 3:14 pm - Reply

    Kalau Tabur benih jarang2 , boleh kalau tak pindah kan Bila bercambah ?…

  78. Helen 27/01/2017 at 4:03 pm - Reply

    Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini.

  79. SALBIYAH JAPAR 27/01/2017 at 5:08 pm - Reply

    Wlkmslm
    Tqvm sudi berkongsi info, saya akan cuba amalkan tip yang tuan beri, doakan pokok sawi saya subur dan berhasil

  80. Maimon 27/01/2017 at 7:15 pm - Reply

    Assalam… terima kasih tuan… atas perkongsian yg sangat baik.👍👍👍

  81. Wan 27/01/2017 at 9:50 pm - Reply

    Alhmdulillah..trima kasih en izham krn sudi kgsi cara nak tanam sawi kt pasu…ilmu yg bermanfaat

  82. deng 28/01/2017 at 9:55 am - Reply

    alhamdulillah.. satu perkongsian yg baik.. insyaAllah dgn panduan ni saya dpt manfaatkannya dgn menanam sawi selepas ini

  83. HASHIM JAMALUDIN 29/01/2017 at 12:06 pm - Reply

    Terima kasih En Izham.Kaedah penanaman sawi dalam pasu ni saya dah buat lama dah tapi kurang menjadi.Insyaallah saya akan tanam semula dengan menggunakan baja tahi ayam saja nanti.Saya akan dapat hasil lebih lumayan.T.kasih Izham satu panduan yg berguna.

  84. UmarUmayyah 29/01/2017 at 12:22 pm - Reply

    Satu panduan yang sangat berguna, terima kasih atas perkongsian tuan!

  85. Zabedin 29/01/2017 at 5:19 pm - Reply

    Info yg sgt berguna Insya Allah akan cuba praktilkan

  86. Rusmin 29/01/2017 at 5:55 pm - Reply

    Tq en izham… saya belum cuba sawi tetapi baru start dengan okra n chili. Wish me luck

  87. - 31/01/2017 at 12:22 pm - Reply

    Terima kasih atas perkongsian, saya akan cuba cara ni…

  88. Hafit Husin 31/01/2017 at 3:20 pm - Reply

    Satu info yang baik. Secara umumnya kaedah yang saudara nyatakan selari dengan kaedah menanam sayur yang saya buat. Cuma saya kurang memberi baja (tahi ayam, dsb), oleh yang demikian kesuburan sayur saya agak terbatas. Begitu juga saya kurang buat penyiraman, ini juga menyumbang kepada kesuburan tanaman.

  89. Radenlee 01/02/2017 at 12:39 pm - Reply

    Terimakasih info berguna.. sy baru lepas tanam sawi baru baca artikal ini.. tapi hampir sama cara.. harap2 menjadu..

  90. harteni bt desa 01/02/2017 at 4:53 pm - Reply

    boleh cuba nanti

  91. Halim 02/02/2017 at 7:06 am - Reply

    Informasi yang sangat baik

  92. Surina 02/02/2017 at 2:52 pm - Reply

    terima kasih. InsyaAllah akan cuba tanam dalam pasu ataupun botol air

  93. monaliza 02/02/2017 at 6:16 pm - Reply

    Alhamdulillah. saya baru berjinak-jinak dalam penaman sawi. bermula dengan semaian di dalam pasu, kini sudah mula belajar membuat batas. terima kasih di atas ilmu yg dikongsikan.

  94. Syafiq Salizam 03/02/2017 at 11:29 am - Reply

    Terima kasih atas perkongsian

  95. SALMIAH AWANG 04/02/2017 at 4:11 am - Reply

    Bsja tahi ayam yg diaksudkan dalam bentiuk palletkah atau emang ada yg dalam bentuk serbuk dijual dinursery? Maaf,saya tak biasa ke nursey.biasaya saya hanya menggunakan thi lemvu.bolehkah tahi lemvu kering menggantika penggunan baja tahi ayam?

  96. Pekebun dapur 04/02/2017 at 1:40 pm - Reply

    Satu ilmu yang bermanfaat.
    Terima kasih.

  97. REENA NAIR A/P PARAMESWARAN 06/02/2017 at 9:43 am - Reply

    terima kasih En.Izham. dapat juga idea untuk sawi dalam pasu.

  98. Gen 06/02/2017 at 4:59 pm - Reply

    wow…terima kasih atas info yang amat berguna ini En Izham

  99. Sahal Jaman 07/02/2017 at 8:40 pm - Reply

    Tkasih kpd sdr Izham Alias di atas perkongsian ilmu menanam sawi.
    Semoga akan terus menulis dan berkongsi ilmu pertanian bersama kami.

    • Mazlan 11/02/2017 at 10:55 pm - Reply

      Terbaik.

  100. Cikgu Om 08/02/2017 at 7:38 pm - Reply

    Perkongsian yang sangat bermanfaat. Thanks. Sebesar zarah pun Allah akan pandang, semoga perkongsian ini menjadi sumber pahala daripada-Nya.

  101. Mahani M Ariff 11/02/2017 at 7:46 am - Reply

    Makcik suka dpt email dr Tn Izham.Thn 2017 makcik dah start tnm mcm2 sayuran.Doakan.Jazakallahu khairan katsira atas ilmu yg dikongsi.
    Makcik noticed recently my email to you in late Dec tak keluar n since d new year am not receiving emails either…nak pakai latest hp kan!!! Pls dont take me off your email list…when everthing is ok your emails shud b waiting in my inbox.
    Tq Tn Idzam

  102. Tg zamihah 19/02/2017 at 3:16 pm - Reply

    Terima kasih saudara izham berkongsi tip penanaman sawi.saya pernah juga menyemai bila ke tanah sawinya mengecil mungkin pembajaan tidak betul

  103. Tg zamihah 19/02/2017 at 3:16 pm - Reply

    Terima kasih saudara izham berkongsi tip penanaman sawi.saya pernah juga menyemai bila ke tanah sawinya mengecil mungkin pembajaan tidak betul

  104. Sitizahiah 17/03/2017 at 1:01 pm - Reply

    Terima kasih kerana sentiasa memberi tips utk tanaman. Alhamdullilah.

  105. Maasom Bin Mansor 27/05/2017 at 3:46 pm - Reply

    Alhamdulillah… tips ini sgt berguna utk saya. terima kasih tuan.

Leave A Comment