Apakah Tanaman Hibrid?

/, Blog/Apakah Tanaman Hibrid?

Ramai bertanya kepada saya meminta penjelasan berkenaan hibrid ini. Terutama apabila isu pokok buah hybrid timbul di media sosial. Jom kita baca penerangan yang saya hasilkan ini.

Tanaman hybrid atau hibrid adalah hasil daripada pendebungaan silang antara dua varieti tumbuhan yang berlainan. Benih daripada proses itu diambil dan ditanam. Tumbuhan yang tumbuh daripada hasil benih pendebungaan silang itu dikatakan hibrid.

Apakah Pokok Hibrid?

Penghibridan komersial dilakukan bagi mendapatkan beberapa ciri daripada varieti tanaman kepada bibit. Ciri-ciri itu mungkin seperti rintang penyakit, saiz tumbuhan, bunga atau buah, bunga yang banyak, warna, rasa atau mana-mana ciri tumbuhan yang dianggap istimewa. Kebanyakan tumbuhan moden yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk hibrid.

Bagaimana Tanaman Hibrid Terhasil?

Untuk penyilangan awal, debunga daripada tumbuhan induk dipindahkan kepada bunga varieti lain. Sebelum itu, pembiakbaka (breeder) perlu membuat keputusan tumbuhan mana yang akan dijadikan sebagai betina (pistil) dan yang mana akan diambil debunganya (stamen, bahagian jantan). Seterusnya barulah stamen dibuang daripada tumbuhan betina supaya ia tidak debunga sendiri. Buah yang terhasil daripada kaedah ini kemudiannya dituai. Biji benih buah itu dikumpulkan.

Benih penyilangan kali pertama akan ditanam untuk tahun seterusnya. Tanaman yang tumbuh dinilai. Jika tanaman itu seperti yang pembiakbaka inginkan, persilangan akan dijalankan sekali lagi. Biji benih itu kemudian akan dipasarkan pada tahun berikutnya.

Nampak mudah, bukan? Namun begitu, aktiviti ini boleh makan masa bertahun lamanya sebelum sesuatu benih hibrid dengan ciri-ciri dikehendaki terhasil. Jika pada musim penanaman pertama, pokok hibrid tidak seperti yang pembiakbaka inginkan, mereka terpaksa ulang proses ini semula. Bayangkan hasil keringat mereka selama berbulan lamanya yang terpaksa reset ke kosong.

Jika pembiakbaka berjaya mendapat pemenang hibrid, proses ini terus berlangsung. Biji benih hibrid komersial yang popular, seperti cili ‘Kulai’ dan ‘Bara’, perlu penyilangan, penuaian, seterusnya disimpan setiap tahun. Ini disebut sebagai F1 hibrid (generasi pertama) kerana benih terus daripada produk persilangan induk.

Pembiakbaka yang menghasilkan F1 hibrid ini mempunyai hak pattern terhadap penghasilan itu. Sebab itulah benih F1 hibrid harganya lebih tinggi berbanding benih bukan hibrid. Mereka menjaga proses penghasilan benih hibrid ini dengan teliti.

Apakah Kelebihan Menanam Benih Hibrid?

Kejayaan menanam tumbuhan hibrid di kebun lebih tinggi berbanding benih bukan hibrid (atau kata mudahnya tumbuhan daripada pendebungaan terbuka). Tanaman hibrid jarang sekali diserang penyakit. Tumbuh sekata dan hasilnya pun boleh dikatakan memuaskan hati pekebun.

Bolehkah Saya Simpan Benih daripada Tumbuhan Hibrid?

Oleh sebab ia dibiakkan melalui pendebungaan silang berlainan varieti, benih daripadanya tidak akan menghasilkan benih tulen. Bibit daripada hibrid boleh mempunyai ciri salah satu atau kedua-dua tumbuhan induk atau tumbuh menjadi tanaman yang  pasti mengejutkan anda. Ini akibat daripada pendebungaan sendiri oleh tanaman hibrid yang menghasilkan F2.

Kadang benih daripada tanaman hibrid mandul iaitu tidak tumbuh langsung selepas ditanam. Namun begitu, tidak bermakna kita tidak boleh simpan dan bereksperimen. Kita mungkin boleh bergembira jika benih F2 itu menjadi. Terutama tumbuhan F2 itu berlainan sungguh daripada F1.

Cuma jangan terlalu syok dengan tanaman hibrid itu kerana kita mungkin tidak akan jumpanya lagi pada musim penanaman yang kemudian. Sedih, bukan? Tetapi itulah hakikatnya.

Sekali Hibrid, Akan Terus Hibrid?

Ada kemungkinan apabila benih hibrid stabil dan bertukar menjadi tumbuhan pendebungaan terbuka. Untuk ini terjadi, pelbagai kerja perlu dilakukan terutama aktiviti penanaman benih beberapa musim sehingga genetik hibrid itu stabil. Aktiviti ini mungkin memakan masa bertahun-tahun. Tetapi jangan risau untuk tanaman pendebungaan terbuka kerana ia telah melalui proses rumit ini. Kita tinggal tanam sahaja.

Adakah Pokok Hibrid Tidak Semulajadi?

Memang kebanyakan tumbuhan hibrid komersial dikhaskan daripada penyilangan. Tetapi tahukah kita penghibridan boleh juga berlaku secara semulajadi. Malahan, proses ini kerap berlaku di alam semulajadi. Contohnya apabila dua pokok terung spesis berlainan tumbuh berdekatan boleh terjadi pendebungaan silang oleh serangga atau angin. Hasilnya benih yang terjatuh di atas tanah menjadi tanaman hibrid.

Perlu diketahui bahawa sedikit sahaja bunga dan sayur yang kita tanam hari ini berasal daripada bentuk liar dari hutan.

Di alam semualajadi, hibrid ini proses jadi atau tak jadi sahaja. Manakala hibrid komersial melalui pelbagai kerja renyah dalam menghasilkan ciri benih yang dikehendaki demi pembangunan pertanian dunia.

 

Secara tuntas, boleh saya katakan benih hibrid ini memang ada. Cuma kebanyakan adalah daripada pembiakan melalui biji benih. Apabila ada penjual nurseri menjual pokok buah dikatakan ‘hibrid’ cuba tanya dia nama apa hibrid tersebut? Jika dia memang tidak dapat jawab, ada potensi si penjual itu menipu. Atapun dia sendiri tertipu oleh pembekal yang menipu dia.

Anda hanya akan tahu anda ditipu dengan anak pokok buah hibrid palsu ini hanya selepas tiga tahun tanam. Hasilnya sama sahaja seperti anak pokok buah biasa anda beli di nurseri biasa.

Sudah baca sampai habis? Ada pandangan atau komen yang ingin disampaikan? Komen di bawah dan sama-sama kita bincangkan.

 

Masalah Pokok Cili

Dapatkan Emel Terkini Percuma!

Langgan sekarang dan terima emel berkaitan KebunBandar.com terus ke inbox anda!

*Kami juga membenci spam. Emel anda selamat bersama kami. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa sahaja.

By | 2016-11-05T08:41:45+00:00 November 5th, 2016|Biji benih, Blog|19 Comments

19 Comments

  1. Salmiah 05/11/2016 at 8:54 am - Reply

    Dah lama nampak benih f1 ni,tapi baru hari ni tahu.Terimakasih atas infonya.

  2. Din 05/11/2016 at 9:22 am - Reply

    Terima kasih tuan. Artikel yg sangat baik dan mudah difahami. Kini fahamlah saya makna hibrid. Sebelum ini saya fikir benih hibrid tu adalah benih ygvboleh ditanam secara biasa dan secara hidroponik.
    Seperti kereta hibrid yg bleh guna kuasa letrik atau kuasa petrol….hahaha

  3. Rosmila Ahmad 05/11/2016 at 11:38 am - Reply

    Hibrid ialah pokok spesis baru yang terhasil dari dua pokok induk yg berlainan spesis . Contoh mempelam harum manis dan disebelahnya ada mempelam apple . Pendebungaan kedua mempelam ini hasil buah . Bila kita tanam buah tu keluar buah baru yg kemungkinan lebih bagus ( kekadang tidak ) dari kedua induk . Pokok ini di panggil hibrid untuk membanyak kan pokok ni tu lah teknik cantum , tut dan sebagainya ahli botani lakukan .

    Tentang istilah haploid pula ialah proses gametogenisis semasa pembentukan debunga dan ovam oleh induk pokok . Sel induk dalam keadaan genetik diploid bila induk membentuk sel debunda dan ovum untuk disenyawakan semasa pembentukan buah preses saintifik berlaku yg istilah sain sebut proses miodis untuk hasilkan debunga dan avum . Persenyawaan ni lah hasil buah yg ada biji yg kita boleh tanam .

  4. Hamzah A.Samad 05/11/2016 at 3:52 pm - Reply

    Terima kasih info tentang hybrid.
    Baru kini saya tahu dengan jelas berkenaan benih hybrid.info ini membantu saya untuk mencuba hasilkan sendiri benih hybrid .

  5. Rathna Ismail 15/11/2016 at 10:36 am - Reply

    Terma kasih tn izham ttf info yg sangat berguna. skrt sudah ada sikit ilmu ttg hibrid. bkn setakat sebut saja hibrid.
    Cuma nak tau … benarkah jangka hayat pokok hibrid ni singkat?
    terima kasih

  6. Siti Zaharah 15/11/2016 at 10:38 am - Reply

    Apakah beza hybrid dengan GMO (genetically modified) . Mohon tuan beri penjelasan dan contoh-contoh makanan GMO yg ada di negara kita. Sepengetahuan saya makanan GMO bahaya untuk kesihatan.
    Terima kasih

  7. Roslan Abu Bakar 15/11/2016 at 10:45 am - Reply

    org biasa faham pokok kahwin

  8. Sopiah iberahim 15/11/2016 at 10:59 am - Reply

    Baru saya faham tentang hibrid. Terima kasih kerana info tersebut.Sebelum ini saya sangat teruja nak beli pokok hibrid ni.
    Kalau macam tu sekadar utk jadi pokok perhiasan lupakan sajalah baik tanam secara semulajadi.

  9. Arafan bin Bakan 15/11/2016 at 2:36 pm - Reply

    Terima Kasih Tuan sedikit sebanyak dapat saya mempelajari apa kah itu tanaman hibrid

  10. rafidah 15/11/2016 at 5:56 pm - Reply

    tq for the info

  11. Lua 16/11/2016 at 9:12 am - Reply

    Terima kasih atas ilmu tuan ini. Saya nak tahu adakah hibrid ni boleh dikategorikan sebagai GMO?

  12. Awi 17/11/2016 at 5:27 pm - Reply

    Terima kasih.. Br saya faham apa itu hibrid.. Yang saya tahu dia cepat berbuah ya ker..

  13. Nor Mala binti Moied 18/11/2016 at 12:58 am - Reply

    Terima kasih atas penerangan tuan..dah tau sikit pasal hibrid..dari tak tahu langsung la ni Alhamdulillah dah faham..terima kasih sekali lagi tuan

  14. Musauri 18/11/2016 at 8:12 pm - Reply

    Baru saya faham apa itu pokok hibrid yang selama ini cuma dengar namanya sahaja.
    Terima kasih En.Hizham atas info yang berguna.

  15. Asockumar.M 24/11/2016 at 8:50 am - Reply

    Sangat bagus info ini… terima kasih

  16. Haizi 25/11/2016 at 9:04 am - Reply

    Terima kasih atas info

  17. Siti 29/11/2016 at 1:20 pm - Reply

    Benih hybrid dengan gmo apa pula bezanya ye?

  18. Halim 03/02/2017 at 2:34 pm - Reply

    Dimana sya nak beli anak benih buah buahan hybrid

  19. Hem 14/07/2017 at 7:59 am - Reply

    Ok thank you

Leave A Comment